Anda di halaman 1dari 3

Faedah Bersukan Bersukan ialah aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh.

Pelbagai jenis sukan yang boleh kita sertai seperti bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya.Kita juga boleh menjadikan sukan sebagai hobi. Amalan bersukan bukan sahaja boleh mengisi masa lapang malah badan juga menjadi sihat.Bersukan boleh mengeluarkan peluh.Dengan itu, minda kita akan cerdas dan badan kita akan cergas. Selain itu, bersukan juga mendidik kita supaya bekerjasama dan bertolak ansur.Ia juga menjadikan kita lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan dalam setiap permainan. Seterusnya, bersukan juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim.Kita juga boleh menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.Jika kita menyertai pertandingan, kita juga boleh menambah rakan taulan. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan kerjaya seperti Datuk Lee Chong Wei.Beliau bukan sahaja kaya malah dapat mengharumkan nama negara dan dapat menjadi seorang atlet yang terkenal. Datuk Lee Chong Wei telah berjaya dalam kehidupannya hanya dengan bermain badminton. Oleh itu, marilah kita bersama-sama aktif dalam bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.

Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang dapat kita peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Menyedari kepentingan sukan dalam kehidupan kita, maka wajarlah aktiviti bersukan dijadikan amalan. Amalan bersukan tiga kali seminggu dapat mengurangkan obesiti dalam kalangan masyaraka Malaysia.

Faedah selanjutnya ialah sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Anda mungkin juga menyukai