Anda di halaman 1dari 2

Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Lee Chong Wei


127, Taman Lintang,
31100 Sungai Siput(U),
Perak Darul Ridzuan.

24 September 2019.

Ke hadapan sahabatku, Alex Toh yang berada di Kuantan, semoga di dalam keadaan
sihat sejahtera.

Saudara,
Apa khabar saudara di sana? Saya berharap agar semuanya berada dalam
keadaan sihat. Saya di sini

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan hari sukan sekolah
saya yang telah diadakan pada minggu lepas. Hari sukan itu diadakan di
kawasan padang sekolah. Aktiviti hari sukan telah bermula pada pukul 8.00 pagi.

             Hari sukan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, En.Lee Chong Wei. 
Beberapa hari sebelum hari sukan tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta
murid-murid begitu sibuk membuat persiapan dengan memasang panji-panji yang
berwarna-warni sekolah di sekeliling padang sekolah. Mereka berganding bahu
melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan hari sukan tersebut.

             Suasana pada hari sukan amat meriah. Terdapat pelbagai acara yang menarik
telah diadakan seperti acara larian 100 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru
dan aktiviti sukaneka. Para peserta menunjukkan semangat yang tinggi dalam
menjalankan pertandingan. Ibu bapa turut hadir untuk menyokong serta menjayakan
segala aktiviti pada hari sukan.

             Acara hari sukan ini berakhir pada pukul 12.00 tengah. Guru besar telah
menyampaikan pingat kepada para pemenang pertandingan. Sebelum bersurai, semua
murid dan guru mengemaskan barang-barang yang digunakan. Ini secara tidak
langsung telah mengeratkan hubungan mesra antara warga sekolah.

Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis dalam warkah yang tidak seberapa ini. Semoga
bersua lagi di lain lembaran.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Jega
( JEGATHIS A/P JIWA)

Anda mungkin juga menyukai