Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA BERTEMAKAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

LATIHAN 1
Suai padankan peribahasa yang berikut dengan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud yang telah diberikan.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Bagai mencurah air ke daun keladi

Bagaimana acuan begitulah kuihnya Musuh dalam selimut

Sudah jatuh ditimpa tangga Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
terpalit

(a) Antan patah lesung hilang (b) Gunting dalam lipatan


Maksud : kesusahan / malang yang bertimpa-timpa Maksud : musuh yang tiada diketahui dan sangat
Peribahasa lain : dekat Peribahasa lain :

(c) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Maksud : suka duka sama ditanggung; melakukan
sesuatu secara kerjasama;
Peribahasa lain :

(d) Berkelahi dahulu pendapatan, berkelahi


kemudian kerugian
Maksud : fikirkan masak-masak sebelum berbuat
sesuatu supaya jangan menyesal
Peribahasa lain :

(e) Burung terbang dipipiskan lada


Maksud : sudah bersiap sedia untuk mengecap
hasil yang belum lagi diperoleh
Peribahasa lain :

(f) Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga


Maksud : kerana kejahatan yang sedikit, semua
kebaikan menjadi rosak
Peribahasa lain :

(g) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi


Maksud : anak menurut baka / sifat bapanya
Peribahasa lain :

(h) Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri


Maksud : nasihat yang tidak didengari / sia-sia
Peribahasa lain :

LATIHAN 2
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Johan Sah : Saya mendengar khabar, Pak Amat menghidapi penyakit kencing manis. Dia amat gemar minum air
teh tarik yang manis. Lama-kelamaan tentu kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Maka, gula
itu ibarat (1) kerana boleh memudaratkan diri.
Hazlizan : Betul tu. Oleh itu, sebelum mengambil makanan, eloklah kita menimbangkan baik buruknya supaya
tidak menyesal pada kemudian hari. Benarlah kata orang tua-tua bahawa (2)
.
Danial : Kamu mendengar berita itu bila, Johan? Tadi saya baru mendapat tahu bahawa Pak Amat diserang
penyakit jantung. Jika benarlah khabar ini, malang sungguh nasib Pak Amat kerana bertimpa-timpa
datangnya. Nasibnya tidak ubah (3) .

[6 markah]

1. _
2. _
3. _
LATIHAN 3
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain
yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Budaya menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat kita dikatakan masih rendah. Kempen kesedaran dan nasihat
yang diberikan tidak didengari mereka. Maka, usaha memberikan kesedaran itu bagai mencurah air ke daun keladi.
Sesungguhnya, pemupukan budaya menjaga kebersihan perlulah bermula dari rumah dengan ibu bapa menjadi suri
teladan kepada anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Kebersihan di kawasan perumahan hendaklah
dijaga bersama dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, bak kata orang tua-tua, ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni. [4 markah]

1. Peribahasa :
Peribahasa lain :

2. Peribahasa : _
Peribahasa lain :

Anda mungkin juga menyukai