Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKIBAT BENCANA BANJIR

Standard Pembelajaran
3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

PETA POKOK
JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA

Ejaan Imbuhan Tanda Baca Kata/Istilah Tatabahasa


Huruf besar Awalan Tanda koma Kata Kata tugas
Huruf kecil Akhiran Tanda noktah (perkataan umum) Frasa nama
Dijarakkan Sisipan Tanda seru Istilah Frasa kerja
Dirapatkan Apitan Tanda petik (perkataan dalam Frasa adjektif
Kata pinjaman Tanda sempang bidang tertentu) Frasa sendi nama

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dan betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris dalam petikan.

Banjir besar bukanlah asing di negara ini kerana monsun timur laut antara November dan (1)Febuari biasanya
membawa keamatan hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti menyebabkan banjir di (2)berapa kawasan tertentu.
Malaysia mengalami fenomena alam itu hampir setiap tahun tetapi banjir (3)paling dahsyat sekali pada abad (4)ke 20
direkodkan pada 1926, 1963, 1965, 1967, 1969, 1971, 1973, 1979, 1983, 1988 dan 1993. Baru-baru ini, bencana banjir
berlaku di luar jangka hingga memberikan kesan amat mendalam terutama kepada penduduk di kawasan tidak dijangka
seperti Taman Sri Muda, Shah Alam serta Jelebu. Media sosial memaparkan kemusnahan harta benda penduduk dan
(5)kerosakkan kemudahan awam. Masalah pembuangan sampah ke dalam sistem perparitan dan sungai antara faktor utama
banjir kerana saliran ini tidak mampu (6)menanggung jumlah isi padu air larian sepatutnya, sekali gus mengakibatkan
limpahan air bah. Selain itu, sistem perparitan yang tidak sistematik turut dikatakan menjadi punca kejadian banjir.
Konsep pembangunan mampan sering dilaungkan dan dipaparkan pada papan iklan perlu dilaksanakan secara (7)tulus dan
tegas. Namun begitu, aktiviti pembangunan yang tidak terkawal turut menyebabkan kejadian banjir. Kejadian banjir besar
baru-baru ini ternyata menyebabkan kecederaan serta kehilangan nyawa puluhan orang awam (8)sekaligus mendorong
gangguan emosi mangsa. Sebagai langkah pencegahan, kita sebagai rakyat yang sentiasa (9)inginkan kehidupan harmoni,
sejahtera dan selamat perlu mengambil sikap (10)pro-aktif dalam membantu kerajaan mengurangkan risiko kejadian
bencana banjir.
Sumber : Berita Harian
(1) _ (6) _
(2) _ (7) _
(3) _ (8) _
(4) _ (9) _
(5) _ (10) _

Berdasarkan petikan di atas, tulis punca-punca bencana banjir dan akibat-akibat bencana banjir dengan mengisi peta
pelbagai alir di bawah. PETA PELBAGAI ALIR

_ _
_ _

_
_ _
BENCANA BANJIR
_

_
_ _
_

1
LATIHAN
Baca laporan di bawah dengan teliti. Kemudian betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris. Salin karangan di bawah dengan
membetulkan setiap kesalahan itu.

Laporan Kesan Kejadian Bencana Banjir di Bentong, Pahang

Pada 27 Disember 2021, saya dan 39 orang ahli Badan Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Mutakhir telah menghulurkan bantuan kesukarelawan kepada mangsa banjir di Bentong, Pahang. Kami pergi dengan
menaiki bas dengan diiringi oleh empat orang guru. Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa bencana banjir di samping
memupuk nilai keprihatinan dan (1)tanggung jawab yang mendalam dalam kalangan peserta. Kami membawa beberapa (2)biji
kotak makanan untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir yang berkumpul di pusat (3)perpindahan sementara seperti dewan
dan sekolah. Kehadiran kami disambut baik (4)oleh kerana mereka berkata, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Satu daripada kesan yang terpaksa (5)mangsa banjir hadapi ialah kemusnahan harta benda. Hal ini dikatakan
demikian kerana hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti telah menenggelamkan (6)banyak kawasan-kawasan rendah. Oleh
itu, kenaikan paras air yang cepat pada waktu malam menyebabkan penduduk tiada ada masa untuk mengalihkan barang-
barang dan kenderaan ke tempat yang lebih selamat. Contohnya, banyak (7)perabut serta peralatan elektrik seperti meja
makan, sofa, almari, katil dan televisyen di dalam rumah yang sudah rosak dan dipenuhi lumpur. Kesannya, mangsa banjir
terpaksa menanggung kerugian yang besar sekali gus terpaksa membeli peralatan yang baharu sekiranya (8)kerosakkan itu
tidak dapat dibaiki. Dalam pada itu, nasib malang bak kata peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga ini boleh mendorong
masalah hutang lebih-lebih lagi buat mangsa yang tidak mempunyai simpanan.

(9)Selain itu kejadian bencana banjir juga menyebabkan kerosakan kemudahan awam. Umum mengetahui bahawa
selain membawa sampah sarap, banjir juga telah membawa pokok yang besar bersama-samanya. Pokok yang tumbang ini boleh
merosakkan pelbagai infrastuktur awam. Sebagai contoh, banjir telah menghanyutkan jambatan yang digunakan oleh
penduduk untuk menyeberangi sungai, juga menyebabkan struktur jalan raya pecah dan rosak kerana aliran arus yang cukup
(10)laju hingga menghakis tanah. Impaknya, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi (11)demi untuk
memberikan keselesaan kepada rakyat, sekali gus merugikan kerajaan kerana wang tersebut sepatutnya boleh digunakan
untuk pembangunan dan kebajikan negara. Bukan itu sahaja, kehidupan rakyat akan terganggu kerana kemudahan tidak boleh
(12)digunapakai sebelum dibaiki.

Di samping itu, bencana banjir juga telah menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Hal ini disebabkan oleh
ketika banjir, ada penduduk yang (13)merentasi air bah untuk menyelamatkan diri walaupun mereka tahu bahaya menanti, bak
kata peribahasa pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk,. Bagi yang (14)bukan pandai berenang,
mereka mungkin dihanyutkan arus hingga menyebabkan kematian kerana lemas. Umpamanya, menurut Jabatan Bomba dan
Penyelamat Bentong, terdapat mangsa yang ditemui mati sama ada di dalam rumah mahupun dihanyutkan arus. Implikasinya,
mangsa banjir akan dirundung (15)stress hingga mengganggu emosi mereka kerana kehilangan orang yang tersayang.
Tambahan pula, mangsa akan (16)merasa trauma dan bersedih mengenangkan pemergian mereka.

Sesungguhnya, akibat yang ditanggung daripada bencana banjir bukanlah sedikit. Oleh itu, masyarakat perlulah
(17)menggubah sikap suka membuang sampah merata-rata hingga menyekat aliran air dalam sistem saliran. Dalam nada yang
sama, pembangunan lestari dan sistematik perlulah (18)diperluaskan oleh kerajaan agar kesan bencana banjir yang berlaku
dapat dikurangkan. Bagi ibu bapa pula, anak-anak hendaklah (19)di ajar untuk mengambil langkah keselamatan ketika banjir
seperti tidak bermain air kerana boleh mendatangkan wabak penyakit seperti keracunan makanan dan kencing tikus. Moga-
moga kita tidak (20)saling tuding-menuding jari menyalahkan pihak lain atas bencana banjir yang berlaku.

Laporan disediakan oleh, 3 JANUARI 2022.


Siti Aisyah
(SITI AISYAH BINTI SAIDI)
Setiausaha Badan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutakhir.

2
LAPORAN AKIBAT BENCANA BANJIR

Standard Pembelajaran
3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.
PETA POKOK
JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA

Ejaan Imbuhan Tanda Baca Kata/Istilah Tatabahasa


Huruf besar Awalan Tanda koma Kata Kata tugas
Huruf kecil Akhiran Tanda noktah (perkataan umum) Frasa nama
Dijarakkan Sisipan Tanda seru Istilah Frasa kerja
Dirapatkan Apitan Tanda petik (perkataan dalam Frasa adjektif
Kata pinjaman Tanda sempang bidang tertentu) Frasa sendi nama

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dan betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris dalam petikan.

Banjir besar bukanlah asing di negara ini kerana monsun timur laut antara November dan (1)Febuari biasanya
membawa keamatan hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti menyebabkan banjir di (2)berapa kawasan tertentu.
Malaysia mengalami fenomena alam itu hampir setiap tahun tetapi banjir (3)paling dahsyat sekali pada abad (4)ke 20
direkodkan pada 1926, 1963, 1965, 1967, 1969, 1971, 1973, 1979, 1983, 1988 dan 1993. Baru-baru ini, bencana banjir
berlaku di luar jangka hingga memberikan kesan amat mendalam terutama kepada penduduk di kawasan tidak dijangka
seperti Taman Sri Muda, Shah Alam serta Jelebu. Media sosial memaparkan kemusnahan harta benda penduduk dan
(5)kerosakkan kemudahan awam. Masalah pembuangan sampah ke dalam sistem perparitan dan sungai antara faktor utama
banjir kerana saliran ini tidak mampu (6)menanggung jumlah isi padu air larian sepatutnya, sekali gus mengakibatkan
limpahan air bah. Selain itu, sistem perparitan yang tidak sistematik turut dikatakan menjadi punca kejadian banjir.
Konsep pembangunan mampan sering dilaungkan dan dipaparkan pada papan iklan perlu dilaksanakan secara (7)tulus dan
tegas. Namun begitu, aktiviti pembangunan yang tidak terkawal turut menyebabkan kejadian banjir. Kejadian banjir besar
baru-baru ini ternyata menyebabkan kecederaan serta kehilangan nyawa puluhan orang awam (8)sekaligus mendorong
gangguan emosi mangsa. Sebagai langkah pencegahan, kita sebagai rakyat yang sentiasa (9)inginkan kehidupan harmoni,
sejahtera dan selamat perlu mengambil sikap (10)pro-aktif dalam membantu kerajaan mengurangkan risiko kejadian
bencana banjir.
Sumber : Berita Harian
(1) Febuari  Februari (6) menanggung  menampung
(2) berapa  beberapa (7) tulus  telus
(3) paling dahsyat sekali  paling dahsyat/dahsyat sekali (8) sekaligus  sekali gus
(4) ke 20  ke-20 (9) inginkan  menginginkan
(5) kerosakkan  kerosakan (10) pro-aktif  proaktif

Berdasarkan petikan di atas, tulis punca-punca bencana banjir dan akibat-akibat bencana banjir dengan mengisi peta
pelbagai alir di bawah. PETA PELBAGAI ALIR

Hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti Kemusnahan harta benda penduduk

Pembuangan sampah ke dalam sistem perparitan dan sungai


BENCANA BANJIR Kerosakan kemudahan awam

Aktiviti pembangunan yang tidak terkawal


Kecederaan serta
kehilangan nyawa

3
LATIHAN
Baca laporan di bawah dengan teliti. Kemudian betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris. Salin karangan di bawah dengan
membetulkan setiap kesalahan itu.

Laporan Kesan Kejadian Bencana Banjir di Bentong, Pahang


Pada 27 Disember 2021, saya dan 39 orang ahli Badan Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Mutakhir telah menghulurkan bantuan kesukarelawan kepada mangsa banjir di Bentong, Pahang. Kami pergi dengan
menaiki bas dengan diiringi oleh empat orang guru. Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa bencana banjir di samping
memupuk nilai keprihatinan dan (1)tanggungjawab yang mendalam dalam kalangan peserta. Kami membawa beberapa (2)buah
kotak makanan untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir yang berkumpul di pusat (3)pemindahan sementara seperti dewan
dan sekolah. Kehadiran kami disambut baik (4)oleh sebab / kerana mereka berkata, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
Satu daripada kesan yang terpaksa (5)dihadapi [oleh] mangsa banjir ialah kemusnahan harta benda. Hal ini
dikatakan demikian kerana hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti telah menenggelamkan (6)banyak kawasan / kawasan-
kawasan rendah. Oleh itu, kenaikan paras air yang cepat pada waktu malam menyebabkan penduduk tiada ada masa untuk
mengalihkan barang-barang dan kenderaan ke tempat yang lebih selamat. Contohnya, banyak (7)perabot serta peralatan
elektrik seperti meja makan, sofa, almari, katil dan televisyen di dalam rumah yang sudah rosak dan dipenuhi lumpur.
Kesannya, mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian yang besar sekali gus terpaksa membeli peralatan yang baharu
sekiranya (8)kerosakan itu tidak dapat dibaiki. Dalam pada itu, nasib malang bak kata peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga
ini boleh mendorong masalah hutang lebih-lebih lagi buat mangsa yang tidak mempunyai simpanan.
(9)Selain itu, kejadian bencana banjir juga menyebabkan kerosakan kemudahan awam. Umum mengetahui bahawa
selain membawa sampah sarap, banjir juga telah membawa pokok yang besar bersama-samanya. Pokok yang tumbang ini boleh
merosakkan pelbagai infrastuktur awam. Sebagai contoh, banjir telah menghanyutkan jambatan yang digunakan oleh
penduduk untuk menyeberangi sungai, juga menyebabkan struktur jalan raya pecah dan rosak kerana aliran arus yang cukup
(10)deras hingga menghakis tanah. Impaknya, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi (11)demi / untuk
memberikan keselesaan kepada rakyat, sekali gus merugikan kerajaan kerana wang tersebut sepatutnya boleh digunakan
untuk pembangunan dan kebajikan negara. Bukan itu sahaja, kehidupan rakyat akan terganggu kerana kemudahan tidak boleh
(12)diguna pakai sebelum dibaiki.
Di samping itu, bencana banjir juga telah menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Hal ini disebabkan oleh
ketika banjir, ada penduduk yang (13)mengharungi air bah untuk menyelamatkan diri walaupun mereka tahu bahaya menanti,
bak kata peribahasa pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk,. Bagi yang (14)tidak pandai berenang,
mereka mungkin dihanyutkan arus hingga menyebabkan kematian kerana lemas. Umpamanya, menurut Jabatan Bomba dan
Penyelamat Bentong, terdapat mangsa yang ditemui mati sama ada di dalam rumah mahupun dihanyutkan arus. Implikasinya,
mangsa banjir akan dirundung (15)stres hingga mengganggu emosi mereka kerana kehilangan orang yang tersayang. Tambahan
pula, mangsa akan (16)berasa trauma dan bersedih mengenangkan pemergian mereka.
Sesungguhnya, akibat yang ditanggung daripada bencana banjir bukanlah sedikit. Oleh itu, masyarakat perlulah
(17)mengubah / merubah sikap suka membuang sampah merata-rata hingga menyekat aliran air dalam sistem saliran. Dalam
nada yang sama, pembangunan lestari dan sistematik perlulah (18)diperluas / diluaskan oleh kerajaan agar kesan bencana
banjir yang berlaku dapat dikurangkan. Bagi ibu bapa pula, anak-anak hendaklah (19)diajar untuk mengambil langkah
keselamatan ketika banjir seperti tidak bermain air kerana boleh mendatangkan wabak penyakit seperti keracunan makanan
dan kencing tikus. Moga-moga kita tidak (20)saling menuding / tuding-menuding jari menyalahkan pihak lain atas bencana
banjir yang berlaku.
Laporan disediakan oleh, 3 JANUARI 2022.
Siti Aisyah
(SITI AISYAH BINTI SAIDI)
Setiausaha Badan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutakhir.

Anda mungkin juga menyukai