Anda di halaman 1dari 7

Soalan: Tulis karangan tentang cara-cara menjadi murid yang

cemerlang dalam pelajaran.


Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam


peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak
datang dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan
usaha yang bersungguh-sungguh.
Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar.
Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan
sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh
guru.Kita perlu bertanya kepada guru sekiranya kita tidak
faham. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati
pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran.Kita perlu
ada jadual waktu pembelajaran sendiri di rumah.Kita perlu
menghargai masa kerana masa itu emas.Contohnya, apabila di
rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh
guru. Oleh itu, sesuatu topik itu akan kekal dalam ingatan dan
minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui
kelas tambahan, guru-guru akan memberi penekanan
pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman
terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.Kita perlu
sentiasa hadir dan mengikuti kelas tambahan ini secara
berterusan.
Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan.
Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan
perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita
menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa
dengan pola-pola soalan tersebut.
Tuntasnya , kita perlu berusaha bersungguh-
sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam
pelajaran.Kejayaan kita pasti akan menggembirakan
ibu bapa dan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai