Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah.

Tulis ulasan tentang kebaikan menabung dalam bentuk pernggan.


Panjang ulasan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kebaikan Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan.


Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak
faedah kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap


berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan
harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah.
Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang


simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga
membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa
pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat
dan berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan.


Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau
ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang
lain.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita


menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian
keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk
menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan
selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya.


Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh
itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit.

Anda mungkin juga menyukai