Anda di halaman 1dari 4

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Syeksyen 7,para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru serta rakan
sekalian.

    

    Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik
daripada Belajar Bersendirian"

Hadirin yang dihormati,

Belajar ialah satu proses menimba ilmu dan dilakukan secara bersendirian mahupun
secara berkumpulan.Setiap orang mempunyai cara belajar mereka yang tersendiri.Begitu
juga dengan saya.

    Bagi diri saya,balajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar


bersendirian.Dengan belajar secara berkumpulan,kita dapat bertukar-tukar pendapat dan
nota sesama sendiri.Jadi idea yang ada ada dapat digabungkan dan boleh menghasilkan
satu idea yang menarik.

Hadirin sekalian,

Selain itu,belajar secara berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.Ini


kerana dengan berlajar secara berkumpulan,kita akan lebih mengenali ahli kumpulan kita
dengan lebih rapat.Sifat yang baik juga dapat dipupuk seperti kejersama,bersatu padu dan
menetapi masa.

    Belajar secara berkumpulan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.Ini kerana kita
dapat belajat daripada kumpulan lain.Kita juga dapat meningkatkan daya fikir dan ilmu
melalui penghasilan idea yang bernas.

    Di samping itu,dengan berlajar secara berkumpulan kita tidak akan membuang masa
dengan pekara yang tidak mendatangkan faedah.

    Jadi jelaslah kepada kita semua bahawa belajar secara berkumpulan lebih baik
daripada belajar sendirian.

    Sebelum saya mengakhiri syarahan ini,sekali lagi saya menegaskan "Belajar Secara
Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar Sendirian"

    Sekian terima kasih.

1
Setiap pelajar ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Maka,mereka harus mempunyai cara belajar yang berkesan.

    Salah satu cara belajar yang berkesan ialah kita harus menumpukan perhatian semasa
guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana semasa guru mengajar, guru akan
memberitahu kita isi-isi yang penting .Dengan itu , kita tidak perlu susah untuk
mengulang kaji.

    Selain itu, kita harus membuat satu jadual belajar. Kita harus mengikut jadual yang
ditetapkan supaya tidak membazirkan masa kerana masa itu emas.

     Di samping itu, kita harus membuat nota dengan menggunakan pelbagai jenis pen
berwarna. Cara ini bukan sahaja dapat menambahkan peringatan tetapi juga dapat
meningkatkan kreativiti seseorang. Lagipun, nota mudah dibawa ke mana-mana untuk
mengulang kaji.

     Bukan itu sahaja, kita harus banyak bertanya soalan kepada guru ketika kita
menghadapi masalah. Kita digalakkan banyak bertanya kerana malu bertanya ,sesat jalan.

    Kesimpulannya, kita harus berusaha dengan sikap yang tabah,gigih dan dedikasi.Sikap
hangat-hangat tahi ayam harus dikikis.ingatlah usaha tangga kejayaan.

faedah belajar secara berkumpulan


2009-09-07 21:14
     Belajar sememangnya menjadi aspek utama kita untuk berjaya dan setiap murid
mempunyai kaedah belajar yang tersendiri. Setiap murid    perlu memilih kaedah dan
teknik belajar yang paling berkesan dan mudah.Salah satu caranya    ialah belajar secara
berkumpulan.

     Apabila kita belajar secara berkumpulan kita dapat bertanya tentang sesuatu perkara
yang kita tidak fahami kepada rakan2. Rakan2 akan membantu menerangkan atau
membincangkan sesuatu masalah yang kita tidak fahami. Kita juga dapat bertukar-tukar
nota apabila belajar secara berkumpulan. Nota amat penting untuk memahami sesuatu
tajuk dalam setiap mata pelajaran.

Selain itu, belajar secara berkumpulan juga dapat membolehkan kita bertukar-tukar
fikiran atau pendapat dalam perbincangan. Pendapat daripada rakan yang berlainan akan
menambahkan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam lagi. Belajar berkumpulan juga
dapat melatih sikap berani untuk bercakap terutama apabila membuat perbincangan.

2
Belajar secara berkumpulan juga tidak membosankan. Perbincangan yang dibuat akan
menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar. Ini kerana, suasana
pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu murid-murid


memahami sesuatu tajuk dengan lebih berkesan berbanding belajar bersendirian.
Namun,kita perlulah berhati-hati memilih rakan yang sesuai. Pilihlah rakan yang
mempunyai minat untuk belaja

belajar berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian.


