Anda di halaman 1dari 11

UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


SK - 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.

SP - 4.1.1 Memahami dan mengapresisasi untuk menghubung kait


aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional.

OBJEKTIF - Pada akhir pelajaran murid-murid dapat menukar


bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Standard

Sumber : Antologi Sejadah Rindu


Cerpen Burung Terbang Dipipiskan Lada

UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Kata klasik Maksud
sahaya hamba, saya
masyghul bersedih
kepetangan pandai membut helah
penjurit pejuang, askar upahan, penjahat
perlente pencuri
gila-gila bahasa kurang sihat sedikit, berperangai pelik
manira saya
pakanira tuan, awak
firasat pengetahuan menganai tanda-tanda pada muka
upas racun yang berasal daripada pokok ipuh
UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS
utasPENDIDIKAN BERKUALITI
pandai atau tukang
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Tukar ayat bahasa Melayu Klasik di bawah kepada ayat bahasa Melayu Standard
1. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah
___________________________________________________________________

2. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka
tuan itu pun berdiri di hadapan baginda.
___________________________________________________________________

3. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil
menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”
____________________________________________________________________

4. Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya
seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati.
UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS
____________________________________________________________________
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
1. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah
Pada masa itu, Tuan Sidi Arab pun pergi menghadap Sultan Muzaffar Syah.

2. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka
tuan itu pun berdiri di hadapan baginda.
Setelah beliau mendengar berita bahawa Cau Pandan akan menyerang Melaka,
lalu beliau terus berdiri depan baginda.

3. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil
menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”
Seterusnya Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya itu ke benua Siam. Kemudian
Tuan Sidi Arab menarik panahnya itu sambil mengatakan,
“Matilah engkau. Cau Pandan.’’

4. Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya
seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati.
Cau Pandan yang UPHOLD
tinggalTHE VISION,Siam
di benua BELIEVE IN dadaya
terasa PROGRESSsakit seperti terkena panah
PENDIDIKAN BERKUALITI
yang menyebabkan INSAN TERDIDIK
dia memuntahkan NEGARA
darah lalu mati. SEJAHTERA
Tukar ayat bahasa Melayu Klasik di bawah kepada ayat bahasa Melayu Standard

1. Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam


___________________________________________________________________

2. Dari zaman dahulu kala, negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang
dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya dan nama
rajanya Bubunnya.
___________________________________________________________________

3. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada
takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka
hendak minta surat sembah.

___________________________________________________________________
UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
1. Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam
___________________________________________________________________

2. Dari zaman dahulu kala, negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang
dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya dan nama
rajanya Bubunnya.
___________________________________________________________________

3. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada
takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka
hendak minta surat sembah.

___________________________________________________________________

UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Praktis Berformat SPM - 1
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian, tulis petikan
tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada
Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pn berkata kepada
Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang
Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh tun Perak. Mengapakah maka demikian
pekerti tuan hamba ?’’
Dipetik daripada cerpen ‘ Burung Terbang Dipipiskan Lada”
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

[6 markah]
UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Jawapan
Baginda menitahkan bentara Seri Amerta supaya memanggil
Tun Perak menghadap. Tun Perak pun datang menghadap. Seri
Amerta berkata-kata kepada Tun Perak, “Wahai Tun Perak,
orang ini mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan
bahawa dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah tingkah
tuan hamba demikian?’’
UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Praktis Berformat SPM - 2
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian, tulis
petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi
Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu
marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak
Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap ke Bawah Duli Paduka
Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah
mengalahkan Melaka itu.”
Dipetik daripada cerpen ‘ Burung Terbang Dipipiskan Lada”
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka
UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS
[6 markah]
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Jawapan
Diberitakan bahawa semua orang Siam telah kembali. Mereka telah
sampai ke benua Siam. Awi Dicu pula menghadap Paduka Bubunnya.
Paduka Bubunnya pula amat marah. Baginda sendiri hendak menyerang
Melaka. Pada masa itu, ada seorang anak Paduka Bubunnya, iaitu Cau
Pandan namanya. Cau Pandan berkata ke Bawah Duli Paduka Bubunnya
bahawa dia hendak menyerang Melaka. Cau Pandan berkata “Duli Pra Cau,
lengkapi patik ( senjata dan tentera). Patik akan mengalahkan Melaka itu.”

UPHOLD THE VISION, BELIEVE IN PROGRESS


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Anda mungkin juga menyukai