Anda di halaman 1dari 2

Cerita: Perlawanan Bola Sepak

Gambarkan keadaan di padang sekolah kamu apabila diadakan sesuatu perlawanan. Panjang
karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

**  **  **  **  **  **


Rangka Karangan :

Pendahuluan
-padang yang luas di sekolah saya
-setiap hari digunakan dengan pelbagai aktiviti
-pada suatu hari, suasananya berubah kerana suatu pertandingan

Perenggan ke-2
-para penonton berkumpul ditepi padang
-mereka kelihatan amat teruja/berminat
-ada yang makan ais krim di tepi padang

Perenggan ke-3
-orang ramai bertepuk tangan sebaik pasukan yang bertanding masuk ke padang
-setiap pasukan dilihat sungguh bersemangat
-berharap pasukan sekolah saya menang

Perenggan ke-4
-perlawanan yang hebat
-setiap pasukan bermain bersungguh-sungguh
-riuh dengan tepukan penonton di sekeliling padang
-antara pasukan yang hebat pada tahun sebelumnya

Penutup  
-permainan tamat
-bersalaman antara pasukan
-bersyukur kerana pasukannya menang
-berazam untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pada tahun hadapan

**  **  **  **  **  **

Sekolah saya mempunyai sebuah padang yang luas. Setiap hari, padang ini digunakan untuk aktiviti
Pelajaran Pendidikan Jasmani pada waktu pagi atau kegiatan ko-kurikulum pada waktu
petang. Suasana padang itu berubah apabila sekolah saya mengadakan perlawanan bola sepak
persahabatan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia pada petang 14 Julai 2009 yang lalu.

Sebelum pertandingan bermula, murid-murid dan sebahagian daripada penduduk kampung mula
berkumpul di sekeliling padang sekolah. Mereka masing-masing kelihatan amat teruja untuk
menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Ada juga murid-murid dan beberapa orang penduduk
kampung yang mengunyah makanan dan menikmati aiskrim sementara menunggu pasukan bola
sepak masuk ke padang. Di penjuru padang kelihatan seorang penjual aiskrim bermotosikal sedang
sibuk melayan kanak-kanak yang ingin membeli aiskrimnya.

Orang ramai bangun dan bertepuk tangan sebaik sahaja terlihat kelibat kedua-dua pasukan bola
sepak masuk ke padang. Setiap pasukan kelihatan sungguh bersemangat untuk memenangi
perlawanan itu. Saya juga berasa amat gementar dan berharap pasukan bola sepak sekolah saya
akan memenangi perlawanan tersebut.
Semasa perlawanan, para pemain bermain dengan bersugguh-sungguh. Tepukan dan sorakan
kedengaran di sekeliling padang. Para pemain menunjukkan aksi yang sungguh hebat kerana
kedua-dua pasukan bola sepak ini adalah juara dan naik juara bagi pertandingan bola sepak
sekolah rendah daerah Temerloh pada tahun lepas.

Perlawanan ini berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Saya bersyukur kerana
perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan bola sepak sekolah saya. Para pemain bersalam-
salaman dengan pasukan lawan dan para pengadil sebelum keluar padang. Saya berharap pada
tahun hadapan, saya pula akan mewakili sekolah dalam pertandingan seperti ini.

Anda mungkin juga menyukai