Anda di halaman 1dari 2

Soalan:

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah bercuti di kampung datuk dan
nenek kamu.
Ceritakan pengalaman kamu sepanjang berada di sana.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang ke kampung datuk dan
nenek saya yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Saya bertolak ke sana pada
awal pagi dengan menaiki bas dari Kota Bharu. Datuk menunggu saya di stesen
bas Pasir Puteh.

Setibanya di rumah datuk, nenek sedang menunggu dengan hidangan makan


tengahari. Saya makan dengan berselera sekali kerana terlalu lapar, tambahan pula
masakan ikan haruan dan puyu yang nenek sediakan amat menyelerakan.

Setelah berehat dan bersolat Zohor, datuk mengajak saya ke sungai yang
terletak tidak jauh dari rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang
ditahannya. Saya sangat seronok kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-
tunggu. Datuk mengajar saya teknik memancing ikan di sungai. Saya bersorak
kegembiraan apabila dapat memancing seekor ikan sebarau yang agak besar. Datuk
hanya tersenyum melihat gelagat saya.

Pada sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk
sangat luas. Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang petani bekerja di
sawah mereka. Ada yang sedang merumput, membaja dan membaiki batas-batas
sawah. Datuk mengatakan bahawa padi-padi tersebut akan dituai pada bulan
hadapan. Saya berasa agak kecewa kerana tidak berpeluang melihat kerja-kerja
menuai padi.

Hari keesokannya, beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk
mencari buluh. Mereka bercadang untuk membuat wau. Saya berasa sangat teruja
kerana ini adalah peluang keemasan kepada saya untuk belajar membuat wau.
Sepupu-sepupu saya mengajar saya menebang buluh, membelah, dan meraut buluh
untuk dibuat wau. Setelah seharian bertungkus-lumus, saya berjaya membuat
sebuah wau kucing yang sederhana besarnya. Wau-wau yang kami buat akan kami
terbangkan di padang berhampiran rumah datuk.

Setelah seminggu berada di rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datang
menjemput saya pulang kerana cuti akan berakhir tidak beberapa lama lagi.
Walaupun agak keberatan untuk meninggalkan kampung datuk dan nenek, tetapi
saya berasa amat gembira kerana mendapat pelbagai pengalaman menarik pada
cuti kali ini.

Anda mungkin juga menyukai