Anda di halaman 1dari 5

Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk

mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.


Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan
dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri
mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya
menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah
yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah
menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan bak kata orang tua-tua sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
berguna. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya
saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di
bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah
tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya.
Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan
suasana bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak
langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apaapa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah
yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak
ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau
tajuk yang saya kurang fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah
mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah
disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya
terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya,
memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja
rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah dalam mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.
Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan
menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya
ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu
kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan
supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran
dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya
mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah
hampir kerana peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan
pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah
membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal
kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah masa itu
emas dan masa yang lalu tidak akan kembali maka mereka tidak dapat menghabiskan
semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan

memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan
membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara
berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, practice makes perfect.
Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi,
praktis asas kecemerlangan. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu
jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan
dalam hidup.saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang
kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak
langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan.
Saya juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain dan sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit. Saya akan
belajar bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk
memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata
pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya mengulang kaji
pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di
sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya
juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana
bak kata pepatah malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Malahan,
jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka
bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula,
jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga
akan menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang
telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu,
saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk
mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program
yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam
program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenisjenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan
saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah
satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus
asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali
pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam
sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, gagal sekali tidak bermakna gagal
selama-lamanya. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang
saya hadapi. Seseorang yang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya
dalam hidupnya, tentu dia telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai
sesuatu tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat
penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba
beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar,
tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan
sayatidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa
saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, Tuhan hanya
akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa, Kenyataan ini pasti

benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa
patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak
kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguhsungguh. Oleh itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang
cemerlang. Segala doa dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak
mana saya sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang
saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya
juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari
peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalagalanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah
mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan
bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberianNya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya
tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar
masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam
peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam
yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan
masa depan kita, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar
berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam
bara api biar sampai jadi arang.
LATIHAN 2
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.
Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke
kiri atau memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Betapa
pun kita mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan
pergantungan kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan orang yang dekat dengan kita
sejak lahir. Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga
menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita.
Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik,
bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang
menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup
berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau
pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran Sepakat Membawa Berkat. Jadi,
kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat
kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Walau
bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat
kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat, semakin meluntur. Oleh itu, semua lapisan
masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif
wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat
majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini
tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti
gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu
bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti
gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang

tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat
berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan
seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktivitiaktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai
aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik.
Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran.
Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa
kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan.
Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk
semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau role model yang baik kepada
anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri.
Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing atau ke bukit sama
di daki, ke lurah sama dituruni dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk
mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu
bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka..
Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi
kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu
masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat
meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan
berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh
diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit
tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua
keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka,
mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil
berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik,
sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis
rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anakanak bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara
satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang
sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan
rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masingmasing di negara ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari
Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan
acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan
sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya
malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan
mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan
setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk
masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam
kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan
dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-

anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi
jiran, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua
masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman
dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa
boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita
telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan.
Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang
sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita
mestilah berpegang teguh pada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Jadi, melalui
lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran
kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang.
Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa
mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri
anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri
dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari
Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap
diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa
anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang
disediakan. Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan
hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang
teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan
sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat
seperti Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,
Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan
Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat
tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini
seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam
peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandarmenyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti
sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.

Anda mungkin juga menyukai