Anda di halaman 1dari 1

Cerita: Lembaga itu, Hantu?

Pada petang itu, aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku. Tiba-tiba, aku ternampak
sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menahan bas itu lalu menaikinya untuk pulang ke rumah.

Di pertengahan jalan, salah satu tayar bas itu pancit. Aku terpaksa turun dari bas itu lalu berjalan
kaki. Aku berjalan seorang diri dalam hujan renyai-renyai yang mulai turun. Hatiku ingin mengikut
jalan pintas untuk lebih cepat sampai ke rumah tetapi aku berasa takut. Bagaimanapun aku terus
memberanikan diri melalui jalan pintas itu walaupun aku tahu laluan itu amat sunyi dan gelap. Di kiri
dan kanan jalan pintas itu terdapat pokok-pokok getah. Di situ juga kedengaran pelbagai bunyi
seranggan dan suara burung hantu yang menakutkan aku.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang memanggil-manggil namaku. Aku fikir suara itu adalah
khayalan sahaja. Aku menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya aku apabila terlihat satu
lembaga melambai-lambai ke arahku. Aku membuka langkah seribu. Aku berlari dengan sekuat-kuat
hatiku. Setelah berasa selamat, aku bersandar pada sebatang pokok dengan nafas yang tercungap-
cungap.

Tiba-tiba seorang lelaki muncul di hadapanku sambil memanggil namaku. Aku amat terkejut lantas
berlari untuk meyelamatkan diri. Malang sekali apabila lelaki itu sempat memelukku dengan kuat
hingga aku tidak berdaya melepaskan diri. Lelaki itu menyuruh aku bertenang dan dalam cahaya
samar, aku memberanikan diri, melihat wajah lelaki itu. Alangkah terkejutnya aku kerana rupa-
rupanya lelaki itu ialah abangku sendiri.

Kemudian, dia memberitahuku bahawa dia mencari aku setelah aku terlalu lewat pulang ke rumah.
Aku menceritakan segala peristiwa yang aku alami pada petang itu. Setelah tamat kelas tambahan,
aku mendapati basikalku hilang. Oleh sebab itulah aku terpaksa pulang ke rumah dengan berjalan
kaki. Setibanya di halaman rumah, aku segera memberitahu ayahku tentang peristiwa yang
menimpa diriku. Ayah menasihatiku supaya jangan terlalu percaya kepada hantu hingga menjadi
terlalu takut seperti itu lagi.

Anda mungkin juga menyukai