Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan

Tips :
(1)Pelajar dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan supaya menjadi
tidak melebihi 80 patah perkataan.

Jadual Menulis Ringkasan PT3


……(Kata Tugasan)…..ialah/adalah………(Isi yang pertama)… . Selain
itu,…………(Isi yang Kedua)…. . Seterusnya,…….(isi yang Ketiga)…. .
Selanjutnya,……(Isi yang Keempat)….. . Pada masa yang sama,…….(Isi yang
kelima)…. .
Contoh Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar
secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study
circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu
kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar
pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut.
Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara
berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk
disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita
mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak
dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita
miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu
dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan
perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan
pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan
pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini
demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan
pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian
kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan
perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara
yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan
gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.
Contoh Jawapan
Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat bertukar-tukar pendapat
tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman tentang sesuatu perkara
dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan
rapi. Selanjutnya, ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar
difahami dengan terperinci. Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun
mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil
daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat
meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.
(80 patah perkataan)

(1)Kata Tugasan
(2)Isi Pertama
(3)Isi Kedua
(4)Isi Ketiga
(5)Isi Keempat
(6)Isi Kelima
(7)Isi Keenam
(8)Isi Ketujuh

Isi Keenam dan Ketujuh merupakan pilihan sekiranya jumlah perkataan bagi ringkasan
masih tidak melebihi 80 patah perkataan.
LATIHAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan kokurikulum kepada para pelajar. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memupuk dan membentuk keperibadian unggul


seseorang pelajar. Misalnya, melalui kelab dan persatuan pelajar-pelajar dilatih untuk
memegang beberapa jawatan penting dan bertanggungjawab melaksanakan aktiviti yang
dirancang.
Melalui aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar juga dilatih memahami prinsip-prinsip
asas alam pekerjaan yang akan diaplikasi sepenuhnya apabila mereka berada dalam dunia
pekerjaaan dewasa nanti. Pendedahan seumpama ini melalui aktiviti kokurikulum
membolehkan mereka bertindak dan membuat keputusan yang amat diperlukan oleh seorang
pekerja yang berwawasan.
Melalui aktiviti badan beruniform pelajar banyak belajar tentang perkara yang
menyentuh soal disiplin seperti kepekaan terhadap masa, keperihatinan terhadap rakan-rakan
tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai murni yang sentiasa diamalkan dalam
setiap aktiviti yang dijalankan.
Penglibatan yang aktif dalam kokurikulum menyediakan pelajar untuk menyesuaikan
diri dengan corak pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang amat berbeza dengan
corank pembelajaran di sekolah. Dalam hal ini, pelajar yang tidak aktif dalam kokurikulum
berkemungkinan kurang kemahiran berkomunikasi dan lemah dalam membuat persembahan,
sedangkan kemahiran tersebut amat diperlukan dalam sistem pembelajaran institusi
pengajian tinggi.
Seseorang pelajar yang kurang aktif dalam kokurikulum cenderung menjadi pelajar
yang pendiam, tidak suka bergaul serta hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, apabila
mereka berada dalam situasi pembelajaran di institusi pengajian tinggi nanti mereka akan
terperangkap kerana pada masa itu jumlah pangkat A yang mereka perolehi di sekolah dahulu
tidak lagi menjadi ukuran, tetapi pelajar yang aktif menyertai aktiviti kokurikulum semasa di
sekolah akan lebih mudah belajar kerana mereka sudah belajar menyiapkan sesuatu tugasan,
memahami pentingnya perpaduan, mudah bertoleransi dan ada kemahiran berfikir dan
berhujah.
Justeru, pelajar-pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum,
kerana pelajar yang cemerlang ialah mereka yang seimbang dari segi akedemik,
mudah berkomunikasi dan mudah bergaul.
JAWAPAN

Anda mungkin juga menyukai