Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan amalan menabung

“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.” Apabila


mendengar sahaja peribahasa di atas, pasti tergambar dalam
fikiran kita bahawa peribahasa itu amat sinonim dengan
perbuatan menabung. Cuba kita berfikir sejenak, apakah itu
menabung? Menabung merupakan perbuatan yang mulia dan
dapat ditakrifkan sebagai mengasingkan sejumlah wang demi
menjamin masa depan seseorang. Namun begitu, dalam era
pascaglobalisasi ini kesedaran untuk menabung semakin
menyusut dalam kalangan masyarakat kita khususnya bagi
golongan remaja. Para cendekiawan memfasiqkan bahawa wang
bukan segala-galanya, tetapi tidak dinafikan dengan wang kita
dapat melakukan segala-galanya. Peribahasa tak tumbuh tak
melata, tak sungguh orang tak kata amat tepat untuk menyokong
pendapat tersebut. Kini, terdapat pelbagai cara yang dapat kita
lakukan untuk menabung. Kita boleh menabung di bank-bank
tempatan yang banyak terdapat di negara kita atau melabur
dalam saham-saham yang dijamin oleh kerajaan. Sememangnya,
amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak setahun
jagung kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Izharnya,
amalan menabung ini mendatangkan banyak faedah bukan sahaja
kepada individu yang melakukannya tetapi juga terhadap
masyarakat dan negara.

Pada hemat saya, kepentingan primanya ialah para


pelajar dapat menyambung pelajaran dengan menggunakan
wang tabungan sekiranya diperlukan. Hal ini demikian kerana
kos pengajian di peringkat universiti semakin meningkat. Bagi
golongan miskin pula, wang pendaftaran sesi pengajian sahaja
pun sukar untuk dibayar. Jika kita menabung, kita dapat
menampung perbelanjaan persekolahan lain, seperti membeli
buku-buku rujukan, membayar yuran sekolah dan yuran kelas
bimbingan luar. Dalam hal ini, kita wajarlah membuka akaun di
bank dengan bantuan daripada ibu bapa. Di sampng itu, kita
haruslah menabung dalam jumlah yang konsisten setiap bulan
dan wang simpanan ini tidak dibelanjakan untuk kepentingan
peribadi. Sikap boros dan berbelanja pada perkara yang tidak
perlu haruslah dielakkan sama sekali. Natijahnya, kita tidak
perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada kerajaan untuk
mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi
mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti. Dewasa ini,
banyak pelajar cemerlang yang menggantungkan harapan pada
biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN. Apabila gagal
beroleh bantuan kewangan, mereka pun seolah-olah kaca
terhempas ke batu. Melalui amalan menabung, ibu bapa kita
tidak perlu bergolok bergadai untuk membiayai kos pelajaran
anak-anak yang mahal sekali. Orang tua-tua pernah berkata
bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
haruslah menjadi pedoman dalam amalan ini. Ringkasnya,
kehidupan masa hadapan lebih terjamin dengan pembelajaran
sepanjang hayat dijadikan landasan untuk berjaya sekiranya ada
tabungan yang mencukupi.
Faedah kedua sekiranya seseorang itu melakukan
tabungan ialah wang tabungan itu dapat digunakan pada waktu
kecemasan. Dana kecemasan ini cukup penting terutamanya buat
individu yang sudah berkeluarga. Dana kecemasan biasanya
merupakan satu dana yang disimpan untuk membiayai
perbelanjaan di luar jangkaan. Peribahasa Melayu ada
mengatakan bahawa malang tidak berbau, nasib buruk seseorang
itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, wang yang ditabung
dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah
sebagai sumber kewangan. Misalnya, semasa dalam masalah
kesihatan, ditimpa bencana alam dan tragedi kemalangan jalan
raya. Sudah pasti wang tabungan itu amat berguna untuk tujuan
rawatan. Sebagai impaknya, wang tersebut juga boleh membantu
keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Dalam erti
kata yang lain, wang tersebut dapat memudahkan segala urusan
pada masa hadapan. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa
sediakan payung sebelum hujan dan beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis. Hakikatnya, amalan menabung
merupakan persediaan kita untuk menghadapi saat-saat
kecemasan yang tidak dapat dijangka oleh akal sama sekali.

Selain digunakan untuk waktu kecemasan, kebaikan


amalan menabung yang seterusnya ialah dapat melahirkan insan
yang menyemai tabiat berjimat cermat. Tegasnya kepada kita
bahawa orang yang sering mengalami kesempitan wang tidak
berhemat dalam berbelanja. Selain itu, kita juga amat susah
untuk menyimpan wang sehinggakan kita terpaksa mengikat
perut pada akhir bulan kerana sikap boros berbelanja. Dengan
itu, sikap boros berbelanja ini sepatutnya diganti dengan didikan
dan amalan menabung. Selaras dengan itu, kita juga wajarlah
mengelakkan sikap suka berhutang dalam kalangan masyarakat.
Menurut Dato Michael Chong, kita tidak perlu “mengemis” dan
menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang
menangguk di air keruh dan menjadi duri dalam daging dalam
kehidupan kita. Seterusnya, kita juga digalakkan untuk merekod
sesuatu perbelanjaan untuk megenal pasti wang yang kita
belanjakan itu. Sebagai kesannya, kita dapat mengelakkan
diburu pemiutang atau diisytiharkan muflis apabila gagal
membayar hutang. Sementara itu, sikap boros juga tidak akan
berlaku dalam perbelanjaan seharian kita. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa sikap berhemah dan bijak mengurus kewangan
dalam diri sendiri akan dapat dipertingkatkan dengan amalan
menabung.
Amalan menabung juga penting untuk kelangsungan
hidup pada hari tua nanti. Hal ini berpunca daripada masalah
kesihatan pada hari tua tidak dapat dijangkakan oleh sesiapa.
Oleh itu, kita perlu menyimpan wang dari awal dan tidak boleh
menunggu sehingga waktu yang sesuai. Victor Hugo ada berkata
bahawa orang yang menabung itu bagaikan bintang di langit.
Seseorang yang menabung lebih awal maka wang simpanannya
akan menjadi lebih banyak. Kehidupan kita pada hari tua akan
menjadi lebih selesa apabila tiada masalah kewangan kerana kita
mendapat rawatan yang baik dan sempurna. Wang yang ditabung
ini amat penting digunakan untuk kos perubatan dan sara hidup
kerana sudah tidak bekerja. Amalan menabung sebenarnya
mampu menjamin kestabilan hidup kita di dunia. Di samping itu,
kemaslahatan diri dan keluarga akan terpelihara melalui amalan
menabung. Amalan menabung bertepatan dengan peribahasa,
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit yang mengatakan
kemaslahatan menabung. Kata aforisme bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian haruslah menjadi panduan dalam
mengamalkan amalan menabung. Tegasnya, masa depan kita
untuk hari tua akan lebih terjamin apabila menabung.

Akhirulkalam, amalan menabung memberikan


pelbagai manfaat kepada umat manusia sekiranya diurus secara
bijak dan berhemat. Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah berfikiran positif untuk memastikan amalan menabung
menjadi rutin hidup seluruh masyarakat Malaysia. Perjalanan
seribu batu bermula dari satu langkah, yang pipih tidak datang
melayang, yang bulat tidak datang bergolek dan tidak ada
gunung tinggi yang tidak dapat didaki, tidak ada luruh dalam
yang tidak dapat dituruni. Sikap bersungguh-sungguh yang
berpegang kepada peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya perlu ada
dalam diri untuk merealisasikan amalan menabung sebagai
budaya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Kesabaran dan ketekunan dapat mendaki gunung-ganang.
Seterusnya, kita wajarlah bijak merancang kewangan hidup kita
dengan mengamalkan budaya menabung wang sejak setahun
jagung lagi supaya dapat merealisasikan impian diri sendiri
malahan negara. Kita juga perlu merenungi faedah-faedah
amalan menabung dan menjadikan amalan tersebut sebagai
agenda utama dalam kamus hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai