Anda di halaman 1dari 1

Karangan Cerita: Kebakaran di kilang perabot

Pada hari Sabtu yang lalu saya dan keluarga saya pergi Kota Bharu untuk membeli-belah sebagai
persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang tidak lama lagi. Sebaik sahaja
menghampiri bandar Kota Bharu, tiba-tiba suatu kebakaran telah berlaku di kilang perabot di sebelah
kiri jalan. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang. Ayah saya memberhentikan kereta untuk melihat
kebakaran tersebut dari dekat.

Apabila melihat asap yang berkepul-kepul keluar dari kilang tersebut , saya terus menelefon pihak
Bomba dan Penyelamat dengan segera . Dua buah kereta Bomba berkejar ke tempat kejadian . Banyak
orang membantu memindahkan perabot sebelum ketibaan Bomba . Pihak Bomba mangambil masa satu
setengah jam untuk memadamkan api .

Pegawai Bomba berkata , kejadian kebakaran berpunca daripada litar pintas. Sambungan wayar
yang telah usang menyebabkan litar pintas wayar itu disyaki telah digigit tikus. Api yang pada mulanya
kecil menjadi marak apabila tersambar langsir.

Kebanyakan perabot tidak sempat diselamatkan kerana kekurangan tenaga pekerja. Terdapat tiga
orang pekerja di kedai itu cedera tetapi nasib baik tiada kemalangan jiwa . Kerugian yang dialami belum
dapat dianggarkan. Mangsa yang tercedera telah dibawa ke Hospital Kota Bharu oleh pihak ambulans.

Pihak Bomba menghadapi masalah memadamkan api kerana pili bomba baru diubahsuaikan
beberapa hari yang lalu. Pihak bomba mengambil masa yang agak lama untuk mengawal api kebakaran.
Ayah yang menyedari kesukaran tersebut segera meminta bantuan orang ramai yang berdekatan
dengan tempat kejadian untuk membantu pihak bomba memadamkan kebakaran.

Tidak berapa lama kemudian api kebakaran dapat dipadamkan. Pihak bomba mengucapkan terima
kasih dan tahniah kepada keluargaku kerana bertindak pantas menghubungi pihaknya ketika kebakaran
baru bermula. Pihak bomba menyarankan agar orang ramai supaya sentiasa berhati-hati agar kebakaran
seperti ini tidak berlaku lagi. Setelah semua selesai ayah meneruskan pemanduan ke bandar Kota
Bharu.

Anda mungkin juga menyukai