Anda di halaman 1dari 2

Di era globalisasi dan modenisasi ini, kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat tidak

dapat disangkal lagi. Hal ini kerana kehidupan rakyat Malaysia dilihat kian terbeban dengan kos hidup
yang meningkat. Masyarakat dilihat kurang memberi respon yang baik atau tidak berminat terhadap
amalan menabung walaupun kaedah menabung masa kini adalah selamat dan terjamin berbanding masa
lalu. Untuk mencapai kehidupan yang selesa, kita mesti bersedia secara fizikal dan mental tanpa
mengabaikan aspek kewangan terutamanya. Oleh itu, sebelum berdepan dengan pelbagai masalah di
masa akan datang, kita mestilah membuat persiapan bijak seperti pepatah Melayu “sediakan payung
sebelum hujan” agar kita tidak dilanda musibah dalam keadaan tidak bersedia. Wang yang kita perolehi
melalui pekerjaan boleh disimpan di dalam bank atau juga tabung. Biarlah kita mula menabung atau
menyimpan walaupun dengan jumlah yang sedikit pada awalnya kerana “Sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit”. Dapatlah dilihat bahawa amalan menabung sudah pasti memberi impak positif kepada kita
pada masa depan. Isi Kandungan [Tutup] Contoh Karangan Kepentingan Amalan Menabung Dan
Menyimpan Wang 1. Simpanan untuk masa hadapan 2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan 3.
Amalan agar tidak menjadi boros dan membazir 4. Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak 5.
Dijadikan bank kecil, tidak mengharapkan orang lain untuk memberi wang 6. Mengekalkan hubungan
baik sesama manusia hasil kegiatan menabung Contoh Karangan Kepentingan Amalan Menabung Dan
Menyimpan Wang Dalam kalangan masyarakat moden, amalan menyimpan wang di bank boleh dikaitkan
sebagai sikap suka menabung. Persepsi masyarakat terhadap wang adalah sebagai satu kayu pengukur
dalam penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Memanglah duit itu tidak dapat menjanjikan
kebahagiaan tetapi dengan duit seseorang itu dapat membuat diri bahagia dan juga membahagiakan
orang lain. Bagi mewujudkan masyarakat yang bijak dalam hal kewangan serta pandai berjimat, tabiat
menabung adalah satu amalan penting yang mesti dipraktikkan dalam hidup. Apakah kelebihan yang
boleh didapati dengan menabung? Berikut adalah kepentingan amalan menabung dalam sesebuah
keluarga :- Dapat dijadikan simpanan untuk masa hadapan Bekalan wang untuk kegunaan ketika
kecemasan Mengelak daripada boros dan membazir Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak Dapat
dijadikan sebagai bank kecil tanpa perlu meminta wang daripada pihak lain Menjalinkan hubungan baik
sesama manusia kerana semua menabung 1. Simpanan untuk masa hadapan Pertama sekali, antara
faedah menabung adalah dapat membekalkan sebuah keluarga atau individu dengan sumber kewangan
untuk kegunaan masa depan. Hal ini demikian kerana wang boleh dianggap segalanya pada zaman kini.
Jika seseorang itu gagal untuk menyimpan wang yang secukupnya untuk masa hadapan, akan menjadi
sukar untuk menjamin masa depan yang cerah baginya. Sebagai contoh, jika sepasang suami isteri yang
melahirkan anak dalam usia agak lewat serta tidak mempraktikkan kegiatan menabung, mereka akan
berhadapan dengan masalah kewangan apabila tiba waktu persaraan kerana perlu menanggung kos
pembelajaran anak mereka yang masih kecil. Bagi seorang pelajar pula, wang sangat penting untuk
menampung perbelanjaan persekolahan seperti berikut: Alat tulis, Buku-buku rujukan Yuran sekolah
Yuran kelas tambahan (tuisyen) Dan apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan dan terus mara ke
peringkat seterusnya seperti di universiti, dia akan memerlukan wang yang lebih banyak bagi
menampung kos pengajian. Ini kerana perbelanjaan tambahan adalah seperti kos penginapan di hostel
pusat pengajian yang kemungkinan terletak jauh dari tempat tinggal rumah pelajar. Oleh yang demikian,
menabung mesti diamalkan sejak kecil lagi supaya wang tersebut dapat digunakan pada masa akan
datang. 2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan Seterusnya, setiap orang perlu sedar bahawa
keperluan duit semasa waktu kecemasan juga membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini
kerana manusia tidak dapat menjangka pada bila masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak
bagi menanggung kos perbelanjaan sesuatu perkara yang boleh hadir tanpa diduga seperti peribahasa
“malang tidak berbau”. Misalnya, contoh kes kecemasan adalah seperti Bencana alam seperti gemba
bumi, tanah runtuh dan banjir besar Kemalangan jalan raya Kematian ahli keluarga secara mengejut
Masalah kesihatan Justeru, kita perlu mengambil langkah bersiap sedia jika hal yang tidak diingini seperti
ini menimpa kita atau keluarga kita. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan dengan simpanan yang
banyak hasil menabung dapat membantu mengatasi masalah atau situasi ketika kecemasan. 3. Amalan
agar tidak menjadi boros dan membazir Selain itu, menabung dapat menjauhkan diri daripada sikap
pembaziran. Hal ini kerana dengan menyimpan wang, ianya mempunyai kesan termasuk dapat memupuk
nilai-nilai murni seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita.
Seseorang itu cenderung untuk boros ketika berbelanja dan berfikiran secara tidak rasional ketika
membuat pilihan. Manusia akan mudah tertarik dengan promosi produk keluaran syarikat yang bijak
mempromosikan sesuatu produk dengan pakej pembungkusan yang cantik dan menarik perhatian. Lalu
pembeli akan terus membeli produk tersebut dengan tidak berfikir panjang walaupun barang itu tidak
diperlukan. Sama juga, seorang pekerja yang bekerja keras untuk memperoleh wang tetapi tidak pandai
untuk menabung dan mengawal perbelanjaannya akhirnya akan dibebani dengan masalah kewangan.
Dalam agama Islam terdapat kenyataan bahawa sikap boros itu adalah amalan syaitan. Secara
rumusannya, menabung boleh menghindarkan diri daripada bersikap boros serta dapat meningkatkan
jumlah simpanan seseorang. 4. Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak Tambahan pula, amalan
menabung yang disemai oleh ibu bapa dapat dijadikan contoh teladan kepada anak mereka. Perkara ini
bermaksud sesebuah keluarga yang mengambil berat tentang amalan menabung akan disambung
generasi seterusnya melibatkan anak, cucu, sehinggakan cicit akan turut serta mencontohi perbuatan
moyang mereka. Ini sangat sesuai dengan pepatah Melayu, “bapa borek, anak rintik”. Sebagai contoh,
anak-anak yang setahun jagung akan diajar untuk menabung sehingga dewasa, dan seterusnya ideologi
ini akan diwariskan. Oleh itu, amalan menabung dalam keluarga akan berkekalan sekiranya ibu bapa
memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menabung di kalangan ahli keluarga. 5. Dijadikan
bank kecil, tidak mengharapkan orang lain untuk memberi wang Selain itu, dengan mengamalkan sikap
menabung secara konsisten, ianya dapat menangani segala masalah yang bakal menimpa kita pada
masa akan datang. Perkara ini boleh terjadi apabila sesebuah keluarga memerlukan wang yang
berjumlah besar untuk melaksanakan bayaran terhadap sesuatu. Keluarga tersebut berkemungkinan
akan mengharapkan pinjaman daripada pihak bank. Tetapi masalah sebenar akan timbul apabila
pinjaman tersebut akan dikenakan faedah yang boleh membebankan. Sebagai contoh, jika seseorang
yang meminjam sebanyak lima puluh ribu ringgit untuk membeli sebuah kereta, dia perlu memastikan
wang sebanyak enam puluh ribu yang mesti dilangsaikan kepada pemiutang atas 10 peratus faedah yang
dikenakan. Hal ini dapat dielak dengan mudahnya sekiranya kita memilih untuk menyimpan wang pada
masa dahulu yang lebih baik berbanding meminjam wang. Oleh yang demikian, kita mestilah sentiasa
menekankan kepentingan menabung dalam kalangan keluarga dan orang tersayang agar tidak perlu
berada dalam situasi yang tidak diinginkan. 6. Mengekalkan hubungan baik sesama manusia hasil
kegiatan menabung Akhir sekali, melalui tabiat menabung, ianya dapat mengeratkan hubungan
silatuhrahim antara keluarga. Perkara ini dapat dibuktikan dengan keluarga tersebut akan menggunakan
masa untuk berkongsi jumlah wang yang telah disimpan sesama mereka dan kegunaannya pada masa
akan datang. Contohnya, jika seseorang daripada keluarga ingin meminjam duit daripada ahli
keluarganya oleh kerana duit simpanannya yang tidak mencukupi. Oleh sebab ahli keluarganya yang lain
merupakan golongan yang mementingkan amalan menabung, maka seseorang dapat berbincang dengan
ahli keluarganya yang lain untuk meminjam duit sementara waktu. Oleh itu, di sini dapatlah dilihat
menabung itu dapat merapatkan keakraban tali persaudaraan dalam keluarga. Secara kesimpulannya,
amalan menabung mempunyai banyak kepentingan untuk seorang individu dan keluarga kerana
menabung akan memberi manfaat pada jangka masa panjang khususnya. Galakkan amalan menabung
mesti diwujudkan agar lebih ramai orang yang menyedari kepentingan amalan ini. Tidak kira usia samada
muda mahupun tua, marilah kita mula menabung dengan cermat kerana “berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-menabung.html

Anda mungkin juga menyukai