Anda di halaman 1dari 2

DI DADA MEREKA ADA KHALID Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung dan nama menggunung di dada mereka

ada khalid di tangan mereka pedang keberanian di hati mereka berkubu keyakinan seorang mati seribu lagi bingkas mengipas bara perjuangan. Perjuangan suci tak pernah tunduk pada igau kematian mati hanya mampu menumpaskan pengecut hidup hanya bererti buat yang berani biar seribu tahun perjuangan luhur jalannya berlumpur. Di dada mereka ada khalid singa garang di padang juang setiap hari akan mereka nantikan musuh pulang mengusung walang musuh walang mengusung keranda teman. Shahrunizam Abd. Talib (a) Huraikan tema sajak. [4 markah] (b) Jelaskan dua ciri pejuang dalam sajak. [4 markah] (c) Huraikan empat gaya bahasa berserta contoh. [8 markah] (d) Nada sajak. [4 markah] a. Tema sajak ialah semangat perjuangan anggota keselamatan negara dalam mempertahankan negara dan menentang musuh. Cth: Di dada mereka ada khalid, singa garang di padang juang. b.Bagi setiap ciri di bawah, pelajar boleh memetik contoh baris sajak yang sesuai. i. Berani / tidak gentar ii. Tidak mengharapkan sanjungan / Ikhlas iii. Yakin iv. Mempunyai semangat kepahlawanan v. Tidak takut akan kematian c. i. Alusi - khalid iaitu nama tokoh pejuang. ii. Metafora Cth: iii. Responsif Cth : di dada mereka ada khalid di tangan mereka pedang keberanian iv. Personifikasi Cth: mati hanya mampu menumpaskan pengecut v. Asonansi a Cth: singa garang di padang juang vi. Aliterasi m Cth: mati hanya mampu menumpaskan pengecut

vii. Anafora cth : Musuh pulang mengusung walang Musuh walang mengusung keranda teman viii. Sinkope Cth : tak xv. Simbolik / Perlambangan Cth : singa melambangkan keberanian d) Patriotik - tentera/pejuang/pasukan keselamatan cinta akan negara dan mempertahankan tanah air.

Anda mungkin juga menyukai