Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara

menghargai jasa
tokoh
negarawan
Negara Malaysia mempunyai banyak tokoh yang
tersohor. Antaranya ialah Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn,
dan Tun Dr. Mahathir Mohammed. Oleh sebab itu,
kita mestilah menghargai jasa mereka kerana
harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama

Cara untuk menghargai negarawan adalah


dengan pembinaan muzium negarawan. Di dalam
muzium tersebut, kita patutlah menghimpunkan
bukti-bukti jasa mereka. Hal ini penting agar
masyarakat tahu bahawa tanpa jasa negarawan,
negara kita masih berada di takuk lama.

Selain itu, bangunan dan jalan utama negara


bolehlah dinamakan dengan nama mereka. Hal
ini membuktikan bahawa kerajaan mahu
warganegara mengapresiasi bakti mereka
kepada nusa. Pelancong asing juga dapat
mengenali negarawan.

Biodata mereka wajarlah kita kaji. Dengan ini,


pelajar dapat meneladani sikap positif
negarawan. Saya percaya, cara ini dapat
melahirkan generasi baharu yang cemerlang,
gemilang, dan terbilang.

Kesimpulannya, jasa negarawan mesti segar


dalam ingatan kita. Janganlah kita menjadi warga
yang bersikap seperti kacang lupakan kulitnya.

Anda mungkin juga menyukai