Anda di halaman 1dari 5

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan.

Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan. Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu. Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna. Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu. Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Pemahaman. (i) Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

(ii) Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan belajar secara berkumpulan?

Jawapan SET 1: Ringkasan Karangan. Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

Pemahaman. (i) Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara yang sering dilakukan untuk menambahkan pengetahuan seseorang.

(ii) Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

Berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu, mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tanparan kepada cabaran pengetahuan ahli kumpulan yang lain.

(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan belajar secara berkumpulan?

Guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam ingatan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentng cara belajar secara berkumpulan yang efisien. Selain itu, murid yang telah berjaya menggunakan akedah ini dijadikan murid contoh. Di samping itu, pihak kaunselor hendaklah memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri untuk menjadi murid yang cemerlang.

Lihat gambar berikut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah belajar yang berkesan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh jawapan pelajar Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita,terutamanya di kalangan murid-murid sekolah. Terdapat pelbagai kaedah belajar yang berkesan yang boleh kita amali bagi meningkatkan prestasi kemajuan pelajaran kita,terutamanya bagi subjek yang susah. Antaranya,menubuhkan sebuah kumpulan belajar bersama rakan-rakan. Dengan ini,kita boleh berkongsi masalah yang dihadapi bersama-sama. kita juga patut menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar dan bertanyakan soalan seandainya tidak faham.bak kata pepatah,"malu bertanya sesat jalan". Selain itu,kita patutlah mengulang kaji pelajaran seandainya ada masa terluang.Dengan ini,kita akan lebih memahami subjek yang dipelajari. Oleh itu,amatlah penting bagi kita mengamalkan kaedah belajar yang berkesan,sesungguh,"ilmu pelita hidup". Jawapan 2 Ilmu sangat penting kepada semua orang terutamanya kepada kepada pelajar sekolah. Pelajar boleh mendapat ilmu di mana saja.Oleh itu,kita perlu tahu kaedah yang sesuai untuk belajar supaya kita dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Antara kaedah yang sesuai untuk belajar adalah belajar di dalam kumpulan. Kaedah ini boleh membantu kita kerana kita boleh berbincang dengan kawan tentang topik yang tidak difahami. Selain itu,kaedah bertanya kepada guru adalah sangat efektif. Bak kata pepatah,'malu bertanya sesat jalan.' Kaedah ini haruslah diamalkan supaya kita tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Di samping itu,mengulangkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru adalah satu kaedah yang harus kita amalkan. Ini kerana kita akan dapat mengingati topik yang telah diajar kepada kita. Kedah ini boleh dilakukan pada masa lapang. Kesimpulannya,sebagai pelajar,kita harus mengamalkan kaedah belajar yang betul untuk mendapat ilmu yang maksimum. Jawapan 3 Ilmu sangat penting bagi kita. Kita telah belajar semenjak berumur 5 tahun iaitu ketika berada di prasekolah ataupun tadika.Tanpanya kita tidak dapat meneruskan kehidupan.Oleh itu,terdapat pelbagai kaedah belajar yang berkesan.

Kaedah pertama ialah belajar secara berkumpulan. Ia dapat mengurangkan tekanan kerana kita dapat berkongsi masalah serta ilmu. Ia juga dapat menghiburkan sesama sendiri kerana kita tidak berasa bosan dan sunyi. Seterusnya menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar.Jika kita tidak faham tentang sesuatu perkara,kita hendaklah bertanyakan kepada guru agar kita tidak dibelenggu oleh segala persoalan. Selain itu,mengulang kaji secara perseorangan akan memantapkan kesefahaman kita. Kita juga dapat membaiki kesalahan yang lazim dilakukan ketika ujian. Kesimpulannya tuntutlah ilmu kerana ilmu amat berharga untuk menjamin masa depan yang cerah.

Anda mungkin juga menyukai