2009-07-27 12:29
Belajar Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Bersendirian.

Belajar merupakan satu proses yang penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Terdapat
pelbagai cara untuk belajar iaitu sama ada secara berkumpulan bersama rakan ataupun
secara berseorangan sahaja.

Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan belajar
berseorangan. Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat kita
lebih mudah mengingati apa yang telah dipelajari. Kesannya sesuatu pelajaran itu akan
sentiasa kekal di dalam minda kita.

Belajar secara berkumpulan juga tidak membosankan. Perbincangan yang dibuat akan
menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar. Ini kerana suasana
pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat.

Semasa belajar berkumpulan, secara tidak langsung kita akan belajar bekerjasama dengan
rakan-rakan yang lain. Amalan murni ini amat diperlukan apabila kita berada di alam
pekerjaan kelak. Oleh itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak dan mendalam kerana rakan-
rakan dalam kumpulan tersebut membaca buku rujukan yang berlainan tentang tajuk
yang hendak dibincangkan. Dengan ini, semua maklumat tersebut dapat berkongsi
bersama. Kesannya sesuatu tajuk itu akan dapat difahami dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu murid-murid


memahami sesuatu tajuk dengan berkesan berbanding belajar secara bersendirian. Maka
murid-murid boleh memilih kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk mencapai
kecemerlangan.

3
Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian

'Belajar berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian.'...topik ini adalah salah
satu topik yang selalu ditanya, sama ada di dalam bahas atau segi pendapat oleh
pelajar-pelajar. Ramai suka belajar secara bekumpulan, tetapi ada juga yang suka
belajar secara bersendirian. Faktor-faktor ini akan membawa keputusan yang
berlainan....
Ramai orang akan setuju bahawa mereka suka belajar secara berkumpulan. Dengan
belajar berkumpulan, mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka lebih lanjut dan boleh
meminta bantuan dari kumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini pun
meringankan beban cikgu-cikgu yang selalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah.
Belajar secara berkumpulan pun membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains
are better than one', idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian
digabungkan dan dicampur menjadi satu.
Semua faedah mempunyai keburukannya. Tidak semua orang akan menumpukan
pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan
niat untuk belajar sudah makin jauh.
Belajar secara kumpulan pun boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain.
Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba
untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran merekan pun boleh merosot kerana
sekarang mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu.
Kerana itulah, ada sesetengah dari mereka yang memilih untuk belajar secara
bersendirian. Mereka tidak mudah diganggu dari orang lain dan niat mereka untuk
belajar akan tercapai. Dia mempunyai kamar sendiri untuk belajar, dan barang-barang
sudah diatur untuk belajar, dan ini pun boleh memajukan didinya untuk cemerlang.
Belajar bersendirian pun membawa faedah yang lain. Antaranya adalah kita boleh
belajar berdikari, dan inilah salah satu daripada sifat-sifat kita harus punyai. Dengan
belajar berdikari kita tidak payah bergantung kepada orang lain. Kita tidak akan
berjaya jika kita selalu bergantungan kepada orang lain.
Keburukannya- jika ada soalan untuk ditanya, kita tiada sesiapa untuk membantu kita.
Ini pun boleh membawa kesan untuk tidak mahu belajar. Dengan begini pun boleh
merosot pelajaran.
Kerana keseorangan, pendapat selalu daripada diri sendiri. Kadang-kadang, pendapat
orang lain lebih baik daripada pendapat sendiri. Contohnya, setelah lama belajar, rakan
sekumpulan kita akan memberi cadangan untuk berehat seketika. Tetapi kalau kita
belajar bersendirian, kita akan memaksa diri kita untuk menyelesaikan kerja kita, dan ini
boleh merosakkan minda kita jika minda kita menyerap terlalu banyak informasi.
Seseorang juga harus berhati-hati untuk belajar sendirian.
Dalam kesimpulan, walaupun ada faedah dan keburukkan dalam ini, kita haruslah ambil
yang berfaedah. Jika kita berasa bahawa belajar secara berkumpulan adalah lebih baik,
maka kita ambillah pendapat kita itu, dan juga sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai