Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan amalan menabung

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam
kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil.
Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan
masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas nama anak-anak untuk
menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran Sarawak
telah melancarkan program menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat
sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antaranya, Program Wang
Simpanan Saku yang telah dilaksankan di peringkat sekolah. Kelab Kewangan
Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu, amalan
menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak kepada kita.

Amalan menabung boleh menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya dalam


kalangan pelajar. Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam
perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita akan
menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna
wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu
menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan
untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank.
Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak
kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung berupaya
memupuk kita lebih berjimat cermat untuk bila-bila masa.

Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita hadapi
semasa kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan
payung sebelum hujan. Kita dapat membantu orang yang berada dalam keadaan
susah, seperti mangsa dalam kemalangan atau ditimpa bencana. Misalnya, kita
boleh menggunakan tabungan kita untuk menderma kepada mangsa Gaza. Selain
itu, kita juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan
berlaku. Hal ini disebabkan kita tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang
yang banyak dengan segera jika kita tidak ada wang tabungan. Untuk menyemai
amalan yang murni ini dalam kalangan masyarakat, syarikat insurans telah
menggalakkan masyarakat supaya menabung dengan cara menawarkan skim
tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan.

Selain itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin menabung
semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua.
Dengan adanya wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan
selesa, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-sengan kemudian. Kita harus bersusah dahulu
dan bersenang kemudian. Bagi umat Islam, wang yang ditabung boelh digunakan
untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan.

Lebih-lebih lagi, amalan menabung dapat memudahkan pembiayaan keperluan


semasa dan yang akan datang. Kita telah mempunyai wang yang secukupnya
untuk membiayai apa-apa sahaja yang diperlukan. Kita tidak perlu meminjam
wang daripada lintah darat dan berhutang selama beberapa tahun. Kini,
kebanyakan harga barang telah meningkat dan perkhidmatan awam yang
semakin meningkat harganya. Oleh itu, dengan ada tabunga, kita mampu
membeli sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki. Kita juga dapat membiayai
pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan
atau mana-mana pihak. Selain itu, seseorang tidak mduah terjerat oleh lintah
darat.

Intijahnya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak


langkah untuk menabung. Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian
diri sendiri malahan negara. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, rakyat
juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah kerana mempunyai
tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.

Anda mungkin juga menyukai