Anda di halaman 1dari 2

Para cendiakawan mengatakan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan

segala-galanya tetapi dengan wang kita tidak dapat membeli segala-galanya.


Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa
hadapan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang tidak
mengendahkan cabaran hari mendatang. Realitinya , peribahasa Melayu ada
menjelaskan bahawa sediakan paying sebelum hujan. Kata-kata ini membuatkan
saya terpanggil untuk merungkaikannya melalui sebuah pidato yang berpaksikan
tajuk Faedah Menabung.

Sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman


intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru
dan rakan-rakan yang dikasihi.

Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian,

Bersakit-sakit dahulu, bersenang senang kemudian.

Hadirin yang dikasihi.

Izinkan saya merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini. Menurut kamus
dewan edisi ke-4, faedah bermaksud guna atau manfaat. Manakala menabung
pula menyimpan wang di bank atau di dalam tabung. Menabung wang dapat
mendisiplinkan diri kita. Kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa
hadapan menjadi titik tolak seseorang untuk menabung. Sesungguhnya,
menabung merupakan satu amalan yang sangat mulia. Terdapat banyak faedah
sekiranya kita menabung.

Hadirin yang dihormati.

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan menabung dapat melahirkan
masyarakat yang memeliki tahap tatasusila yang tinggi. Menabung wang
mempunyai kesan serampang dua mata. Bukan sekadar menyimpan duit di
dalam tabung bahkan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam setiap sanubari.
Sikap berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri sendiri serta
kehidupan masa hadapan dapat disematkan. Apabila kita menabung wang, kita
akan dapat mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros yang akan
merugikan diri kita sendiri. Dalam Agama Islam ada menyatakan bahawa sikap
boros itu merupakan sahabat syaitan. Oleh hal demikian, dengan menabung
wang kita akan belajar Manahan nafsu daripada berbelanja berlebih-lebihan.

Seperkara lagi, amalan menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan


perbelanjaan ibu bapa di dalam sesebuah institusi keluarga. Ibu bapa sentiasa
bekerja siang dan malam bagai lebah mengumpulkan madudemi membiayai kos
kehidupan yang semakin meningkat. Peribahasa melayu ada mengatakan ingat
sebelum kena dan berjimat sebelum habis juga telah menjelaskan kepada kita
bertapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar tidak berlakunya
pembaziran wang.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Dalam suasana ekonomi Negara yang serba mencabar ini, wang sangat tinggi
nilainya. Segala urusan memerlukan wang. Impaknya ramai orang terpaksa
berhutang , sama ada berhutang dengan institusi perbankan mahupun
berhutang dengan peminjam yang tidak berlesen seperti ah-long dan ceti
haram., gara-gara memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Sesungguhnya amalan menabung dapat menyelamatkan diri kita daripada
menjadi orang yang mempunyai hutang keliling pinggang.

Hadirin yang dirahmati.

Dewasa ini, ramai anak muda Berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading
samaada di instusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Justeru itu, wang
yang banyak [erlu disediakan. Dengan menabung kualiti kehidupan yang lebih
baik, dapat dinikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal untuk
melanjutkan pelajaran demi member pulangan kehidupan yang lebih baik
kepada ayahda dan bonda. Sesungguhnya menabung adalah sebagai persediaan
masa hadapan khususnya dalam pelajaran. Oleh hal demikian, jika kita
mengamalkan alamalan menabung wang sejak kecil, sudah pastilah masalah
kekurangan wang untuk belajar akan dapat diatasi apabila kita telah bersiap
sedia sejak awal lagi.

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Anak-anak digalakkan


menabung. Sekiranya kita telah bersedia lebih awal menyimpan wangsudah
pasti masalah kesempitan di kala kecemasan dapat di atasi. Seterusnya dapat
menanam nilai berdikari di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik
peluh dan keringat yang amat bermakna.

Akhir kata, sebagai penutup tirai, wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin
mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa amalan menabung mesti
diterapkan dalam setiap diri kerana ternyata menabung member banyak faedah
kepada kita semua. Mulalah menabung dari sekarang, sikit-sikit lama-lama jadi
bukit

Anda mungkin juga menyukai