Anda di halaman 1dari 8

KEBAIKAN AMALAN MENABUNG ..

Amalan menabung bermaksud menyimpan duit . Amalam boleh menyi,pan duit di tabung mahupun
di dalam bank . Terdapat banyak lagi cara kebaikan amalan menabung .

Antara kebaikan amalan menabung adalah kita dapat mengamaalkan sikap bejimat - cermat . Hal ini
dikatakan kerana apabila kita menabung , kita dapat mengelakkan diri daripada sikap boros ataupun
sikap membazir . Sikap boros atau membazir adalah amalan syaitan . Selain itu, sikap boros juga boleh
mengundang kita kepada kemiskinan pada masa hadapan.

Amalan menabung juga dapat digunakan semassa kecemasan . Hal sedemikian , kerana apabila kita
terkena musibah seperti banjir , kebakaran , Kesempitan wang dan sebagainya kita boleh menggunakan
wang tabung kita untuk membeli barang keperluan . Musibah - musibah seperti ini tidak dapat kita ketahui
siapa yang akan terkena . Jadi kita perlu bak kata pepatah "sediakan payung , sebelum hujan ".

Selain itu , kita juga dapat membantu keluarga kita apabila ditimpa kesusahan . Jika ibu atau bapa
kita sakit , wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan . Selain itu , wang ini juga dapat
digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan . Justeru itu , kita tidak perlu meminjam
wang kepada orang lain .

Amalan menabung juga dapat membantu kita untuk membeli apa yang diingini . Apanila kita
menabung , kita boleh gunakan wang itu untuk membeli barang - barang keperluan diri kita sendiri sperti
buku , komputer dan sebagainya . Oleh itu , kita tidak perlu memita wang ibu bapa kita untuk membeli
barang keperluan kita .

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya . bak kata pepatah " ingat
sebelum terkena , jimat sementara sebelum habis ". Oleh itu , marilah kita menabung dari sekarang
kerana "sedikit - sedikit , lama - lama jadi bukit ".

Amalan Menabung
Faedah Menabung

Menabung merupakan satu amalan proaktif berpaksikan kesedaran seseorang dalam


membuat persediaan bagi menjamin masa depan yang cerah. Pada zaman
pascaglobalisasi ini, menyimpan wang tabungan di bank merupakan prakarsa yang
efektif untuk memastikan wang tabungan disimpan dengan selamat berbanding dengan
menyimpan wang secara konvesional di rumah. Malah terdapat juga tabungan yang
dibuat melalui skim pelaburan yang menjanjikan dividen yang tinggi. Amalan
menabung ini perlu dijadikan instrumen dalam mendepani kos hidup yang semakin
kompleks dan mencabar. Walaupun amalan menabung ini merupakan perkara yang
positif, masih ramai golongan remaja yang memandang sepi akan faedah menabung
kepada mereka. Pelbagai pihak perlu membuka mata akan faedah menabung kepada
seseorang apatah lagi dalam era ledakan maklumat dan bahang industrialisasi kini.

Aktiviti menabung membolehkan seseorang merencana masa depan dengan ekonomi


yang kukuh dan mapan. Hal ini kerana menabung merupakan alternatif untuk
menambah pendapatan dengan menyimpan wang di bank secara berterusan dan dalam
jangka masa panjang. Melalui penyimpanan ini, pendeposit akan memperoleh faedah
atau dividen daripada pihak bank mahupun agensi pelaburan. Apabila wang sudah
terkumpul, seseorang individu tidak akan berdepan dengan masalah ketirisan wang
sehingga boleh menjejaskan keselesaan hidup mereka. Amalan gali lubang tutup lubang
dengan meminjam daripada rakan-rakan atau saudara mara akan dapat diatasi. Amalan
ini bukan sahaja boleh merosakkan institusi kekeluargaan malah boleh merenggangkan
persahabatan apabila pinjaman tidak dapat dibayar semula. Sebagai contohnya,
seseorang individu boleh menggunakan wang tabungan untuk membeli hartanah dan
membiayai kos pembelian termasuklah urusan jual beli yang pastinya tidak melibatkan
wang yang sedikit jumlahnya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, menabung
merupakan inisiatif positif yang perlu menjadi budaya hidup seseorang kerana boleh
merencana masa depan yang kukuh.

