Anda di halaman 1dari 1

Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar

Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar
untuk melihat apa yang sedang berlaku. Aku terlihat asap berkepul-kepul di udara
dari rumah Pak Abu. Rupa-rupanya rumah Pak Abu berlaku kebakaran.

Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah
untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk
kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api tersebut.
Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu, aku segera menelefon pihak
bomba. Kira-kira I5 minit kemudian, bomba pun sampai ke tempat
kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi
malangnya rumah Pak Abu telah pun musnah sama sekali.

Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada
kebocoran paip dapur gas. Ini memandangkan kebakaran bermula dari bahagian
dapur rumah dan tong gas di situ pula didapati telah meletup. Syukur kerana tiada
kemalangan jiwa berlaku. Namun, kerugian dianggarlkan lebih daripada RM
300,000. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang
datang menolong memadamkan kebakaran rumah mereka.

Memandangkan Pak Abu jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu
sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah
kami, Pak Abu selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa
pahit yang melanda keluarganya.

Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu
berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang
banyak membantu mereka. Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil
keluargaku sebagai keluarga angkat mereka.

Anda mungkin juga menyukai