Anda di halaman 1dari 1

Kamu dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan.

Berdasarkan pepatah tersebut,kaitkan dengan


faedah menabung iaitu tajuk syarahan kamu. Tulis syarahan ituselengkapnya.

Terima kasih Tuan Pengerusi, penal hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru danrakan-rakan
sekalian. Pada pagi yang indah ini, saya akan menyampaikan syarahan yang

bertajuk “Faedah Menabung”.

Hadirin yang dihormati,

Tahukah hadirin definisi menabung?

Menabung bermaksud menyimpan duit didalam tabung mahupun di dalam bank

Contohnya, kita boleh mengumpul lebihan wangperbelanjaan sekolah ke dalam tabung setiap hari.
Lama-kelamaan jumlah tersebut akanbertambah.

Antara kebaikan amalan menabung adalah kita dapat mengamalkan sikapbejimat - cermat . Hal ini
dikatakan kerana apabila kita menabung , kita dapatmengelakkan diri daripada sikap boros ataupun
sikap membazir . Sikap boros ataumembazir adalah amalan syaitan . Selain itu, sikap boros juga boleh
mengundang kitakepada kemiskinan pada masa hadapan

Amalan menabung juga dapat membantu kita pada masa akan datang.Contohnya semasa kecemasan
atau terkena musibah seperti banjir , kebakaran ,Kesempitan wang dan sebagainya kita boleh
menggunakan wang tabung kita untukmembeli barang keperluan . Musibah - musibah seperti ini
tidak dapat kita ketahui siapa yang akan terkena . Jadi kita perlu bak kata pepatah "sediakan payung ,
sebelum hujan "

Selain itu , kita juga dapat membantu keluarga kita apabila ditimpakesusahan . Jika ibu atau bapa
atau ahli keluarga kita sakit , wang itu juga bolehdigunakan untuk mendapatkan rawatan . Justeru
itu , kita tidak perlu meminjam wangkepada orang lain

Amalan menabung juga dapat membantu kita untuk membeli apa yang diingini. Apabila kita
menabung , kita boleh gunakan wang itu untuk membeli barang - barangkeperluan diri kita sendiri
sperti buku , komputer dan sebagainya . Oleh itu , kita tidakperlu meminta wang ibu bapa untuk
membeli barang keperluan kita .Hadirin sekalian

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya . bakkata pepatah " ingat
sebelum terkena , jimat sementara sebelum habis ". Oleh itu ,marilah kita menabung dari sekarang
kerana "sedikit - sedikit , lama - lama jadi bukit

Anda mungkin juga menyukai