Pada zaman yang serba canggih dengan kepesatan kemajuan sains dan teknologi ini
memaksa kita mendapatkan pendidikan yang sempurna agar dapat bersaing di pentas
global. Hal ini kerana melalui tabiat menabung, kita akan mendapat pelbagai limpahan
nikmat terutamanya apabila hendak melanjutkan pelajaran ke menara gading. Hasil
tabungan boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan dan mentaliti
kebergantungan kepada wang bantuan dapat dikesisikan daripada terus menjadi
pegangan hidup. Sebagai contohnya, ibu bapa yang ,membuat tabungan melalui
insurans pendidikan tidak akan menghadapi masalah apabila anak-anak mereka
ditawarkan mengikuti pengajian di universiti. Para remaja juga boleh menggunakan
wang tabungan untuk membeli buku rujukan yang boleh membantu meningkatkan
tahap intelektualisme mereka. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan tentu sahaja
memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, amalan menabung sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit akan membantu kita membiayai kos pendidikan yang sempurna bagi menjana
kemajuan negara agar dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara
maju yang lain.

Putaran kehidupan akan mengubah seseorang daripada kanak-kanak kepada remaja


dan akhirnya menjadi dewasa. Semasa menjangkau usia dewasa, komitmen hidup
semakin kompleks kerana perlu menyara kerluarga. Hal ini kerana dalam zaman
milineum ini, kos kehidupan dijangka semakin meningkat dan memerlukan kebestarian
akal dalam menghadapinya. Wang tabungan amat penting dan perlu direncanakan
secara sistematik agar pendapatan bulanan dapat dibelanjakan secara berhemah. Kek
pendapatan perlu dibahagikan dengan bijak dan memastikan sebahagiannya disimpan
sebagai wang tabungan. Kehidupan berkeluarga amat bernilai dan kemenjadian anak-
anak menjadi satu harapan bagi semua insan yang bergelar ibu dan bapa. Sehubungan
dengan itu,, anak-anak perlu mendapat pendidikan yang sempurna bagi melengkapkan
mereka dengan ilmu dan kemahiran menguasai kemahiran teknologi. Sebagai
contohnya, selain diberikan pendidikan wajib dan formal di sekolah, ibu bapa juga perlu
menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan . dan memastikan tanggungjawab
menjaga dan menanggung keperluan asas anak-anak seperti pakaian, makanan dan
tempat tinggal yang selesa. Oleh itu, amalan menabung perlu subur di dalam jiwa
kerana boleh dijadikan sumber untuk menyara keluarga .
Keselesaan dan kesenangan hidup tentunya menjadi impian setiap insan. Sesebuah
keluarga memerlukan bukan sahaja rumah yang selesa malah kemudahan yang moden
dan efisien. Hal ini kerana kos untuk memiliki semua ini bukanlah sedikit. Selain harga
rumah yang melebihi ratusan ribu ringgit, peralatan elektrik, bil elektrik dan air
merupakan perkara wajib yang mesti dimiliki dan dibayar dengan segera. Justeru,
untuk memiliki kesempurnaan hidup ini, amalan menabung merupakan langkah bijak
dan mendatangkan impak yang besar. Kemampuan untuk membeli peralatan rumah
secara tunai sebenarnya jauh lebih murah daripada jika dibeli secara ansuran. Segai
contohnya, kita boleh menyimpan dalam jangka waktu tertentu untuk memiliki
barangan idaman tanpa perlu berhutang. Kebijaksanaan dalam membuat belanjawan
kewangan dan membuat tabungan merupakan cara yang paling bijak untuk membeli
barangan yang berkualiti sesuai dengan alah beli menang memakai. Bagaimanapun,
amalan ukur baju di badan sendiri perlu menjadi keutamaan dalam menggunakan wang
tabungan. Oleh itu, amalan menabung menjamin keselesaan dan kesenangan hidup
kita.

