Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman menyaksikan Perlawanan Bola Sepak

Pada hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga telah menyaksikan satu
perlawanan bola sepak antara negeri Perlis dan negeri Johor di Stadium
Nasional Bukit Jalil. Oleh itu, saya berasa teruja kerana ini merupakan kali
pertama saya menyaksikan perlawanan bola sepak.

Setibanya di sana, saya ternampak banyak orang berpusu-pusu


masuk ke dalam stadium seperti ikan dalam belat. Kami duduk di atas
tempat duduk berdasarkan nombor yang dicetak pada tiket. Saya
ternampak banyak orang yang memakai baju T yang sama warna. Selain
itu, ramai orang turut meniup alat muzik demi menyokong pasukan mereka.

Apabila wisel dibunyikan, permainan bermula. Kedua-dua pasukan


cuba menjaringkan gol. Setiap permain kelihatan handal-handal belaka.
Perlawanan bola sepak kali ini sangat sengit. Setiap penonton bersorak-
sorai untuk pasukan mereka.

Selepas 45 minit, perlawanan separuh masa yang pertama sudah


tamat. Setiap permain berehat sambit minum air. Selepas tamat masa
rehat, perlawanan untuk masa yang kedua telah dimulakan. Kami
bersorak-sorai untuk menyokong pasukan kami. Suasana di stadium
hingar-bingar. Setiap pemain kelihatan bermain bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba, seorang permain dari pasukan negeri Perlis berjaya


menjaringkan gol. Selepas itu, setiap pemain berusaha untuk
menambahkan bilangan gol mereka. Setelah bermain selama 30 minit,
kedua-dua pasukan tersebut menjadi seri. Pada saat yang terakhir,
seorang pemain dari pasukan bola sepak Perlis berjaya menjaringkan gol
dengan melakukan tendangan sudut. Oleh itu, perlawanan bola sepak
pada kali ini dimenangi oleh pasukan bola sepak negeri Perlis.

Saya berasa sangat seronok menyaksikan perlawanan bola sepak ini.


Saya berharap saya berpeluang untuk menyaksikan lebih perlawanan bola
sepak pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai