Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat

Dasawarsa ini, isu gaya hidup sihat telah semakin dipinggirkan serta
dipandang enteng dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana
kebanyakan Ibu bapa mengamalkan sikap materialistik telah mengabaikan
keoentingannya di samping menunjukkan contoh gaya hidup yang tidak
sihat kepada remaja. Sebenarnya, amalan gaya hidup sihat wajarlah disemai
dalam sanubari remaja kerana merekalah yang akan menerajui pucuk
kepimpinan Negara pada masa hadapan. Lantaran, marilah kita bincangkan
keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat?
Keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat yang perdana adalah
mencerdaskan minda remaja. Gaya hidup sihat dapat mempertingkatkan
pengaliran darah dan oksigen ke dalam otak. Dengani ini, pemikiran yang
kreatif dan kritis dapat dijanakan sekali gus remaja dapat memberi tumpuan
yang sepenuhnya semasa waktu pelajaran di sekolah.bak kata pujangga ,
badan sihat, otak cerdasw, dengan melakukan aktiviti yang positif seperti
bersenam, beriadah, dan berkreasi nescaya kita bakal menjadi seorang
pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Seterusnya, kepentingan gaya hidup sihat adalah mingisi masa lapang
remaja dengan berfaedah. Sikap semula jadi remaja, yakni keinginan
mencuba sesuatu yang baharu selalunya mengakibatkan remja terpengaruh
dengan rakan sebaya yang bejat akhlaknya seandainya mempunyai masa
senggang. Namun begitu, dengan gaya hidup sihat sudah pasti tunas remaja
dapat menghindarkan diri daripada kancah sosial and segala anasir negatif.
Selain itu, amalan pengurusan masa juga dapat diserap dalam remaja yang
mengamalkan gaya hidup sihat kerana mereka akan menggunakan masa
terluang untuk menjalankan aktiviti yang bermanfaat kerana masa itu emas.
Tuntasnya, para remaja haruslah mengamalkan amalan yang mulia agar
identity diri, keluarga, dan sekolah terjaga.
Selanjutnya, gaya hidup sihat juga memainkan peranan yang signifikan
dalam usaha mengelakkkan penyakit kronik. Bak kata peribahasa, mencegah
lebih baik daripada merawat, dengan ini jelaslah bahawa gaya hidup sihat
dapt mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Corak pemakanan yang
seimbang dapat melindungi kita daripada serangan jantung dan sebagainya.
Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, jangka hayat kita dapat
dipanjangkan sekali gus kita dapat menjalani kehidupan hari tua dengan
lebih sejahtera.
Tambahan pula, keperluan remaja mengamalkan gaya hidup sihat
adalah menyihatkan tubuh badan. Sebagai remaja, kita haruslah
mengamalkan gaya hidup sihat agar kita terhindar daripada musibah yang
tidak diingini keran malang tidak berbau. Corak hidup negatif seperti

merokok, menghisap dadah, pengambilan alcohol, dan sebagainya yang


akan menjejaskan tahap kesihatan perlulah dijauhi agar organ senantiasa
berfungsi dengan sempurna. Kesimpulannya, gaya hidup sihat perlu dipupuk
dalam hati remaja supaya dapat kehidupan harian dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai