Anda di halaman 1dari 2

Cerita: Kehilangan Ibu Bapa

Tulis karangan yang bertajuk "Ibu bapuku Hilang". Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan. 

Rangka Karangan :

Pendahuluan
-meneyertai Kempen Mengibar Jalur Gemilang bersama keluarga 
-keadaan sangat sesak
-ibu bapa hilang, takut

Perenggan ke-2
-mencari ibu bapa tetapi gagal
-cuba menelefon tetapi telefon di pondok telefon rosak

Perenggan ke-3

-semakin cemas
-disapa oleh seorang makcik
-menceritakan peristiwa yang terjadi
-makcik itu membantu menunjukkan sebuah pondok pengawal keselamatan                 

Perenggan ke-4
-mengadu hal kepada pengawal keselamatan
-pengawal keselamatan membuat pengumuman
-gembira melihat ibu bapa datang
-berpelukan dengan ibu bapa                   

Penutup 
-mengucapakan terima kasih kepada makcik dan pengawal keselamatan
-pengawal keselamatan menasihatkan ibu bapaku saya supaya lebih berhati-hati

*****

Ibu bapaku Hilang 

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke bandar Temerloh untuk menyertai
Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang. Keadaan di situ sangat sesak dengan orang ramai. Ketika
saya sedang asyik memerhati keadaan sekililing, tiba-tiba saya dapati ibu bapa saya sudah tiada di
sisi saya. Saya berasa amat bimbang dan takut.

Saya berusaha untuk mencari mereka tetapi masih gagal ditemui. Kemudian saya mencari pondok
telefon untuk menghubungi ayah saya. Saya terlihat sebuah pondok telefon lalu terus berjalan ke
situ. Malang sekali, apabila saya dapati telefon di situ telah rosak.

Saya berasa semakin bimbang dan hampir menangis. Tiba-tiba saya disapa oleh seseorang.
Apabila saya menoleh ke arah suara itu, saya lihat seorang makcik sedang tersenyum. Katanya dia
sudah lama memerhatikan saya yang tampak gelisah seperti mempunyai masalah besar. Saya terus
menceritakan keadaan yang menimpa diri saya. Selepas itu, dia membawa saya ke sebuah pondok
pengawal keselamatan yang tidak jauh dari situ.
Setibanya kami di situ, saya terus menemui seorang pengawal keselamatan untuk mengadu akan
masalah saya. Kemudian, pengawal keselamatan itupun membuat pengumuman menggunakan alat
pembesar suara di pondok keselamatan itu. Tidak lama kemudian, ibu bapa saya kelihatan berlari
anak ke arah kami. Saya berasa sungguh lega dan gembira. Sebaik sahaja bertemu, ibu terus
memeluk dan mencium saya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mak cik dan pegawai keselamatan yang telah menolong
saya. Pegawai keselamatan itu pula menasihatkan ibu bapa saya supaya lebih berhati-hati apabila
membawa anak-anak ke tempat yang sesak seperti ini.

Anda mungkin juga menyukai