Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

CERAMAH KEIBUBAPAAN MURID TAHUN 4,5 & 6


SEKOLAH KEBANGSAAN CHANTUM
BACHOK, KELANTAN

1.0 Muqadimah

Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan
mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin murid ke arah
perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah merupakan tempat
yang paling lama murid berada dan di situ terdapat peranan ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru
menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah. Sehubungan itu, ibu bapa perlu dijelaskan peranan mereka
agar paduan antara ibu bapa dan guru dapat menjadikan murid insan yang berjaya.

2.0 Objektif

2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa betapa pentingnya pelajaran terhadap
anak-anak di bawah jagaan mereka.
2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah
2.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk menyedari dan mengimbau kelemahan dan
kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.

3.0 Tajuk

3.1 Anak idaman ibu bapa: Cemerlang di dunia, gemilang di akhirat

4.0 Anjuran

4.1 Unit Bimbingan & Kaunseling SK Chantum


4.2 Unit Kecemerlangan UPSR SK Chantum

5.0 Perasmi
Cadangan Perasmian ialah:
Perasmian Pembukaan oleh En. Mohd. Azmi bin Mat Nor (GB SK Chantum)

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan pada 30 Januari 2020 (Khamis)

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Dewan Ibnu Khaldun SK Chantum

8.0 Sasaran

8.1 Program ini mensasarkan ibu bapa murid Tahun 4,5 & 6
8.2 Murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2020

9.0 Perisian Program

10.0 Struktur Organisasi


(Sila lihat lampiran A)

11.0 Aturcara Program


(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

13.0 Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama
ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar
berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Lampiran A

CARTA ORGANISASI
BULAN DAKWAH 2009

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI LATIF IBRAHIM BIN KARIM

TIMB. PENGERUSI I MOHD ZAINI BIN SIAD

KETUA PENGARAH HUSZARUDIN BIN HJ HUSSIN

SETIAUSAHA LINDA BINTI ARSYAD

BENDAHARI HAISA BINTI ABD HAKIM

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PENYELARAS PROGRAM SYED MOHD KHAIRUDIN BIN SYED OMAR

PENYELARAS TEKNIKAL JULKIFLI BIN ANDUL


DAN PERALATAN
PENYELARAS JAMUAN ROMSIAH

PENYELARAS CENDERAMATA ZAIDAH BINTI MOHD NOOR

PENYELARAS PUBLISITI SEBARUDIN BIN MADUM


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
1. PENGERUSI
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. NAIB PENGERUSI
 Membantu pengerusi
 Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi

3. SETIAUSAHA
 Menguruskan surat menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
 Menyediakan laporan penuh program

4. BENDAHARI
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
 Menyediakan laporan perbelanjaan

5. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN


 Menyediakan borang penghakiman setiap pertandingan
 Menyediakan pamphlet aturcara program
 Menguruskan pertandingan
 Mengatur jadual hakim pertandingan

6. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN


 Menyedia dan menyusun tempat pertandingan
 Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
 Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan
 Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta

7. UNIT JAMUAN
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
 Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

8. UNIT PUBLISITI
 Menyediakan kain rentang dan backdrop
Lampiran B

Aturcara Program

28 MEI 2009 (KHAMIS)

10.00 pagi : Ibu bapa mengambil tempat di dewan

10.15 pagi : Ucapan pengerusi majlis

10.20 pagi : Bacaan doa

10.25 pagi : Ceramah Motivasi

11.30 pagi : Penyampaian cenderahati

11.35 pagi : Jamuan

LAMPIRAN C

ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan Sekolah RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 200.00

ANGGARAN BELANJAWAN

Jamuan RM 50.00
Jamuan 1 X 60.00

Pengangkutan
Pengangkutan penceramah pergi & balik RM 40.00

Cenderamata RM 10.00
Perasmi RM 10 X 1 RM 10.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 70.00


Disediakan oleh,

(PN. NORLELA BT. ALIAS)


Penyelaras,
Unit Bimbingan & Kaunseling
SK Chantum, Bachok,
Kelantan

Disemak oleh,

(EN. MOHD. AZMI BIN MAT NOR)


Guru Besar,
Sek. Keb. Chantum,
Bachok, Kelantan

Anda mungkin juga menyukai