Anda di halaman 1dari 2

AMALAN BERJIMAT

CERMAT
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari
kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkaraperkara yang perlu sahaja tanpa
pembaziran.Banyak faedahnya apabila kita
berjimat-cermat.Antara faedahnya ialah kita
boleh menyimpan atau menabung wang untuk
tujuan yang lebih penting.Wang itu nanti boleh
digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah
seperti membeli buku-buku latihan dan
sebagainya lagi.Selain itu, sikap berjimat-cermat
akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir
panjang sebelum membeli sesuatu
barangan.Sikap seperti ini boleh mengurangkan
kesilapan membeli sesuatu barangan yang
kurang perlu sehingga akhirnya barangan
tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu
merugikan kita. Berjimat-cermat juga bermakna
kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang
dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita
sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita
daripada selalu berulang-alik ke hospital.Di
samping itu, amalan berjimat-cermat juga
menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi.

Mereka sentiasa mengambil berat tentang


penjimatan dan kecermatan.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi
memastikan amalan berjimat-cermat menjadi
budaya hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai