Anda di halaman 1dari 1

Cara-Cara Menjadi Murid Cemerlang

     Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun


demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya, sebaliknya,
perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

     Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid
perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan
sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat
memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.

     Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di
rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu,
sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.

     Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan member
penekanan pada topic-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu
pelajaran itu akan meningkat.

      Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-
latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan
memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan
pola-pola soalan tersebut.

      Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid


yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu
bapa dan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai