Anda di halaman 1dari 1

Di era globalisasi dan modenisasi ini, kebaikan amalan menabung dalam kalangan

masyarakat tidak dapat disangkal lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana kehidupan
rakyat Malaysia dilihat kian terbeban dengan kos hidup yang meningkat. Oleh itu,
sebelum berdepan dengan pelbagai masalah di masa akan datang, kita mestilah membuat
persiapan bijak seperti pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan” iaitu memupuk
amalan menabung.

Pertama sekali, antara faedah menabung ialah kita dapat membekalkan sebuah keluarga
atau individu dengan sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Hal ini dikatakan
demikian kerana wang boleh dianggap segalanya pada zaman kini. Jika seseorang itu gagal
untuk menyimpan wang yang secukupnya untuk masa hadapan, dia akan menjadi sukar
untuk menjamin masa depan yang cerah baginya. Sebagai contoh, sepasang suami isteri
yang melahirkan anak dalam usia agak lewat dan tidak mempraktikkan kegiatan menabung,
mereka akan berhadapan dengan masalah kewangan apabila tiba waktu persaraan kerana
perlu menanggung kos pembelajaran anak mereka yang masih kecil. Oleh itu , kita mesti
memupuk amalan menabung supaya dapat digunakan pada masa depan.

Selain itu, kita dapat menangani segala masalah yang menimpa kita pada kecermasan
dengan mengamalkan sikap menabung secara konsisten. Perkara ini boleh terjadi apabila
kita memerlukan wang yang berjumlah besar untuk melaksanakan bayaran terhadap
sesuatu. Kita berkemungkinan akan mengharapkan pinjaman daripada pihak bank atau
orang lain . Oleh itu , hal ini dapat dielak dengan mudahnya sekiranya kita memilih untuk
menyimpan wang pada masa dahulu yang lebih baik berbanding meminjam wang seperti
yang pernah dikatakan oleh Winston Churchill, lebih jauh ke belakang anda boleh
melihat , lebih jauh ke hadapan anda akan menyaksikan. Izharnya, kita mesti
mengamalkan sikap menabung supaya dapat digunakan pada masa kecermasan.

Tambahan pula, amalan menabung yang disemai oleh ibu bapa dapat dijadikan contoh
teladan kepada anak mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini dikatakan
demikian kerana ibu bapa merupakan suri teladan kepada anak sejak kecil. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh , sesebuah keluarga
yang mengambil berat tentang amalan menabung akan disambung generasi seterusnya
melibatkan anak, cucu, sehingga cicit akan turut serta mencontohi perbuatan moyang
mereka. Oleh itu , kita mesti memupuk amalan menabung bersama anak.

Kesimpulannya, amalan menabung memberikan banyak faedah kepada kita dan mesti
disuburkan dalam kalangan anak. Seperti yang pernah dikatakan oleh Theodore
Roosevelt , kita tidak boleh sediakan masa hadapan untuk orang muda, tetapi kita boleh
sediakan orang muda untuk masa hadapan. Oleh itu , kita mesti berganding bahu
mengamalkan sikap menabung kerana masa hadapan kita terletak dalam tangan diri kita.

Anda mungkin juga menyukai