Hidup ini bagai roda dan kita tidak dapat menduga masa depan kita. Menabung boleh
dijadikan instrumen untuk mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan
seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Hasil tabungan kita boleh
dijadikan cagaran pada waktu kesusahan, kecemasan dan kesempitan. Walaupun kita
berusaha untuk menjauhi sebarang kesusahan namun malang tidak berbau dan langit
tidak selalu cerah. Apabila awan mendung menyelubungi kehidupan, wang yang
disimpan boleh digunakan untuk membiayai kos rawatan perubatan atau saat
kecemasan. Kealpaan untuk menabung merupakan satu kesilapan yang perlu diteladani
daripada pengalaman hidup orang lain. Kita tidak mahu meminta-minta apabila
ditimpa musibah. Sebagai contohnya, apabila keupayaan dan kudrat terbatas akibat
penyakit atau usia yang semakin bertambah, wang tabungan boleh digunakan. Kita
menjadikan wang simpanan sebagai perisai menghadapi risiko dan tidak menjadi
seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Oleh itu, menabung boleh menjadi medium
penyelamat bagi kita menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan.

Menabung boleh dijadikan sebagai wahana mendisiplinkan keluarga. Hal ini kerana
amalan menabung membolehkan kita nmenyemai dan menyuburkan amalan berjimat
cermat dan berpegang kepada peribahasa ingat sebelum kena jimat sebelum habis.
Anak-anak yang masih kecil perlu dididik untuk menabung boleh mendorong anak-
anak menjauhi pembaziran, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesederhanaan
dalam kehidupan dapat dibentuk memandangkan fitrah anak-anak yang mudah
dibentuk jika diberikan teladan yang baik. Sebagai contohnya,ibu bapa boleh
membelikan tabung atau membawa anak-anak mengunjungi institusi perbankan agar
mereka dapat melihat sendiri akan iklim sihat yang perlu diikuti. Dengan cara ini anak-
anak akan terdedah dengan budaya hidup sihat dan mengenali pengurusandunia
kewangan dan impaknya kepada ekonomi diri, keluarga dan kepentingannya di
peringkat sarwajagat.Kemaslahatan menabung juga perlu diwara-warakan dengan
sebaik-baiknya agar anak-anak yang masih kecil dapat menghayati konsep tabungan
dengan lebih jelas lagi. Oleh itu, amalan menabung boleh menjadi salah satu prakarsa
yang pragmatik untuk mendisiplinkan keluarga sekaligus melahirkan keluarga yang
sejahtera

Natijahnya, menabung merupakan amalan mulia yang perlu dijadikan budaya hidup
dan dipraktikkan. Amalan ini boleh menjana kestabilan ekonomi seseorang individu
dan mengekalkan keseimbangan negara secara efektif. Perspektif negatif seperti biar
papa asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai visi untuk keluar
daripada belenggu kehidupan yang begitu mencabar. Menabung boleh dijadikan
benteng untuk mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang.
Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan obligasi
terhadap amalan menabung terus subur dalam diari ekonomi setiap individu agar
kemakmuran diri dan negara dapat dikekalkan momentumnya.

Karangan SPM Bahagian B- Kepentingan amalan menabung

Tema : Amalan menabung [Soalan Percubaan SPM 2016]

Bentuk Soalan :

Kedah

- 5. Peribahasa-peribahasa di atas menjelaskan bahawa amalan menabung sangat penting. Bincangkan


faedah-faedah amalan menabung dalam kehidupan.

Kelantan

- 3. Menabung merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat. Huraikan
langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat.

Melaka

- 2. Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan. Apakah peranan ibu bapa
dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?

Buku kerja (m/s24)

- 2. Amalan menabung dan berjimat cermat perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan
tersebut diharapkan berterusan sehingga mereka dewasa. Berdasarkan pernyataan di atas, anda diminta
menemu ramah seseorang tokoh berkaitan dengan topik tersebut.

Tutor SPM (Edisi 27)

-Manfaat menabung.

