Anda di halaman 1dari 4

Rangka Karangan :

Pendahuluan
-padang yang luas di sekolah saya
-setiap hari digunakan dengan pelbagai aktiviti
-pada suatu hari, suasananya berubah kerana suatu pertandingan

Perenggan ke-2
-para penonton berkumpul ditepi padang
-mereka kelihatan amat teruja/berminat
-ada yang makan ais krim di tepi padang

Perenggan ke-3
-orang ramai bertepuk tangan sebaik pasukan yang bertanding masuk ke padang
-setiap pasukan dilihat sungguh bersemangat
-berharap pasukan sekolah saya menang

Perenggan ke-4
-perlawanan yang hebat
-setiap pasukan bermain bersungguh-sungguh
-riuh dengan tepukan penonton di sekeliling padang
-antara pasukan yang hebat pada tahun sebelumnya

Penutup
-permainan tamat
-bersalaman antara pasukan
-bersyukur kerana pasukannya menang
-berazam untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pada tahun hadapan

** ** ** ** ** **

Sekolah saya mempunyai sebuah padang yang luas. Setiap hari, padang ini digunakan untuk
aktiviti Pelajaran Pendidikan Jasmani pada waktu pagi atau kegiatan ko-kurikulum pada waktu
petang. Suasana padang itu berubah apabila sekolah saya mengadakan perlawanan bola sepak
persahabatan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia pada petang 14 Julai 2009 yang lalu.

Sebelum pertandingan bermula, murid-murid dan sebahagian daripada penduduk kampung mula
berkumpul di sekeliling padang sekolah. Mereka masing-masing kelihatan amat teruja untuk
menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Ada juga murid-murid dan beberapa orang
penduduk kampung yang mengunyah makanan dan menikmati aiskrim sementara menunggu
pasukan bola sepak masuk ke padang. Di penjuru padang kelihatan seorang penjual aiskrim
bermotosikal sedang sibuk melayan kanak-kanak yang ingin membeli aiskrimnya.

Orang ramai bangun dan bertepuk tangan sebaik sahaja terlihat kelibat kedua-dua pasukan bola
sepak masuk ke padang. Setiap pasukan kelihatan sungguh bersemangat untuk memenangi
perlawanan itu. Saya juga berasa amat gementar dan berharap pasukan bola sepak sekolah
saya akan memenangi perlawanan tersebut.

Semasa perlawanan, para pemain bermain dengan bersugguh-sungguh. Tepukan dan sorakan
kedengaran di sekeliling padang. Para pemain menunjukkan aksi yang sungguh hebat kerana
kedua-dua pasukan bola sepak ini adalah juara dan naik juara bagi pertandingan bola sepak
sekolah rendah daerah Temerloh pada tahun lepas.

Perlawanan ini berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Saya bersyukur kerana
perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan bola sepak sekolah saya. Para pemain bersalam-
salaman dengan pasukan lawan dan para pengadil sebelum keluar padang. Saya berharap pada
tahun hadapan, saya pula akan mewakili sekolah dalam pertandingan seperti ini.























Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)
Setiap orang mempunyai hobi. Tulis kebaikan hobi yang kamu gemari.
_________________________________________________________________________

Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-contoh hobi ialah
memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Saya juga mempunyai hobi
iaitu bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang kecuali jika ada urusan
lain yang lebih penting.

Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang mendalam terhadap
permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu menyaksikan perlawanan bola sepak secara
langsung di kaca televisyen. Selain itu, saya juga pernah pergi ke studium Bukit Jalil dengan
keluarga saya untuk menonton suatu perlawanan akhir bola sepak .

Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan tersebut ialah mengisi masa
lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyihatkan badan, menjadikan saya cergas serta
cerdas dan menambahkan kenalan. Pada waktu lapang seperti pada waktu petang, saya dapat
mengisi masa lapang ini dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada
terjebak dalam kegiatan yang merugikan seperti melepak dan sebagainya.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini menyebabkan
badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan melangsingkan badan saya. Oleh
sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Saya juga tidak risau
tentang masalah kegemukan yang boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya seperti darah
tinggi, kecing manis dan lain-lain lagi.

Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Saya perlu
melakukan tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak dalam permainan ini. Hasilnya otot-otot
badan saya menjadi kuat dan pergerakan saya lebih pantas. Selain itu, saya juga tidak mudah
berasa lesu atau penat. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah atau
semasa mengulang kaji pelajaran di rumah. Badan saya yang sihat dan bertenaga juga
membolehkan saya mudah memahami sesuatu pelajaran. Oleh sebab itu, saya sering mendapat
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.

Di samping itu, saya memperoleh ramai kenalan melalui hobi ini. Permainan bola sepak
memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang menambahkan kenalan terutama
apabila melibatkan pertandingan dengan pasukan bola sepak dari luar.

Kesimpulannya setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Kita bebas memilih hobi yang kita
gemari, bak kata pepatah "Tepuk dada, tanya selera". Namun, perlu kita ingat hobi tersebut tidak
seharusnya merugikan kita. Sesuatu hobi yang baik dan sesuai sepatutnya akan mendatangkan
kebaikan kepada kita.







Anda telah mengikuti sambutan Hari Kebangsaan di tempat anda pada tahun ini.
Gambarkan suasana sambutan tersebut selengkapnya.

Sambutan Hari Kebangsaan sudah dirasakan meskipun tarikh 31 Ogos masih jauh.
Jalur Gemilang pada bangunan-bangunan di sekitar bandar Tanjong Malim berkibar
megah apabila ditiup angin. Para pemilik kenderaan tidak ketinggalan mengibarkan
bendera kecil pada kenderaan masing-masing. Pada tahun ini, aku berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Tanjong
Malim. Pasukan pancaragam sekolahku terpilih untuk membuat persembahan.

Pada awal pagi 31 Ogos 2011, orang ramai mula berkumpul di padang Majlis
Perbandaran Tanjong Malim. Mereka cukup patriotik meskipun terpaksa berdiri berjam-
jam lamanya bagi menyaksikan upacara tahunan ini. Sokongan penonton begitu
membakar semangat semua peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan
tersebut. Semangat sebegitulah yang diperlukan untuk mempertahankan kemakmuran
negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Pukul tujuh pagi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan berserta
rombongannya tiba di hadapan Bangunan MDTM. Sejurus kemudian, DYMM Paduka
Seri Sultan Perak pula tiba. Sebaik saja baginda naik ke atas pentas yang disediakan,
lagu Negaraku berkumandang diikuti dengan upacara menaikkan bendera.

Pada pukul 8.30 pagi, acara perarakan raksasa bermula. Perarakan ini dimulai oleh
pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjong Malim. Sejurus
kemudian, puluhan kontinjen yang mewakili jabatan kerajaan dan swasta berarak
mengikut giliran masing-masing. Suasana yang meriah dan berwarna-warni dapat
dilihat. Tepukan gemuruh daripada para penonton mengiringi perarakan. Perarakan itu
mengambil masa selama lebih daripada satu jam.

Selain itu, formasi logo Hari Kebangsaan pada tahun ini juga cukup menarik perhatian
penonton. Tepukan gemuruh mengiringi setiap formasi yang terbentuk. Para penonton
begitu berpuas hati melihat formasi-formasi berkenaan. Keterampilan mereka sekali gus
mencerminkan kerjasama dan kesepaduan jitu antara semua kaum di Malaysia.
Persembahan koir oleh para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
menghangatkan suasana juga.

Acara perarakan selesai lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Meskipun keletihan,
namun pengalaman ini memberikan pengalaman indah buat diriku. Hal ini mengingatkan
aku bahawa betapa beruntungnya aku kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah
ini. Satu Malaysia Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai