Anda di halaman 1dari 2

Karangan : Surat rasmi !

"

Pusat sumber sekolah anda kurang dikunjungi oleh para pelajar walaupun mempunyai
pelbagai kemudahan. Tulis sepucuk surat kepada guru pusat sumber sekolah anda untuk
mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah itu.

60, Jalan Mahsuri ,


Taman Sri Nibong ,
13760 Alor Setar ,
Kedah .

__________________________________________________________
Guru Pusat Sumber ,
Sekolah Menengah (Persendirian) Chung Ling ,
10400 Alor Setar,
Kedah . 10 JANUARI 2023.

Tuan,

Cadangan- cadangan bagi Mengatasi Kelemahan Pengurusan di Pusat Sumber


Sekolah

Saya merupakan pelajar J3J di sekolah ini. Belakangan ini, saya perhatikan bahawa
bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber semakin berkurang walaupun
mempunyai pelbagai kemudahan. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa
cadangan yang saya fikirkan sesuai dan dapat menarik perhatian para pelajar untuk
mengunjungi pusat sumber.

2. Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan para
pelajar tidak berminat mengunjungi pusat sumber sekolah. Saya mencadangkan agar
diadakan projek ‘Taman dalam Pusat Sumber’. Bunga-bunga dan lukisan mural alam
semula jadi pada dinding di dalam pusat sumber secara tidak langsung dapat
memberikan ketenangan kepada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran di sana.

3. Pustakawan pula hendaklah diberi latihan tentang cara-cara mengendalikan


pusat sumber dengan sistematik. Pustakawan sekolah didapati kurang cekap mengurus
proses peminjaman dan pemulangan buku. Buku-buku juga diletak tidak mengikut
susunan pada rak amat diharapkan agar kursus tersebut dapat memantapkan sistem
pengurusan di pusat sumber.
4. Pusat sumber mempunyai pelbagai kemudahan seperti penggunaan mesin
fotostat tetapi kami tidak menggunakan kemudahan itu kerana tiada ada petugas yang
mahir mengendalikan mesin tersebut. Saya mencadangkan agar pihak sumber sekolah
mengenakan caj dan melantik petugas yang mahir untuk membantu para pelajar
menggunakan mesin itu. Hasil kutipan yang diperoleh itu dapat digunakan untuk
tujuan keceriaan pusat sumber atau menambah bilangan buku rujukan untuk para
pelajar.

5. Diharapkan cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat


dipertimbangkan agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber akan
meningkat.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

(TAN MIN MIN)

Anda mungkin juga menyukai