Soalan KLON SPM

-Amalan berjimat-cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini. Berikan pendapat
anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.
Kepentingan amalan menabung

“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.” Apabila mendengar sahaja peribahasa di atas, pasti
tergambar dalam fikiran kita bahawa peribahasa itu amat sinonim dengan perbuatan menabung. Cuba
kita berfikir sejenak, apakah itu menabung? Menabung merupakan perbuatan yang mulia dan dapat
ditakrifkan sebagai mengasingkan sejumlah wang demi menjamin masa depan seseorang. Namun
begitu, dalam era pascaglobalisasi ini kesedaran untuk menabung semakin menyusut dalam kalangan
masyarakat kita khususnya bagi golongan remaja. Para cendekiawan memfasiqkan bahawa wang bukan
segala-galanya, tetapi tidak dinafikan dengan wang kita dapat melakukan segala-galanya. Peribahasa tak
tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata amat tepat untuk menyokong pendapat tersebut. Kini,
terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menabung. Kita boleh menabung di bank-bank
tempatan yang banyak terdapat di negara kita atau melabur dalam saham-saham yang dijamin oleh
kerajaan. Sememangnya, amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak setahun jagung kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Izharnya, amalan menabung ini mendatangkan banyak faedah
bukan sahaja kepada individu yang melakukannya tetapi juga terhadap masyarakat dan negara.

Pada hemat saya, kepentingan primanya ialah para pelajar dapat menyambung pelajaran
dengan menggunakan wang tabungan sekiranya diperlukan. Hal ini demikian kerana kos pengajian di
peringkat universiti semakin meningkat. Bagi golongan miskin pula, wang pendaftaran sesi pengajian
sahaja pun sukar untuk dibayar. Jika kita menabung, kita dapat menampng perbelanjaan persekolahan
lain, seperti membeli buku-buku rujukan, membayar yuran sekolah dan yuran kelas bimbingan luar.
Dalam hal ini, kita wajarlah membuka akaun di bank dengan bantuan daripada ibu bapa. Di sampng itu,
kita haruslah menabung dalam jumlah yang konsisten setiap bulan dan wang simpanan ini tidak
dibelanjakan untuk kepentingan peribadi. Sikap boros dan berbelanja pada perkara yang tidak perlu
haruslah dielakkan sama sekali. Natijahnya, kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada
kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi mengongkosi pengajian kita di
menara gading nanti. Dewasa ini, banyak pelajar cemerlang yang menggantungkan harapan pada
biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN. Apabila gagal beroleh bantuan kewangan, mereka pun
seolah-olah kaca terhempas ke batu. Melalui amalan menabung, ibu bapa kita tidak perlu bergolok
bergadai untuk membiayai kos pelajaran anak-anak yang mahal sekali. Orang tua-tua pernah berkata
bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna haruslah menjadi pedoman dalam
amalan ini. Ringkasnya, kehidupan masa hadapan lebih terjamin dengan pembelajaran sepanjang hayat
dijadikan landasan untuk berjaya sekiranya ada tabungan yang mencukupi.

Faedah kedua sekiranya seseorang itu melakukan tabungan ialah wang tabungan itu dapat
digunakan pada waktu kecemasan. Dana kecemasan ini cukup penting terutamanya buat individu yang
sudah berkeluarga. Dana kecemasan biasanya merupakan satu dana yang disimpan untuk membiayai
perbelanjaan di luar jangkaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa malang tidak berbau, nasib
buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, wang yang ditabung dapat membantu
orang yang berada dalam keadaan susah sebagai sumber kewangan. Misalnya, semasa dalam masalah
kesihatan, ditimpa bencana alam dan tragedi kemalangan jalan raya. Sudah pasti wang tabungan itu
amat berguna untuk tujuan rawatan. Sebagai impaknya, wang tersebut juga boleh membantu keluarga
dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Dalam erti kata yang lain, wang tersebut dapat
memudahkan segala urusan pada masa hadapan. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa sediakan
payung sebelum hujan dan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Hakikatnya, amalan
menabung merupakan persediaan kita untuk menghadapi saat-saat kecemasan yang tidak dapat
dijangka oleh akal sama sekali.

Selain digunakan untuk waktu kecemasan, kebaikan amalan menabung yang seterusnya ialah
dapat melahirkan insan yang menyemai tabiat berjimat cermat. Tegasnya kepada kita bahawa orang
yang sering mengalami kesempitan wang tidak berhemat dalam berbelanja. Selain itu, kita juga amat
susah untuk menyimpan wang sehinggakan kita terpaksa mengikat perut pada akhir bulan kerana sikap
boros berbelanja. Dengan itu, sikap boros berbelanja ini sepatutnya diganti dengan didikan dan amalan
menabung. Selaras dengan itu, kita juga wajarlah mengelakkan sikap suka berhutang dalam kalangan
masyarakat. Menurut Dato Michael Chong, kita tidak perlu “mengemis” dan menjadi mangsa ceti haram
kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan menjadi duri dalam daging dalam
kehidupan kita. Seterusnya, kita juga digalakkan untuk merekod sesuatu perbelanjaan untuk megenal
pasti wang yang kita belanjakan itu. Sebagai kesannya, kita dapat mengelakkan diburu pemiutang atau
diisytiharkan muflis apabila gagal membayar hutang. Sementara itu, sikap boros juga tidak akan berlaku
dalam perbelanjaan seharian kita. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap berhemah dan bijak
mengurus kewangan dalam diri sendiri akan dapat dipertingkatkan dengan amalan menabung.

Amalan menabung juga penting untuk kelangsungan hidup pada hari tua nanti. Hal ini
berpunca daripada masalah kesihatan pada hari tua tidak dapat dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, kita
perlu menyimpan wang dari awal dan tidak boleh menunggu sehingga waktu yang sesuai. Victor Hugo
ada berkata bahawa orang yang menabung itu bagaikan bintang di langit. Seseorang yang menabung
lebih awal maka wang simpanannya akan menjadi lebih banyak. Kehidupan kita pada hari tua akan
menjadi lebih selesa apabila tiada masalah kewangan kerana kita mendapat rawatan yang baik dan
sempurna. Wang yang ditabung ini amat penting digunakan untuk kos perubatan dan sara hidup kerana
sudah tidak bekerja. Amalan menabung sebenarnya mampu menjamin kestabilan hidup kita di dunia. Di
samping itu, kemaslahatan diri dan keluarga akan terpelihara melalui amalan menabung. Amalan
menabung bertepatan dengan peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit yang mengatakan
kemaslahatan menabung. Kata aforisme bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian haruslah
menjadi panduan dalam mengamalkan amalan menabung. Tegasnya, masa depan kita untuk hari tua
akan lebih terjamin apabila menabung.

Akhirulkalam, amalan menabung memberikan pelbagai manfaat kepada umat manusia


sekiranya diurus secara bijak dan berhemat. Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berfikiran
positif untuk memastikan amalan menabung menjadi rutin hidup seluruh masyarakat Malaysia.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak
datang bergolek dan tidak ada gunung tinggi yang tidak dapat didaki, tidak ada luruh dalam yang tidak
dapat dituruni. Sikap bersungguh-sungguh yang berpegang kepada peribahasa Melayu, hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya perlu ada dalam diri untuk merealisasikan amalan menabung sebagai
budaya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang. Kesabaran dan ketekunan dapat mendaki
gunung-ganang. Seterusnya, kita wajarlah bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan
budaya menabung wang sejak setahun jagung lagi supaya dapat merealisasikan impian diri sendiri
malahan negara. Kita juga perlu merenungi faedah-faedah amalan menabung dan menjadikan amalan
tersebut sebagai agenda utama dalam kamus hidup kita.

Seorang pakar pelaburan iaitu Warren Buffet memberitahu yang dia membeli saham
pertamanya ketika beliau berusia 11 tahun dan rasa menyesal kerana tidak beli sejak dari awal
lagi. Ini menunjukkan yang pelaburan atau simpanan perlu dilakukan sejak dari kecil lagi.

Hari ini, golongan muda atau lepasan universiti sukar untuk membuat simpanan walaupun
mempunyai gaji yang tinggi. Sebabnya, mereka masih tidak nampak kepentingan menyimpan
tersebut.

Berikut adalah kesan terhadap seseorang jika gagal membuat simpanan sejak dari usia muda
lagi.

Komitmen sudah tinggi

Apabila kesedaran hanya bermula ketika usia sudah meningkat iaitu ketika berumur 35 tahun
ke atas, anda semakin sukar membuat simpanan kerana komitmen hidup yang tinggi. Ketika
berada di usia ini, anda mungkin mempunyai hutang kereta dan rumah yang dijadikan sebagai
keperluan dalam keluarga anda.

Selain itu, jika sudah berkeluarga dan mempunyai ramai orang anak, kos sara hidup seorang
ketua keluarga akan meningkat dan anda semakin sukar untuk membuat simpanan.

Baca : Contoh pengurusan kewangan bagi mereka yang bergaji RM3,000 sebulan

Tiada dana kecemasan

Sesuatu kemalangan memang sukar untuk dijangka. Oleh sebab itu, satu dana kecemasan perlu
disediakan oleh ketua keluarga bagi menanggung segala kos yang melibatkan kemalangan atau
kerosakan yang tidak dijangka.

Jika masih muda dan bujang, anda boleh simpan sebahagian dari pendapatan anda untuk
dijadikan sebagai dana kecemasan. Anda mungkin mengambil masa setahun sahaja untuk
mengumpul 6 bulan gaji sebagai dana kecemasan.

Tetapi, apabila anda hanya ingin menyimpan ketika usia anda sudah meningkat, anda mungkin
mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk mencukupkan dana kecemasan yang sama
iaitu 6 bulan. Ketika ini, anda sebenarnya memerlukan lebih dari 6 bulan kerana risiko terhadap
berlakunya kecemasan tersebut semakin tinggi.

Sukar membuat pelaburan

Nak beli rumah tetapi tiada deposit. Inilah yang sering diberitahu oleh golongan muda
pada hari ini. Harga yang semakin mahal menyebabkan deposit yang perlu disediakan juga
semakin tinggi. Jika anda tidak mula menyimpan dari awal, semakin sukar untuk anda membeli
sebuah rumah.

Jika rumah yang berharga RM200,000, anda memerlukan deposit sebanyak RM20,000 tidak
termasuk kos berkaitan lain. Untuk dapatkan deposit sebanyak itu, anda mungkin terpaksa
menunggu satu tempoh yang lama.

Sebagai alternatif, anda boleh menyimpan di akaun pelaburan yang boleh memberi pulangan
yang tinggi setiap tahun seperti Amanah Saham Berhad (ASB) atau dana dari unit trust.

Kualiti hidup tidak berubah

Tanpa simpanan, kualiti hidup anda tidak akan berubah. Kebanyakan dari kita hari ini sering
merasa selesa apa yang telah mereka miliki tanpa memikirkan keadaan pada masa hadapan
atau generasi mereka. Jika anda mahu kehidupan selesa pada masa hadapan, mulakan dengan
simpanan dan juga pelaburan.

Tanpa simpanan dan pelaburan ini, anda sukar untuk meningkatkan kualiti hidup anda kerana
terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Selain itu, bagi meningkatkan kualiti
hidup pada masa hadapan, anda boleh melakukan banyak kerja ketika masih muda kerana
tenaga yang masih banyak.

Baca : Bagaimana cara buat duit ketika anda sedang tidur

Hutang meningkat

Kesan paling besar yang akan berlaku jika anda tidak mula menyimpan adalah hutang yang
semakin meningkat. Perkara ini disebabkan oleh hutang baru yang dibuat kerana mahu
menampung hutang lama yang tidak mampu bayar lagi.

Terdapat juga ibu bapa yang terpaksa menggunakan pinjaman peribadi dan hutang melalui kad
kredit untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian seperti kos yuran persekolahan anak-anak.
Keadaan ini menjadi lebih teruk jika ketua keluarga mengalami kemalangan dan menyebabkan
hilang punca pendapatan.

Anda mungkin juga menyukai