Anda di halaman 1dari 5

CONTOH 1 SURAT KIRIMAN RASMI Pusat sumber sekolah anda kurang dikunjungi oleh pra pelajar walaupun mempunyai

pelbagai pelbagai kemudahan.Tulis sepucuk surat kepada guru pusat sumber sekolah anda untuk mengemukakan cadangancadangan bagi mengatasai masalah itu. No.60,Jalan 14/1, Taman Segar, 77300 Masjid Tanah,Melaka. _____________________________________________________________________________________ Guru Pusat Sumber, Sekolah Menengah Kebangsaan Hilir, 77300 Masjid Tanah, MELAKA BANDARRAYA BERSEJARAH JUN 2008 Tuan, Cadangan-cadangan bagi Mengatasi kelemahan Pengurusan di Pusat Sumber Sekolah Saya merupakan pelajar Tingkatan Tiga Arif di sekolah ini. Belakangan ini saya perhatikan bahawa bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber semakin berkurangan walaupun mempunyai pelbagai kemudahan.Oleh itu,saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang saya fikirkan sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar-pelajar untuk mengunjungi pusat sumber. 30

2. para

Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan

pelajar tidak berminat mengunjungi pusat sumber. Saya mencadangkan agar diadakan projek ``Taman Dalam Pusat Sumber. Bunga-bunga dan lukisan mural alam semulajadi pada dinding didalam pusat sumber secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

3. Pustakawan pula hendaklah diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan pusat sumber dengan lancar. Pustakawan sekolah mendapati kurang cekap mengurus proses peminjaman dan pemulangan buku. Buku-buku juga diletak tidak mengikut label pada rak. Amat diharapkan agar kursus tersebut dapat menmantapkan sistem pengurusan di pusat sumber. 4. mesin fotostat tetapi tidak ada petugas yang mahir mengendalikan mesin tersebut. Saya mencadangkan agar pihak pengurusan mengenakan caj dan melantik petugas yang mahir untuk membantu para pelajar menggunakan mesin itu. Hasil kutipan yang diperoleh itu dapat digunakan untuk rujukan kerceriaan pusat sumber atau menambah bilangan buku rujukan untuk para pelajar. Pusat Sumber mempunyai banyak kemudahan seperti penggunaan

5. Semoga cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber akan meningkat. Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas, Ramona Aini Rahim `````````````````````````````` (Ramona Aini Binti Rahim)

Penulisan : Surat Kiriman Rasmi


1. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus. 2. Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu. 3. Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkaraperkara peribadi. 4. Beberapa contoh surat kiriman rasmi adalah seperti berikut: (a) Surat aduan (b) Surat rayuan (c) Surat memesan barangan (d) Surat undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi (e) Surat permohonan (f) Surat pekeliling 5. Gunakanlah bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca. 6. Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan karangan jenis ini. Format Surat Kiriman Rasmi

TIP 1. Berdasarkan analisis soalan-soalan UPSR sejak tahun 1992 hingga 2001, soalan karangan jenis surat kiriman rasmi sudah dua kali ditanyakan, iaitu pada tahun 1995 dan 2000. 2. Karangan jenis surat kiriman rasmi mesti ditulis dengan mengikut format yang betul. 3. Markah akan dipotong jika karangan ini ditulis tanpa mengikut formatnya. (tidak lebih daripada 3 markah) 4. Sila perhatikan pembahagian markah di bawah ini untuk mengetahui cara karangan anda dinilai dalam peperiksaan.

Aspek Isi Bahasa Perbendaharaan kata Penggunaan imbuhan Ejaan Penggunaan tanda baca Struktur ayat Jumlah

Markah 10 3 3 3 3 3 25

Anda mungkin juga menyukai