Anda di halaman 1dari 2

PUTERA RAJA DENGAN GERGASI

Terima kasih Tuan Pengerusi Majis, selamat pagi dan salam sejahtera
kepada guru-guru dan rakan. Hari ini saya akan menyampaikan cerita yang
bertajuk “PUTERA RAJA DENGAN GERGASI”.

Pada zaman dahulu , ada seorang putera bernama Putera Zani. Dia selalu
berburu di dalam hutan. Pada suatu hari ketika sedang berburu, tiba-tiba dia
ternampak seorang yang cantik. Gadis itu sedang sendirian di bawah sebatang
pokok.

Putera Raja itu menunggang kudanya ke arah gadis itu. Ketika itu dia
ternampak gadis itu berjalan menuju kearahnya. Gadis itu sangat jelita. Gadis itu
tersenyum kepada putera raja dan berkata “Aku telah tersesat”. Bolehkah kamu
temankan aku pulang ke rumahku, wahai anak muda?

Putera Zani berasa kasihan kepada gadis itu lalu memintanya naik ke atas
kudanya. Gadis itu mengucapkan terima kasih. Gadis itu naik ke atas kuda
tersebut. Putera itu menarik tali kekang dan kuda tersebut berlari kencang. Dalam
masa yang singkat sahaja mereka sudah tiba di hujung hutan.

Ketika lalu di sebuah taman mereka ternampak beberapa kuntum bunga


yang berkembang dengan pelbagai warna. Tiba-tiba gadis itu menjerit, “Berhenti!
Berhenti! Tolong tunggu sebentar”. Putera itu terkejut lalu bertanya kenapa.
Gadis itu memberitahu bahawa dia mahu memetik beberapa kuntum bunga di
situ.

Putera Zani memberhentikan kudanya dan gadis itu pun turun. “Tolong
cepat sedikit ,” kata Putera itu. Putera Raja memberitahu tempat itu tidak
selamat. “Aku akan datang sekejap lagi,” Kata gadis itu ketika dia berjalan
memetik bunga-bunga tersebut. Sebentar kemudian dia hilang dari pandangan.

Sejam telah berlalu tetapi gadis itu tidak juga datang. Putera itu mula
berasa risau. “Kami akan terlambat, aku mesti pergi lihat dia! Fikirnya, jadi dia
turun dari kudanya dan mula berjalan ke arah di mana gadis itu pergi tadi.
Tidak berapa jauh dari situ, putera itu ternampak lubang di atas sebuah
gunung. Rupa-rupanya sebuah gua. Dia mendekati gua itu. Tiba-tiba dia terdengar
suara didalam gua itu. Dia bersembunyi disebalik batu yang besar sambil
mengintai ke dalam gua.

Di dalam gua itu kelihatan seekor gergasi sedang bercakap dengan anak-
anaknya. “Hari ini aku bawakan seorang putera raja untuk sajian kamu”. Pada
mulanya putera berasa takut. “Jadi, gadis cantik itu rupa-rupanya ialah seekor
gergasi!” fikirnya. Putera raja bercadang untuk menangkap gergasi itu, jadi dia
segera berpatah balik kearah kudanya. Putera yang berani itu duduk di atas
kudanya dan menunggu di situ. Dia berlagak seolah-olah tidak tahu apa-apa.

Beberapa minit kemudian gergasi datang semula. Sekali lagi dia mengubah
dirinya menjadi seorang gadis yang cantik. Gadis cantik tersebut meminta maaf
kerana membuat raja menunggu lama. Putera itu tidak berkata apa-apa. “Tolong
aku naik ke kudamu,” kata gergasi itu. Putera sudah bersedia dengan pedangnya.
“Aku sudah melihat wajah kau yang sebenarnya gergasi syaitan! Jerit Putera itu
sambil menikam gergasi itu dengan pedangnya. Maka matilah gergasi yang jahat
itu. Putera raja meneruskan perjalanannya.

Kawan-kawan….

Pengajaran yang boleh kita teladani dari cerita ini ialah, setiap kejahatan
yang dilakukan pasti mendapat balasan yang tidak baik. Kita janganlah menipu
atau membohongi orang lain kerana itu sikap yang tidak baik.

Sekian, terima kasih.

***********************SK KAMPUNG BALAN*********************

Anda mungkin juga menyukai