Anda di halaman 1dari 2

Faedah-faedah Membeli Barangan Buatan Malaysia

Barangan buatan Malaysia didefinisikan sebagai hasil produk yang dikeluarkan oleh air
tangan warga tempatan. Sebagai rakyat Malaysia , kita wajar menyokong hasil keluaran tempatan
negara dengan cara mudah, membelinya. Pelbagai faedah yang akan kita peroleh daripadanya.

Faedah yang pertama ialah kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Kita dapat
menjimatkan wang jika kita membeli barangan tempatan. Harga barangan tempatan lebih murah
berbanding barangan import. Sebagai contoh harga kereta buatan tempatan, iaitu Proton lebih murah
berbanding kereta import. Oleh itu, kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan
lain. Selain itu, kita dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit.

Seterusnya, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Pihak kerajaan sepatutnya mengadakan Kempen
Sokonglah Jenama Malaysia. Dengan cara ini, kita dapat menggalakkan rakyat membeli barangan
buatan Malaysia dan seterusnya memupuk perasaan cinta akan negara, bak kata pepatah, tak kenal
maka tak cinta.

Tambahan pula, faedah membeli barangan buatan tempatan dapat memajukan industri
tempatan. Pada era globalisasi ini, terdapat banyak industri desa yang muncul seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Antara contoh industri desa yang terkenal di Malaysia ialah industri batik, kraf
tangan, songket, dan tembikar. Industri ini dapat membantu rakyat hidup dengan lebih selesa. Oleh
itu, rakyat dapat membantu perkembangan industri tempatan.

Di samping itu, faedah membeli barangan buatan tempatan dapat meningkatkan imej negara.
Barangan buatan tempatan merupakan barangan yang bermutu di negara kita. Mutu barangan
buatan tempatan sama dengan mutu barangan import. Sebagai contoh barangan daripada kulit
seperti kasut, beg, dan dompet menjadi buah tangan pelancong yang datang di negara kita. Malaysia
dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan barangan yang berkualiti sekaligus dapat
menambah pendapatan negara.

Konklusinya, industri barangan tempatan memberi banyak faedah kepada rakyat Malaysia. Kita
perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri barangan tempatan. Kita juga
bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia merupakan
kebanggaan kita bersama.
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Sikap Berjimat Cermat Dalam Diri Anak-Anak

Kebelakangan ini, kegawatan ekonomi melanda dunia. Malaysia turut tidak dikecualikan.
Situasi ini memaksa peniaga menaikkan harga barangan dan menyebabkan masyarakat menghadapi
banyak kesusahan hidup. Setiap ibu bapa perlu mengelakkan permasalahan kewangan supaya tidak
mengganggu pemikiran anak-anak mereka. Justeru, amalan berjimat-cermat perlu diamalkan dalam
diri anak-anak oleh ibu bapa bagi menyiapkan diri mereka dalam menghadapi sebarang kesukaran.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-
cermat dalam diri anak-anak adalah menjadikan sikap berjimat cermat sebagai budaya keluarga.
Hal ini kerana suasana keluarga adalah cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk
keperibadian anak-anak.

Ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh dalam diri anak-anak perlu menjadi model
yang terbaik kerana anak-anak akan mencontohi gaya dan perlakuan orang dewasa. Justeru, ibu
bapa yang menginginkan anak-anak mereka agar mengamalkan amalan berjimat-cermat perlu
menunjukkan contoh yang terbaik dalam amalan ini. Bak kata pepatah, bagaimana acuannya,
begitulah kuihnya.

Aktiviti membeli-belah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan ikatan
kekeluargaan. Pada masa inilah waktu yang terbaik bagi ibu bapa mendidik anak anak amalan
berjimat-cermat. Menyediakan belanjawan dan menyenaraikan barang yang ingin dibeli dapat
membezakan antara keperluan dan keinginan. Hal ini juga dapat membantu anak-anak untuk berfikir
sebelum berbelanja.

Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil
bagi menyiapkan mereka ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia
mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan
meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka.

Pemberian wang saku secara bulanan dan bukannya harian adalah ujian penetuan sama
ada segala didikan yang diberikan tertanam dengan baik ataupun tidak.Ibu bapa dapat menggunakan
cara ini apabila mereka merasakan anak-anak sudah cukup matang bagi menguruskan belanjawan
diri sendiri.

Akhir kata, amalan berjimat-cermat adalah satu amalan yang mulia. Ibu bapalah diibarat
warna yang mencorakkan sifat keperibadian anak-anak. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting dalam
menerapkan amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai