Anda di halaman 1dari 1

Tajuk karangan: Cara-cara menjaga alam sekitar

Pendahuluan:

Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang serius. Jadi, langkah-langkah proaktif
perlu diambil untuk menjaga alam sekitar.

Isi 1:

Kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan
bahan-bahan kitar semula demi membendung pencemaran alam.

Isi 2:

Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan. Sampah sarap haruslah dimasukkan
kedalam tong sampah dan dihantar ke tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah.

Isi 3:

Tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnya haruslah
ditutup agar fenomena pemanasan global dapat dikurangkan.

Isi 4:

Penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran. Tumbuhan-tumbuhan akan mengeluarkan


oksigen ke atmosfera dan menyerap karbon dioksida sekali gus melestarikan kesegaran udara.

Penutup:

Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar kita. Pencegahan lebih baik
daripada pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai