Anda di halaman 1dari 1

Karangan 1

Perpustakaan merupakan tempat sumber rujukan kepada murid-murid sekolah.

Jelaskan faedah-faedah mengunjungi perpustakaan kepada murid.

Perpustakaan dikategorikan sebagai tempat penyimpanan dan pembacaan bahan bacaan


kepada masyarakat umum terutamanya golongan pelajar. Terdapat pelbagai bentuk perpustakaan
termasuklah perpustakaan bergerak dan perpustakaan sekolah. Jelaslah, pelajar yang sering
mengunjungi perpustakaan akan memperoleh banyak manfaatnya.

Impak positif yang menyerlah ialah pelajar akan menghabiskan masa lapang mereka dengan
berfedah terutama ketika cuti sekolah yang panjang itu. Amalan membaca buku di tempat ini
memerlukan tempoh masa yang lama seperti dua atau tiga jam untuk mendapat kesan yang sewajarnya.
Maka, pelajar akan menghabiskan masa cuti mereka dengan begitu bermanfaat kerana membaca itu
jambatan ilmu.

Selain itu, sikap mengunjugi perpustakaan ini akan mendedahkan diri pelajar dengan pelbagai
bahan bacaan yang meningkatkan kemahiran mereka dalam isu-isu semasa. Pelajar akan membaca
majalah, buku, akhbar dan sebagainya ketika berada di dalam perpustakaan lalu banyak informasi
diperoleh pula. Jadi, pelajar boleh menggunakan semua maklumat tersebut untuk mengukuhkan
kefahaman mereka tentang aspek isu-isu semasa yang melanda kehidupan masyarakat zaman ini.

Malah, perpustakaan juga menjadi tempat untuk pelajar membuat latihan sekolah dan
mengulangkaji pelajaran kerana suasananya yang senyap sunyi itu. Tumpuan pelajar menjadi lebih fokus
kerana ketiadaan gangguan televisyen, telefon bimbit, suara rakan dan sebagainya berbanding ketika
berada di rumah sendiri. Akibatnya, prestasi pelajaran pelajar itu akan menjadi bertambah baik setiap
kali peperiksaan berlangsung.

Konklusinya, semua kebaikan mengunjungi perpustakaan itu akan wujud apabila amalan ini
menjadi satu rutin pelajar. Namun, pelajar harus jujur dengan menggunakan kemudahan perpustakaan
sebaik mungkin seperti tidak membuang bising, mengoyak halaman buku, dan tidur pula. Slogan
perpustakaan gedung ilmu membuktikan betapa besarlah pengaruh perpustakaan dalam kehidupan
pelajar yang berusaha mencari ilmu pengetahuan itu.

Anda mungkin juga menyukai