Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : FAEDAH MENABUNG

Para cendiakawan mengatakan bahawa dengan wang, kita dapat


melakukan segala-galanya tetapi dengan wang kita tidak dapat membeli
segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim
dengan wang dan masa hadapan. Orang yang mengabaikan amalan ini
diumpamakan orang yang tidak mengendahkan cabaran hari
mendatang. Realitinya , peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa
sediakan paying sebelum hujan. Kata-kata ini membuatkan saya
terpanggil untuk merungkaikannya melalui sebuah pidato yang
berpaksikan tajuk Faedah Menabung.

Sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan


kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan
masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian,

Bersakit-sakit dahulu, bersenang senang kemudian.

Hadirin yang dikasihi.

Izinkan saya merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini. Menurut
kamus dewan edisi ke-$, faedah bermaksud guna atau manfaat.
Manakala menabung pula menyimpan wang di bank atau di dalam
tabung. Menabung wang dapat mendisiplinkan diri kita. Kesabaran dan
kesanggupan berkorban demi masa hadapan menjadi titik tolak
seseorang untuk menabung. Sesungguhnya, menabung merupakan satu
amalan yang sangat mulia. Terdapat banyak faedah sekiranya kita
menabung.

Hadirin yang dihormati.

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan menabung dapat melahirkan
masyarakat yang memeliki tahap tatasusila yang tinggi. Menabung wang
mempunyai kesan serampang dua mata. Bukan sekadar menyimpan
duit di dalam tabung bahkan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
setiap sanubari. Sikap berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap
diri sendiri sendiri serta kehidupan masa hadapan dapat disematkan.
Apabila kita menabung wang, kita akan dapat mengelakkan diri kita
daripada berbelanja secara boros yang akan merugikan diri kita sendiri.
Dalam Agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu
merupakan sahabat syaitan. Oleh hal demikian, dengan menabung
wang kita akan belajar Manahan nafsu daripada berbelanja berlebih-
lebihan.
Seperkara lagi, amalan menyimpan wang juga dapat membantu
mengurangkan perbelanjaan ibu bapa di dalam sesebuah institusi
keluarga. Ibu bapa sentiasa bekerja siang dan malam bagai lebah
mengumpulkan madudemi membiayai kos kehidupan yang semakin
meningkat. Peribahasa melayu ada mengatakan ingat sebelum kena dan
berjimat sebelum habis juga telah menjelaskan kepada kita bertapa
pentingnya penggunaan wang secara bijak agar tidak berlakunya
pembaziran wang.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Dalam suasana ekonomi Negara yang serba mencabar ini, wang sangat
tinggi nilainya. Segala urusan memerlukan wang. Impaknya ramai orang
terpaksa berhutang , sama ada berhutang dengan institusi perbankan
mahupun berhutang dengan peminjam yang tidak berlesen seperti ah-
long dan ceti haram., gara-gara memerlukan wang untuk meneruskan
kehidupan. Sesungguhnya amalan menabung dapat menyelamatkan diri
kita daripada menjadi orang yang mempunyai hutang keliling pinggang.

Hadirin yang dirahmati.

Dewasa ini, ramai anak muda Berjaya melanjutkan pelajaran ke menara


gading samaada di instusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.
Justeru itu, wang yang banyak [erlu disediakan. Dengan menabung
kualiti kehidupan yang lebih baik, dapat dinikmati. Wang yang ditabung
boleh menjadi modal untuk melanjutkan pelajaran demi member
pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahda dan bonda.
Sesungguhnya menabung adalah sebagai persediaan masa hadapan
khususnya dalam pelajaran. Oleh hal demikian, jika kita mengamalkan
alamalan menabung wang sejak kecil, sudah pastilah masalah
kekurangan wang untuk belajar akan dapat diatasi apabila kita telah
bersiap sedia sejak awal lagi.

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Anak-anak


digalakkan menabung. Sekiranya kita telah bersedia lebih awal
menyimpan wangsudah pasti masalah kesempitan di kala kecemasan
dapat di atasi. Seterusnya dapat menanam nilai berdikari di samping
mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang
amat bermakna.

Akhirkata, sebagai penutup tirai, wacana ilmu kita pada hari ini, saya
suka ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa amalan
menabung mesti diterapkan dalam setiap diri kerana ternyata menabung
member banyak faedah kepada kita semua. Mulalah menabung dari
sekarang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Anda mungkin juga menyukai