Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Menyimpan wang di dalam bank

Menyimpan wang di dalam bank merupakan amalan yang mulia. Sikap ini harus
dipupuk sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Terdapat banyak kebaikan menyimpan wang di dalam bank.


Antaranya, duit bank yang kita simpan dalam bank akan bertambah. Ini kerana
bank menawarkan faedah kepada kita. Faedah itu akan diberi dari semasa ke
semasa. Bah kata pepatah, “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit” .
Duit yang kita simpan dalaam bank boleh menjamin masa
depan kita. Kita boleh mengeluarkan wang tersebut untuk kegunaan masa
depan seperti melanjutkan pelajaran ke universiti, membeli rumah atau kereta.
Selain itu, wang yang kita simpan dalam bank boleh digunakan
untuk kecemasan. Malang tidak berbau, kita tidak dapat menjangka bila perkara
buruk akan menimpa kita. Jadi, ada baiknya jika kita ada sejumlah duit disimpan
dalam bank untuk menangani dugaan atau masalah yang berlaku. Contoh
dugaan seperti rumah terbakar, ahli keluarga yang dijangkiti penyakit secara
tiba-tiba dan sebagainya. Pada saat genting ini, kita tidak perlu meminjam wang
daripada saudara mara kita atau orang lain. Contohnya, membayar kos rawatan
hospital yang mahal kerana kita mampu membayarnya dengan duit simpanan
bank kita.
Di samping itu, wang simpanan bank juga boleh kita gunakan
untuk membeli barang keperluan. Contohnya, kita boleh menggunakannya
untuk beli tanah, komputer idaman, emas, buku rujukan, kereta dan sebagainya.
Menyimpan wang di dalam bank juga dapat melatih diri kita
supaya menabung dan berbelanja mengikut keperluan. Budak sekolah dapat
merancang supaya sebahagian duit saku ditabung terlebih dahulu sebelum
menyimpannya ke dalam bank.Secara tidak langsung,kita dapat mengelakkan
sikap boros dan hanya membeli barang yang diperlukan sahaja.
Sediakan payung sebelum hujan. Amalkanlah sikap yang mulia
dan baik ini dalam kehidupan kita sehari-hari.

Anda mungkin juga menyukai