Anda di halaman 1dari 2

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama Laksamana.


2. Watak-watak sampingan Kertala Sari, Raja/Ratu Melaka, Seri Betara
Mahapahit, Bini Petala Bumi, tujuh orang penjurit, Saudagar yang kaya,
Temenggung, Bendahara dan sebagainya.
Laksamana - salah seorang hulubalang Melaka. / berjaya menewaskan
Kertala Sari dan tujuh orang penjurit termasuklah Petala Bumi. / bijaksana -
Laksamana memakai baju berwarna hitam ketika dia keluar menjejaki
pencuri yang membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam. / berani dan
gagah. - Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-
musuhnya. / digeruni oleh pihak lawan - Kertala Sari berasa gerun ketika
pertama kali melihat Laksamana yang begitu gagah perkasa. / baik hati. -
Laksamana mengagaihkan harta benda yang diterimanya kepada tiga
bahagian termasuklah bahagian golongan fakir miskin. / bertanggungjawab -
Laksamana menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka dengan penuh
tanggungjawab. / patuh akan perintah Sultan Melaka - Laksamana
menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang bantahan.
Kertala Sari - hulubalang kerajaaan Majapahit. / Bapanya, Petala Bumi telah
dibunuh oleh Laksamana / berani bertindak - berani menjalankan kegiatan
mencuri secara bersendirian tanpa sedikit pun berasa bimbang. / kejam dan
ganas - Kertala Sari bukan sekadar mencuri harta benda, malah turut
mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar. / memiliki ilmu
kesaktian - menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkannya menjadi
halimunan ketika mencuri di rumah mangsanya. / pendendam - berdendam
dan berniat untuk membunuh Laksamana dan Sultan Melaka yang telah
membunuh bapanya, Petala Bumi. / patuh akan perintah pemerintah -
Kertala Sari patuh akan perintah Seri Bertala Majapahit yang menitahkannya
ke Melaka bagi membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.
Sultan / Raja / Ratu Melaka - Baginda juga dikenali sebagai Tuanku Syah
Alam. / adil dan saksama. - baginda telah mengagihkan harta benda milik
rakyat dan pembesar semula secara rata dan adil. / mementingkan
keharmonian negara. - baginda berasa resah dan bimbang setelah
mendapat berita bahawa negeri Melaka diancam kes kecurian. / mengenang
jasa hulubalang - memberikan anugerah kepada Laksamana atas jasanya
memakmurkan bumi Melaka semula. / rasional dalam membuat tindakan. -
baginda mengarahkan Temenggung mengetatkan lagi kawalan di kawasan
kampung dan negeri bagi mengawal kegiatan kecurian yang semakin
menjadi-jadi.
Patih Gajah Mada - Pembesar dan Panglima perang kerajaan Majapahit. /
pendendam. - berusaha sedaya upaya mencari hulubalang atau pahlawan
yang handal bagi menentang Laksamana dan Sultan Melaka.

Persoalan tentang kegagahan dan kehebatan pahlawan


Laksamana seorang pahlawan yang handal dan gagah sehingga
digeruni oleh pihak lawan dan musuh
Persoalan tentang Menuntut bela atas kematian orang tersayang
Kertala Sari ingin membunuh Sultan Melaka dan Laksamana kerana
ingin melunaskan dendamnya dan menuntut bela atas kematian
bapanya, Petala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana Melaka

Anda mungkin juga menyukai