Anda di halaman 1dari 81

1

Microsoft

Partners in Learning

Reka Bentuk Pembelajaran Abad Ke-21

RUBRIK AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Ditaja oleh

Rubrik direka bentuk oleh


Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Rakan Kongsi Microsoft bagi Pembelajaran

Rubrik Reka Bentuk Pembelajaran Abad Ke-21

Pengenalan

Para pendidik di serata dunia berusaha mereka bentuk model baharu yang

menyediakan pelajar dengan lebih baik untuk kehidupan dan alam pekerjaan dalam

abad ke-21. Tujuan rubrik Reka Bentuk Pembelajaran Abad Ke-21 ialah untuk

membantu para pendidik mengenal pasti dan memahami peluang yang diberikan oleh

aktiviti pembelajaran kepada pelajar untuk membina kemahiran abad ke-21. Rubrik ini

dibangunkan dan diuji di tahap antarabangsa bagi projek Penyelidikan Pengajaran dan

Pembelajaran Inovatif.

Suatu aktiviti pembelajaran ialah apa-apa tugas yang dilakukan oleh pelajar sebagai

sebahagian daripada kerja yang berkaitan dengan sekolah. Ia boleh jadi suatu latihan di

mana pelajar menyiapkannya dalam satu waktu kelas, atau suatu projek terlanjut yang

dilakukan kedua-dua di dalam dan di luar sekolah.

Panduan ini memerihalkan enam rubrik pembelajaran abad ke-21, setiap satu

menerangkan satu kemahiran penting untuk dibangunkan oleh pelajar:

• kerjasama

• pembinaan pengetahuan

• pengaturan kendiri

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

• penyelesaian masalah dunia sebenar dan inovasi

• penggunaan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) bagi pembelajaran

• komunikasi berkemahiran

Dalam panduan ini, perihalan mengenai setiap rubrik terdiri daripada tiga bahagian:

• satu gambaran keseluruhan bagi takrif konsep penting dan contoh berkaitan;

• satu rubrik untuk membantu anda menetapkan bagi setiap aktiviti pembelajaran

satu nombor dari 1 hingga 4,* mengikut bagaimana kuatnya ia menawarkan

peluang untuk membangunkan sesuatu kemahiran tertentu;

• dan satu carta aliran yang menunjukkan cara memilih nombor terbaik bagi

setiap kes.

*Dalam sesetengah kes nombor 1 hingga 5 digunakan, di mana 5 merupakan sasaran

tambahan dan bertahap lebih tinggi.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Kerjasama

Adakah pelajar dikehendaki berkongsi tanggungjawab dan membuat keputusan

substantif bersama orang lain? Adakah kerja mereka bersifat saling bergantung?

Gambaran Keseluruhan

Dalam persekolahan tradisional di kebanyakan negara, pelajar melakukan kerja mereka

sendiri dan menerima gred mereka sendiri. Model ini tidak menyediakan mereka

dengan baik bagi alam pekerjaan, di mana mereka mungkin bekerja secara berpasukan

bersama pekerja lain untuk menyiapkan tugas yang terlalu kompleks bagi seseorang

individu melakukan dengan sendiri. Dalam dunia perniagaan yang saling berkait hari ini,

kerja projek yang sebenar selalunya memerlukan kerjasama merentasi syarikat

(contohnya, satu kerjasama antara syarikat perubatan dan syarikat kejuruteraan kimia

untuk menghasilkan vaksin baharu) atau dengan pekerja di bahagian dunia lain. Jenis

kerja ini memerlukan kemahiran bekerjasama yang mantap untuk bekerja secara

produktif dalam pasukan dan untuk mengintegrasikan kepakaran dan idea individu ke

dalam suatu penyelesaian yang koheren.

Rubrik ini memeriksa sama ada pelajar bekerja dengan pelajar lain dalam aktiviti

pembelajaran itu, dan mutu kerjasama tersebut.

Pada tahap lebih tinggi rubrik ini pelajar mempunyai tanggungjawab bersama bagi

kerja mereka, dan aktivti pembelajaran ini direka bentuk dengan cara di mana pelajar

dikehendaki membuat keputusan substantif bersama-sama. Ciri ini membantu

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

pelajar mempelajari kemahiran kerjasama yang penting iaitu perundingan, penyelesaian

konflik, persetujuan tentang apa yang perlu dilakukan, pengedaran tugas, mendengar

idea orang lain, dan integrasi idea ke dalam satu bentuk keseluruhan yang koheren.

Aktiviti pembelajaran yang paling mantap direka bentuk agar kerja pelajar bersifat saling

bergantung, memerlukan semua pelajar memberikan sumbangan agar pasukan

mencapai kejayaan.

Idea Besar

Pelajar bekerja bersama-sama apabila aktiviti itu menghendaki mereka bekerja

berpasangan atau berkumpulan untuk:

• membincangkan sesuatu isu

• menyelesaikan sesuatu masalah

• mencipta sesuatu produk

Pelajar bekerja berpasangan atau berkumpulan dan mungkin juga melibatkan orang

dari luar bilik darjah, seperti pelajar dari kelas atau sekolah lain, atau ahli masyarakat

atau pakar. Pelajar boleh bekerja bersama-sama secara bersemuka atau dengan

menggunakan teknologi untuk berkongsi idea atau sumber.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

ADAKAH INI BEKERJA BERSAMA-SAMA?

YA: TIDAK:

Pasangan pelajar memberikan maklum Pelajar melakukan kerja mereka

balas kepada satu sama lain. bersendirian.

Satu kumpulan kecil membincangkan Seluruh kelas membincangkan suatu isu.

suatu isu bersama-sama.

Seorang pelajar menggunakan Microsoft

Lync atau Skype untuk menemu bual

seorang pelajar di bandar lain melalui

Internet.

Pelajar menggunakan OneNote untuk Setiap pelajar mencipta ceritanya sendiri

berkongsi draf cerita dan memberikan dan menghantarnya kepada pendidik

maklum balas kepada satu sama lain. untuk mendapatkan maklum balas.

Pelajar mempunyai tanggungjawab bersama apabila mereka bekerja secara

berpasangan atau berkumpulan untuk membangunkan suatu produk, reka bentuk, atau

gerak balas bersama. Tanggungjawab bersama adalah lebih daripada hanya menolong

satu sama lain: pelajar mestilah secara kolektif bersikap sebagai pemilik kerja itu dan

saling bertanggungjawab bagi hasil kerja itu.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Jika kerja berkumpulan melibatkan pelajar atau orang dewasa dari luar bilik darjah, ini

layak dianggap sebagai tanggungjawab bersama HANYA jika pelajar dan peserta luar

saling bertanggungjawab bagi hasil kerja itu.

ADAKAH INI TANGGUNGJAWAB BERSAMA?

YA: TIDAK:

Pelajar melakukan uji kaji makmal Pelajar memberikan maklum balas

bersama. Pelajar mempunyai kepada satu sama lain. Struktur aktiviti

tanggungjawab bersama untuk ini menandakan bahawa hanya seorang

melakukan uji kaji makmal itu. pelajar yang “memiliki” kerja ini, dan

pelajar lain itu hanya membantu.

Seorang pelajar bekerja dengan Seorang pelajar menemu bual seorang

seorang pelajar sebaya di negara lain pelajar sebaya di negara lain tentang

untuk membangunkan sebuah tapak cuaca tempatan. Ini adalah tugas yang

web bersama menggunakan Microsoft dilakukan bersama oleh pelajar, tetapi

Office 365. Pelajar berkongsi mereka tidak saling bertanggungjawab

tanggungjawab bagi pembangunan tapak bagi hasilnya.

web itu.

Pelajar membuat keputusan substantif bersama-sama apabila mereka perlu

menyelesaikan isu penting yang akan membimbing kerja mereka bersama. Keputusan

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

substantif ialah keputusan yang membentuk kandungan, proses ATAU produk kerja

pelajar:

• Kandungan: Pelajar mestilah menggunakan pengetahuan mereka tentang

sesuatu isu untuk membuat keputusan yang memberi kesan pada kandungan

akademik bagi kerja mereka bersama, seperti mengambil pendirian tentang

sesuatu topik yang mereka akan tulis, atau menentukan hipotesis yang mereka

akan uji.

• Proses: Pelajar mestilah merancang apa yang mereka akan lakukan, bila

mereka akan melakukannya, alat yang mereka akan guna, atau peranan dan

tanggungjawab pelajar dalam pasukan.

• Produk: Pelajar mestilah membuat keputusan reka bentuk asas yang memberi

kesan pada sifat dan kebolehgunaan produk mereka.

ADAKAH INI KEPUTUSAN SUBSTANTIF?

YA: TIDAK:

Pelajar dalam pasukan membuat Pelajar bekerjasama untuk mengenal

persediaan untuk suatu perdebatan pasti ibu negara bagi negara tertentu

dan perlu memilih sebelah mana isu di Eropah. Keputusan ini tidak memberi

itu yang mereka akan berhujah. Ini kesan pada kerja mereka selainnya.

adalah keputusan berkenaan kandungan

yang akan membentuk kerja mereka

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

bersama, dan pelajar mestilah merunding

idea mereka.

Pasangan pelajar membangunkan satu Pasangan pelajar memilih haiwan yang

penyampaian tentang perubahan iklim mereka akan mengkaji. Pelajar mungkin

dan perlu memilih punca berkenaan akan membuat keputusan ini

untuk ditulis. Pelajar mestilah memilih berdasarkan hanya pada pilihan peribadi,

bersama-sama apakah punca paling bukannya pada pengetahuan mereka

penting; keputusan ini akan membentuk tentang subjek itu.

penyampaian mereka.

Pasukan pelajar mengendalikan satu Pasukan pelajar menetapkan peranan

projek penyelidikan dan mesti kepada ahli pasukan berdasarkan

membuat keputusan tentang senarai peranan yang ditentukan oleh

rancangan kerja mereka sendiri dan pendidik. Pendidik telah merancang

peranan masing-masing dalam proses kerja mereka, bukannya pelajar.

pasukan. Pelajar mestilah merancang

proses kerja mereka.

Pasangan pelajar menentukan Pasangan pelajar memilih satu skema

bagaimana untuk membentuk warna bagi penyampaian mereka.

penyampaian mereka kepada audiens Keputusan tentang ciri permukaan tidak

tertentu. Ini adalah keputusan reka dianggap sebagai keputusan substantif

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

bentuk asas yang akan memberi kesan yang memberi kesan asas pada reka

pada sifat produk keseluruhan mereka. bentuk produk.

Kerja pelajar adalah bersifat saling bergantung apabila semua pelajar mesti

melibatkan diri agar pasukan mencapai kejayaan. Sering kali, satu kumpulan pelajar

mungkin berkongsi tanggungjawab bagi sesuatu hasil, tetapi pada praktiknya kerja tidak

dibahagikan secara adil: satu atau dua pelajar mungkin melakukan semua kerja untuk

pasukan. Aktiviti pembelajaran yang paling mantap dalam rubrik ini distrukturkan untuk

melibatkan semua pelajar.

Untuk mencapai kriteria ini, pelajar mestilah dikehendaki menghasilkan produk saling

bergantung (seperti suatu penyampaian di mana setiap pelajar mestilah sama-sama

membangunkan dan menyampaikannya) atau hasil saling bergantung yang lain

(seperti suatu keputusan yang memerlukan maklumat yang teredar merentasi pelajar).

Kebanyakan kerja bersifat saling bergantung melibatkan dua tahap

kebertanggungjawapan:

• Kebertanggungjawapan individu: setiap individu dalam pasukan

bertanggungjawab bagi suatu tugas yang dia mesti siapkan agar kumpulan itu

dapat melakukan kerjanya. Peranan setiap pelajar dalam pasukan adalah

penting.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

• Kebertanggungjawapan kumpulan: pelajar mestilah bekerja bersama-sama untuk

menghasilkan produk atau hasil akhir. Pelajar mestilah berunding dan mencapai

persetujuan tentang proses, reka bentuk, dan kesimpulan kerja mereka.

Adalah penting bahawa kerja distrukturkan dengan cara di mana ia menghendaki

pelajar merancang bersama-sama dan mengambil kira kerja semua ahli pasukan agar

produk atau hasil mereka lengkap dan selaras. Contohnya, jika setiap pelajar

bertanggungjawab untuk satu halaman bagi suatu penyampaian, dan dalam

penyampaian muktamad halaman itu hanya dikumpulkan, ini TIDAK dianggap sebagai

bersifat saling bergantung. Penyampaian akhir ADALAH dianggap sebagai bersifat

saling bergantung jika sumbangan pelajar mestilah berintegrasi untuk menceritakan

suatu kisah atau menyampaikan suatu idea yang menyeluruh; dalam kes ini halaman

individu pelajar mestilah direka bentuk sebagai sebahagian daripada suatu bentuk

keseluruhan yang koheren.

ADAKAH KERJA PELAJAR SALING BERGANTUNG?

YA: TIDAK:

Setiap ahli kumpulan menyelidik Ahli kumpulan bekerja bersama-sama

sistem dalaman yang berlainan menyelidik katak, tetapi setiap pelajar

(contohnya, peredaran, pencernaan, melakukan pembelahan dan menulis

dll) bagi katak. Pelajar kemudiannya laporan makmalnya sendiri. Pelajar

bekerja bersama-sama membelah bekerja bersama-sama bagi komponen

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

seekor katak dan menulis laporan penyelidikan, tetapi produknya tidak

makmal tentang pembelahan itu, memerlukan input atau penyertaan

mengenal pasti bahagian katak dan pelajar lain.

sistem di mana ia berada. Pelajar

bergantung kepada kerja masing-masing

untuk mengenal pasti dengan jayanya

apa yang mereka perhatikan semasa

pembelahan itu.

Setiap pelajar menggunakan alat Satu pelajar menggunakan suatu alat

berangkaian untuk menyumbangkan untuk memplot titik koordinat dan

titik koordinat yang mestilah secara menghasilkan satu bentuk bintang,

terkumpul menghasilkan bentuk suatu dengan input ahli kumpulan. Hanya

bintang. Sumbangan setiap pelajar seorang pelajar sahaja yang memplot

adalah perlu agar kumpulan dapat koordinat; yang lain boleh menyumbang,

menghasilkan bentuk yang lengkap. tetapi mereka juga boleh melepaskan

tangan tanpa menjejaskan usaha

kumpulan menyiapkan produk.

Pelajar mencipta tapak web pelancong Setiap pelajar mencipta laman web

yang menyampaikan sejarah, budaya, tentang sejarah, budaya, tempat

tempat menarik, dan tempat menarik, atau tempat penginapan bagi

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

penginapan bagi setiap kawasan kawasan tempatan mereka yang

tempatan. Setiap individu mungkin dipautkan kepada laman kelas. Pelajar

mencipta bahagian berlainan bagi tapak tidak perlu bersama-sama mengatur

web keseluruhannya, tetapi pelajar perlu strategi dalam apa cara sekalipun.

bekerja bersama-sama menentukan

bagaimana untuk menyusun maklumat

bagi mencipta tapak web yang sebaik

mungkin.

Pelajar menggunakan Mouse Mischief Pelajar menggunakan Mouse Mischief

untuk mencipta sebuah gambar rajah untuk mengenal pasti spesis yang

menunjukkan rantaian makanan dalam mana di dalam ekosistem kolam

suatu ekosistem kolam sementara. sementara adalah karnivor, herbivor,

Setiap pelajar mengawal suatu spesis atau omnivor, dengan meletakkan

tertentu dan pelajar mestilah bekerja setiap spesis di senarai yang sesuai.

bersama-sama untuk meletakkan Mana-mana pelajar boleh menggunakan

setiap spesis dalam nic yang sesuai tetikus mereka untuk memindahkan

dalam rantaian makanan. Pelajar mana-mana spesis kepada mana-mana

mestilah bekerja antara satu sama lain senarai; pelajar tidak perlu bekerja

untuk menyiapkan satu gambaran bersama-sama dengan apa-apa cara

tertentu.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

rantaian makanan yang menyeluruh dan

tepat.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Kerjasama: Rubrik

Dalam aktiviti pembelajaran ini,

1 • Pelajar TIDAK dikehendaki bekerja bersama-sama secara

berpasangan atau berkumpulan.

2 • Pelajar SEMEMANGNYA bekerja bersama-sama

• TETAPI mereka TIDAK mempunyai tanggungjawab bersama.

3 • Pelajar SEMEMANGNYA mempunyai tanggungjawab bersama

• TETAPI mereka TIDAK dikehendaki membuat keputusan substantif

bersama-sama.

4 • Pelajar SEMEMANGNYA mempunyai tanggungjawab bersama

• DAN mereka SEMEMANGNYA membuat keputusan substantif

bersama-sama tentang kandungan, proses, atau produk kerja

mereka.

• TETAPI kerja mereka bukan bersifat saling bergantung.

5 • Pelajar SEMEMANGNYA mempunyai tanggungjawab bersama

• DAN mereka SEMEMANGNYA membuat keputusan substantif

bersama-sama tentang kandungan, proses, atau produk kerja

mereka

• DAN kerja mereka bersifat saling bergantung.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Kerjasama: Langkah Keputusan

Pelajar dikehendaki
bekerja berpasangan 1
atau berkumpulan?
TIDAK

YA
Pelajar mempunyai
tanggungjawab 2
bersama?
TIDAK

YA
Pelajar membuat
3
keputusan substantif
bersama-sama?
TIDAK

YA

Kerja pelajar adalah


4
bersifat saling
bergantung?
TIDAK

YA
5

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pembinaan Pengetahuan

Adakah pelajar dikehendaki membina dan menggunakan pengetahuan? Adakah

pengetahuan itu bersifat antara disiplin?

Gambaran Keseluruhan

Banyak aktiviti sekolah menghendaki pelajar mempelajari dan menghasilkan semula

maklumat yang mereka diberikan. Sudah tentu adalah mustahak bagi pelajar untuk

menguasai kandungan penting bagi sesuatu domain. Tetapi penghafalan sahaja tidak

memberikan pelajar kemahiran berfikiran secara kritis dan kemahiran taakulan yang

mereka perlukan bagi kejayaan dalam pendidikan tinggi dan dalam organisasi

berasaskan pengetahuan. Oleh sebab maklumat mudah didapati melalui Internet dan

sumber lain, pekerja mestilah berupaya mengintegrasi dan menilai maklumat agar

dapat menggunakannya dengan produktif dalam kerja mereka. Kebanyakan pekerjaan

upah-hidup juga semakin berleluasa menuntut tahap kepakaran yang lebih tinggi

berbanding masa lalu, dan kebolehan untuk menggunakan pengetahuan bagi keadaan

dan masalah baharu. Rubrik ini melihat kepada peluang bagi pelajar membina

pengetahuan mendalam yang boleh mereka pindahkan dan gunakan secara praktik.

Aktiviti pembinaan pengetahuan menghendaki pelajar menjana idea dan pemahaman

yang baharu bagi mereka. Pelajar boleh melakukan ini melalui pentafsiran, analisis,

sintesis, atau penilaian. Dalam aktiviti yang lebih mantap, pembinaan pengetahuan

adalah keperluan utama bagi aktiviti pembelajaran itu.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Aktiviti paling mantap menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan yang mereka

bina dalam konteks yang berlainan, membantu mereka mendalamkan lagi pemahaman

mereka, dan mengaitkan maklumat dan idea daripada dua atau lebih disiplin

akademik (contohnya, mengintegrasikan pembelajaran daripada kedua-dua bidang

sains dan sastera).

Idea Besar

Pembinaan pengetahuan berlaku apabila pelajar melakukan lebih daripada

menghasilkan semula apa yang mereka pelajari: mereka melebihi penghasilan semula

pengetahuan kepada menjana idea dan pemahaman yang baharu bagi mereka.

Kemahiran pembinaan pengetahuan selalunya dianggap sebagai “pemikiran kritis.”

Aktiviti yang menghendaki pembinaan pengetahuan meminta pelajar mentafsir,

menganalisis, mensintesis, atau menilai maklumat atau idea.

• Pentafsiran bermaksud membuat inferens melebihi makna harafiah. Contohnya,

pelajar mungkin membaca perihalan tentang suatu zaman sejarah dan membuat

inferens mengapa orang yang hidup pada zaman itu berkelakuan sedemikian.

• Analisis bermaksud mengenal pasti bahagian-bahagian daripada suatu yang

menyeluruh dan hubungannya di antara satu sama lain. Contohnya, pelajar

mungkin menyiasat faktor alam sekitar tempatan untuk menentukan faktor yang

mana berkemungkinan besar menjejaskan burung yang berhijrah.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

• Sintesis bermaksud mengenal pasti hubungan di antara dua atau lebih idea.

Contohnya, pelajar mungkin dikehendaki membandingkan dan membezakan

perspektif daripada berbilang sumber.

• Penilaian bermaksud menilai mutu, kebolehpercayaan, atau kepentingan data,

idea, atau peristiwa. Contohnya, pelajar mungkin membaca kisah berlainan

tentang suatu peristiwa sejarah dan menentukan yang mana paling boleh

dipercayai.

Jika sesuatu aktiviti meminta pelajar melakukan suatu prosedur yang mereka sudah

pun tahu, atau jika aktiviti itu memberikan pelajar satu set langkah untuk diikuti, aktiviti

itu TIDAK memerlukan pembinaan pengetahuan. Untuk menentukan sama ada pelajar

sudah pun mengetahui sesuatu prosedur tertentu, pertimbangkanlah apa yang

biasanya diharapkan daripada pelajar seumur mereka. Jika suatu aktiviti meminta

pelajar mencipta suatu prosedur dengan sendiri, aktiviti itu SEMEMANGNYA

memerlukan pembinaan pengetahuan.

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa bukan semua aktiviti pelajar yang

biasanya diperihalkan sebagai “penyelidikan” melibatkan pembinaan pengetahuan. Jika

pelajar diminta untuk mencari maklumat dan kemudian menulis suatu kertas kerja yang

hanya memerihalkan apa yang mereka perolehi, pelajar adalah menghasilkan semula

pengetahuan, tetapi mereka BUKANNYA membina pengetahuan—mereka tidak diminta

untuk mentafsir, menganalisis, mensintesis, atau menilai apa-apa.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

ADAKAH INI PEMBINAAN PENGETAHUAN?

YA: TIDAK:

Pelajar menggunakan perincian dalam Pelajar menulis sebuah kertas kerja

sebuah cerita untuk membuat inferens memerihalkan jenayah yang telah

sebab mengapa suatu watak melakukan dilakukan oleh suatu watak.

jenayah.

Pelajar menggunakan Bing untuk Pelajar menggunakan Bing untuk

melakukan carian Internet tentang aktiviti melakukan carian Internet tentang aktiviti

tempatan untuk menolong alam sekitar tempatan untuk menolong alam sekitar

dan menganalisisnya untuk menentukan dan memberikan penyampaian

apa yang boleh dilakukan selanjutnya. memerihalkan apa yang mereka perolehi.

Pelajar menulis kertas kerja yang Pelajar menulis kertas kerja yang

membandingkan dan membezakan memerihalkan maklumat yang mereka

maklumat daripada berbilang sumber. perolehi dalam talian atau dalam buku.

Pelajar membandingkan penerangan Pelajar yang biasa dengan barometer

berbeza bagi perubahan dalam tekanan menggunakannya untuk menyukat

atmosfera untuk menentukan penerangan tekanan atmosfera.

yang mana boleh dipercayai.

Pelajar yang belum mempelajari tentang Pelajar yang sudah diajar takrif “selari”

garis selari memeriksa beberapa menggunakan takrif itu untuk

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

pasangan garis yang berlainan untuk menentukan sama ada beberapa set

cuba membentuk satu takrif bagi “selari”. garis adalah selari.

Keperluan utama ialah bahagian aktiviti di mana pelajar menghabiskan kebanyakan

masa dan usaha dan bahagian di mana pendidik tertumpu apabila memberikan gred.

Jika aktiviti pembelajaran itu tidak menentukan masa yang patut diambil oleh pelajar

untuk melakukan setiap bahagian, anda mungkin perlu menggunakan penilaian

profesional anda untuk menganggar masa yang dijangka diambil oleh pelajar untuk

melakukan tugas berlainan.

ADAKAH PEMBINAAN PENGETAHUAN KEPERLUAN UTAMA AKTIVITI INI?

YA: TIDAK:

Pelajar mengambil masa 10 minit Pelajar mengambil masa 35 minit

menyenaraikan perincian daripada menyenaraikan perincian daripada

sebuah cerita, kemudian mengambil sebuah cerita, kemudian dalam masa 10

masa 35 minit menggunakan perincian itu minit terakhir kelas mereka menggunakan

untuk mencadangkan mengapa suatu perincian itu untuk membuat inferens

watak itu melakukan jenayah. mengapa suatu watak itu melakukan

jenayah.

Pelajar mendapat 30% daripada gred Pelajar mendapat 70% daripada gred

mereka bagi mencari maklumat dan 70% mereka bagi mencari maklumat dan 30%

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

bagi menganalisis apa yang mereka bagi menganalisis apa yang mereka

perolehi. perolehi.

Pelajar mestilah mengguna pakai pengetahuan mereka apabila mereka guna

pengetahuan yang mereka bina untuk menyokong tugas pembinaan pengetahuan lain

dalam konteks baharu. Contohnya, pelajar dalam kelas fizik mungkin membina

pengetahuan tentang prinsip haba daripada kajian teras dalam Bumi, dan kemudian

menggunakan apa yang mereka pelajari untuk menyiasat alam sekitar Musytari. Pelajar

dalam kelas bahasa mungkin menulis sebuah esei yang meyakinkan bagi audiens

akademik dan kemudian menggunakan pengetahuan yang mereka bina tentang

penulisan bertumpukan audiens untuk mengubah suai kandungan yang sama untuk

sebuah artikel surat khabar. Dalam setiap kes, tugas pembinaan pengetahuan yang

kedua mendalamkan lagi pemahaman pelajar tentang prinsip teras sebab mereka mesti

mengambil apa yang mereka pelajari dan melihatnya daripada perspektif yang berbeza

agar menggunakannya dalam keadaan berlainan.

Untuk dianggap sebagai suatu penggunaan pengetahuan dalam konteks baharu,

adalah tidak mencukupi bagi dua konteks itu berbeza hanya pada ciri permukaan.

Pelajar tidak dapat bergerak balas kepada keadaan baharu dengan hanya

menggunakan formula yang sama. Pelajar mestilah menggunakan pentafsiran, analisis,

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

sintesis, atau penilaian untuk menentukan bagaimana untuk menggunakan apa yang

mereka pelajari dalam konteks baharu ini.

ADAKAH PELAJAR DIKEHENDAKI MENGGUNAKAN PENGETAHUAN

MEREKA?

YA: TIDAK:

Pelajar menganalisis statistik Pelajar menganalisis statistik

demografi dari bandar asal mereka demografi daripada bandar asal

dan menggunakan pemahaman mereka dan kemudian menganalisis

mereka tentang trend penduduk untuk statistik demografi lokasi kedua

membentuk satu rancangan bagi pilihan mereka. Pelajar tidak

projek pembangunan perumahan yang menggunakan pengetahuan mereka

akan datang. Pelajar menggunakan daripada menganalisis statistik demografi

pengetahuan mereka daripada kepada aktiviti baharu; mereka hanya

menganalisis statistik demografi untuk mengulangi aktiviti yang sama dengan

membentuk satu rancangan perumahan; set data baharu.

langkah ini memerlukan analisis

selanjutnya.

Pelajar memeriksa gambar yang Pelajar memeriksa gambar yang

diperbesarkan kepada saiz berlainan diperbesarkan kepada saiz berlainan

untuk membentuk pemahaman untuk membentuk pemahaman

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

tentang keserupaan dan kemudian tentang keserupaan dan kemudian

menggunakan pengetahuan itu kepada memerihalkan pemahaman mereka.

bentuk geometri abstrak, berfikir Pelajar tidak menggunakan pengetahuan

tentang nisbah saiz dan sudut untuk mereka daripada menilai bentuk kepada

menentukan bentuk mana yang serupa mana-mana domain baharu; mereka

dari segi matematik. Pelajar hanya menjelaskan pengetahuan itu.

menggunakan pengetahuan mereka

daripada menilai bentuk untuk

mendalamkan lagi pemahaman mereka

tentang keserupaan matematik.

Pelajar dalam kelas teater Pelajar dalam kelas teater

menganalisis watak dalam sebuah menganalisis watak dalam sebuah

drama untuk mempelajari tentang drama untuk mempelajari tentang

perkembangan watak; kemudian perkembangan watak dan kemudian

pelajar menggunakan Movie Maker menulis satu esei tentang apa yang

untuk menghasilkan drama satu babak mereka pelajari. Pelajar tidak

mereka sendiri yang memaparkan menggunakan pengetahuan mereka

perkembangan watak. Pelajar daripada analisis watak kepada sebarang

menggunakan pengetahuan mereka tugas baharu; mereka hanya

daripada analisis watak mereka dan menjelaskan pengetahuan itu.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

mengembangkan watak mereka sendiri;

langkah ini memerlukan pentafsiran dan

analisis selanjutnya.

Pelajar mereka bentuk dan Pelajar mereka bentuk dan

menjalankan satu prosedur bagi menjalankan prosedur menguji mutu

menguji mutu air pili di sekolah air pili di sekolah mereka. Mereka

mereka. Setelah mendapat data yang menguji air itu dan mereka bentuk

tepat, mereka menggunakan maklumat semula prosedur itu secara berulang

itu untuk menentukan sistem sehingga mendapat data yang tepat.

penapisan air yang mana adalah Walaupun pelajar menggunakan

paling sesuai untuk sekolah itu. Pelajar pengetahuan mereka daripada ujian

menggunakan pengetahuan mereka terdahulu untuk memperhalusi prosedur

daripada mereka bentuk dan itu, mereka hanya menggunakan

menjalankan ujian mutu air untuk memilih pengetahuan dalam satu konteks (yang

sistem penapisan air yang sesuai, yang diulangi) sahaja. Mereka mendalamkan

memaksa mereka untuk melihat apa yang lagi pengetahuan mereka, tetapi tidak

mereka pelajari dengan cara baharu dan melanjutkannya kepada jenis

mendalamkan lagi pengetahuan mereka. penggunaan baharu.

Aktiviti pembelajaran antara disiplin mempunyai sasaran pembelajaran yang

melibatkan kandungan, idea penting, atau kaedah daripada subjek akademik yang

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

berlainan (seperti matematik dan muzik, atau seni bahasa dan sejarah). Subjek yang

biasanya diajar bersama di negara anda tidak dikira sebagai bersifat antara disiplin.

Bagi tujuan rubrik ini, ICT TIDAK dianggap sebagai subjek akademik yang berasingan.

ICT selalunya digunakan sebagai alat bagi mempelajari subjek lain. Contohnya, pelajar

mungkin membina kemahiran ICT apabila mereka melakukan penyelidikan dalam talian

bagi suatu projek sejarah. Aktiviti ini TIDAK dianggap sebagai bersifat antara disiplin.

AKTIVITI ADAKAH INI BERSIFAT ANTARA DISIPLIN?

YA: TIDAK:

Pelajar dalam kelas sains Pendidik menggred pelajar Pendidik menggred pelajar

menulis surat yang bagi mutu data DAN hanya bagi mutu data.

meyakinkan kepada kemahiran menulis

organisasi alam sekitar mereka.

tentang hasil uji kaji

mereka.

Pelajar dalam kelas sains Sasaran pembelajaran Tiada sasaran

memplot titik pada sebuah bagi kedua-dua matematk pembelajaran ditakrifkan.

graf. DAN sains ditakrifkan.

Pelajar fizik menggunakan Penggunaan ICT sebagai

ICT untuk menyampaikan alat dalam kelas fizik tidak

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

kerja mereka kepada dianggap bersifat antara

kelas. disiplin.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pembinaan Pengetahuan: Rubrik

1 • Aktiviti pembelajaran TIDAK menghendaki pelajar membina

pengetahuan. Pelajar boleh menyiapkan aktiviti dengan

menghasilkan semula maklumat atau dengan menggunakan

prosedur yang biasa.

2 • Aktiviti pembelajaran SEMEMANGNYA MENGHENDAKI pelajar

membina pengetahuan dengan mentafsir, menganalisis,

mensintesis, atau menilai maklumat atau idea

• TETAPI keperluan utama aktiviti ini BUKAN pembinaan pengetahuan.

3 • Keperluan utama aktiviti pembelajaran ADALAH pembinaan

pengetahuan

• TETAPI aktiviti pembelajaran itu TIDAK menghendaki pelajar

menggunakan pengetahuan mereka dalam konteks baharu.

4 • Keperluan utama aktiviti pembelajaran ADALAH pembinaan

pengetahuan

• DAN aktiviti pembelajaran itu SEMEMANGNYA menghendaki pelajar

menggunakan pengetahuan mereka dalam konteks baharu

• TETAPI aktiviti pembelajaran TIDAK mempunyai sasaran

pembelajaran dalam lebih daripada satu subjek.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

5 • Keperluan utama aktiviti pembelajaran ADALAH pembinaan

pengetahuan

• DAN aktiviti pembelajaran itu SEMEMANGNYA menghendaki pelajar

menggunakan pengetahuan mereka dalam konteks baharu

• DAN pembinaan pengetahuan ADALAH bersifat antara disiplin.

Aktiviti itu SEMEMANGNYA mempunyai sasaran pembelajaran

dalam lebih daripada satu subjek.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pembinaan Pengetahuan: Langkah Keputusan

Menghendaki
pembinaan 1
pengetahuan?
TIDAK

YA
Keperluan utama ialah
pembinaan 2
pengetahuan?
TIDAK

YA
Pelajar dikehendaki
3
menggunakan
pengetahuan mereka
dalam konteks baharu? TIDAK
baharu?putusan
substantive bersama- YA
sama?
Aktiviti pembelajaran
4
bersifat antara
disiplin?
TIDAK

YA
5

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Penyelesaian Masalah Dunia Sebenar dan Inovasi

Adakah aktiviti pembelajaran menghendaki menyelesaikan masalah dunia sebenar

yang tulen? Adakah penyelesaian pelajar dilaksanakan dalam dunia sebenar?

Gambaran Keseluruhan

Dalam alam pekerjaan masa kini, tugas penyelesaian masalah semakin bertambah.

Sama ada keperluannya adalah untuk mencari cara baru mencapai pasaran global atau

untuk mereka bentuk semula sesuatu produk untuk mengambil kesempatan bahan

baharu, pekerja yang berjaya mestilah mahir menjana dan menguji idea kreatif untuk

menyelesaikan suatu masalah dengan set keperluan dan kekangan yang sebenar. Ini

adalah takrif “masalah” yang sangat berbeza daripada apa yang kita selalu lihat dalam

keadaan akademik, di mana “masalah” buku teks hanyalah latihan melaksanakan

prosedur tertentu yang dipelajari.

Rubrik ini memeriksa sama ada kerja pelajar melibatkan penyelesaian masalah, dan

menggunakan data atau keadaan daripada dunia sebenar. Aktiviti pembelajaran yang

paling mantap bagi rubrik ini:

• meminta pelajar menyiapkan tugas di mana mereka TIDAK ketahui lagi

jawapan atau penyelesaiannya

• menghendaki pelajar berusaha menyelesaikan masalah sebenar

• menggambarkan inovasi dengan menghendaki pelajar melaksanakan idea, reka

bentuk atau penyelesaian mereka bagi audiens di luar bilik darjah.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Idea Besar

Penyelesaian masalah melibatkan suatu tugas dengan suatu cabaran yang ditarifkan

untuk pelajar itu. Penyelesaian masalah berlaku apabila pelajar dikehendaki:

• membangunkan suatu penyelesaian bagi suatu masalah yang baharu kepada

mereka ATAU

• menyiapkan tugas di mana mereka tidak diajar bagaimana untuk melakukannya

ATAU

• mereka bentuk produk yang kompleks yang menepati suatu set keperluan.

Aktiviti pembelajaran yang menghendaki penyelesaian masalah TIDAK memberikan

pelajar semua maklumat yang mereka perlukan untuk menyiapkan tugas itu atau

menentukan prosedur penuh yang mereka mesti ikuti untuk tiba kepada suatu

penyelesaian.

Sering kali, tugas penyelesaian masalah menghendaki pelajar melakukan sesetengah

atau semua yang berikut:

• menyiasat parameter masalah itu untuk membimbing pendekatan mereka

• menjana idea dan pilihan

• membentuk pendekatan mereka sendiri, atau menerokai beberapa prosedur

yang berpotensi yang mungkin sesuai dengan keadaan itu

• mengolah penyelesaian yang koheren

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

• menguji penyelesaian itu dan mengulangi penambahbaikan untuk memuaskan

keperluan masalah itu.

Untuk layak bagi rubrik ini, penyelesaian masalah mestilah menjadi keperluan utama

aktiviti pembelajaran itu.

ADAKAH INI PENYELESAIAN MASALAH?

YA: TIDAK:

Pelajar mestilah menulis semula Pelajar membaca sebuah cerita dan

sebuah cerita daripada persepktif kemudian mengambil kuiz tentang apa

suatu watak selain daripada pengisah. yang mereka baca. Pelajar tidak perlu

Pelajar menggunakan cerita asal tetapi membangunkan sebarang penyelesaian.

tidak diajar bagaimana menyiapkan tugas Tiada cabaran tertakrif bagi pelajar.

ini.

Pelajar menggunakan peta jalan bas Pelajar mempelajari tentang

untuk mencadangkan di mana lintasan keselamatan pejalan kaki dengan

pejalan kaki patut ditambahkan di mengkaji peta yang menunjukkan

suatu bandar yang direka. Pelajar tidak hentian bas dan lintasan pejalan kaki.

diajar di mana lintasan itu patut Tiada cabaran tertakrif bagi pelajar.

diletakkan.

Pelajar mengenal pasti keadaan yang Pelajar menggunakan Microsoft Excel

sesuai bagi menggunakan min, untuk mengira min, median dan mod

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

median dan mod dengan menerokai bagi beberapa sampel set data. Pelajar

beberapa sampel set data dalam hanya berlatih membuat pengiraan.

Microsoft Excel. Pelajar tidak diajar

bagaimana setiap ukuran digunakan

sebaik-baiknya.

Masalah dunia sebenar adalah keadaan dan keperluan yang tulen yang wujud di luar

konteks akademik. Masalah dunia sebenar mempunyai semua ciri berikut:

• Dialami oleh orang sebenar. Contohnya, jika pelajar diminta mendiagnosis

ketidakseimbangan ekologi dalam sebuah hutan hujan di Costa Rica, mereka

bekerja dengan keadaan yang menjejaskan orang sebenar yang tinggal di situ.

• Mempunyai penyelesaian bagi audiens tertentu yang munasabah selain

daripada pendidik yang memberikan gred. Contohnya, mereka bentuk peralatan

untuk memuatkan taman mainan sebuah bandar kecil boleh memanfaatkan

kanak-kanak masyarakat itu.

• Mempunyai konteks tertentu yang nyata. Contohnya, membangunkan suatu

rancangan bagi taman masyarakat di dalam taman awam di bandar mereka

mempunyai konteks tertentu; belajar tentang sayuran apa yang tumbuh paling

baik di bahagian mana di negara seseorang itu tidak menepati ciri ini.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

• Jika pelajar menggunakan data untuk menyelesaikan suatu masalah, mereka

menggunakan data sebenar (contohnya, rekod saintifik sebenar bagi gempa

bumi, hasil uji kaji mereka sendiri, atau kisah diri pertama bagi peristiwa sejarah),

bukannya data yang dibangunkan oleh pendidik atau penerbit bagi sesuatu

pelajaran.

ADAKAH INI MASALAH DUNIA SEBENAR?

YA: TIDAK:

Pelajar menulis semula drama Pelajar menulis semula drama

Shakespeare bagi audiens remaja. Shakespeare dalam skema rima

Remaja adalah audiens sebenar dan baharu. Ini tidak mempunyai audiens

tertentu. tertentu.

Pelajar menggunakan peta bas bandar Pelajar menggunakan peta bas dalam

mereka untuk mencadangkan di mana buku teks untuk mencadangkan di

lintasan pejalan kaki patut mana lintasan pejalan kaki patut

ditambahkan di bandar mereka. Ini ditambahkan di sebuah bandar yang

mempunyai konteks yang tertentu dan direka. Ini tidak melibatkan data sebenar.

jelas. Pelajar menggunakan data sebenar

untuk melakukan ini.

Pelajar menyiasat sama ada tumbuhan Pelajar menyiasat interaksi di antara

yang membesar di dalam bilik darjah tumbuhan hijau dan karbon dioksida

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

mereka boleh menambahbaikkan di udara. Tiada konteks yang jelas bagi

kualiti udara. Walaupun latarnya adalah penyiasatan pelajar ini.

bilik darjah, kualiti udara adalah suatu isu

sebenar.

Pelajar menganalisis data tentang Pelajar mengenal pasti keadaan yang

pasukan bola keranjang dan sesuai menggunakan min, median dan

menggunakan Microsoft Excel untuk mod dengan menerokai beberapa

melukiskan graf corak prestasi bagi sampel set data dalam Microsoft

pasukan keseluruhannya dan pemain Excel. Pelajar menggunakan set data

secara individu. Pelajar menggunakan yang dibentuk oleh pendidik.

data sebenar tentang pasukan itu dan

melakukan analisis yang biasanya

dilakukan oleh kakitangan jurulatih.

Inovasi menghendaki mempraktikkan idea dan penyelesaian pelajar dalam dunia

sebenar. Contohnya, ia ADALAH inovasi jika pelajar mereka bentuk sebuah taman

masyarakat di perkarangan sekolah mereka; hanya mereka bentuk taman itu BUKAN

inovasi.

Dalam kes di mana pelajar tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan idea

mereka sendiri, ia adalah inovasi HANYA jika pelajar menyampaikan idea mereka

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

kepada pihak di luar konteks bilik darjah yang boleh melaksanakannya. Contohnya, ia

ADALAH inovasi jika pelajar menyampaikan idea mereka untuk membina taman

masyarakat di dalam taman awam di bandar mereka kepada kumpulan alam sekitar

tempatan atau pegawai tempatan, tetapi BUKAN jika pelajar mereka bentuk sebuah

taman masyarakat bagi taman awam itu dan hanya berkongsi rancangan mereka

dengan guru dan rakan sedarjah mereka.

Inovasi juga memanfaatkan orang selain daripada pelajar itu; ia mempunyai nilai

melebihi menepati keperluan latihan bilik darjah. Orang bandar yang menjaga taman

baharu di dalam taman awam dan remaja yang menghadiri drama Shakespeare

mendapat manfaat daripada usaha pelajar, sebagi contohnya.

Ia juga dikira sebagai inovasi jika pelajar membuat suatu projek bagi pesta sains atau

menyerahkan sajak asli kepada pertandingan sajak wilayah, contohnya, sebab pesta

dan pertandingan itu tidak dikawal oleh pendidik dan mempunyai audiens sebenar yang

berminat dan mungkin menerima manfaat daripada hasil kerja pelajar.

ADAKAH INI INOVASI?

YA: TIDAK:

Pelajar menulis semula sebuah drama Pelajar menulis semula sebuah drama

Shakespeare bagi audiens remaja dan Shakespeare bagi audiens remaja

mempersembahkannya di pusat tetapi tidak membuat persembahan.

pemuda tempatan. Audiens remaja di

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

pusat pemuda menerima manfaat Tiada siapa di luar bilik darjah menerima

daripada usaha pelajar. manfaat daripada usaha pelajar.

Pelajar menulis surat kepada majlis Pelajar menulis surat yang

bandar tentang idea mereka bagi dialamatkan kepada majlis bandar

menambahkan lintasan pejalan kaki tentang menambahbaikkan

DAN mengepos surat itu kepada ahli keselamatan pejalan kaki TETAPI

majlis. Pelajar tidak dapat membina hanya memberikan surat itu kepada

lintasan pejalan kaki dengan sendiri tetapi pendidik untuk digred. Surat itu tidak

majlis bandar boleh melaksanakan idea sampai kepada suatu audiens selain

mereka. daripada pendidik sebagai pemberi gred.

Pelajar menyiasat 2 atau lebih tapak Pelajar menyiasat 2 atau lebih tapak

web atau permainan atas talian, web atau permainan atas talian, dan

membangunkan suatu penyampaian membangunkan suatu penyampaian

menggunakan Community Clips dan menggunakan Community Clips dan

Windows Live Moviemaker tentang Windows Live Moviemaker tentang

garis panduan keselamatan internet garis panduan keselamatan internet

untuk kesedaran ibu bapa dan pelajar, untuk kesedaran ibu bapa dan pelajar.

DAN menyampaikan produk mereka Produk ini diserahkan untuk diberi

pada malam ibu bapa. Ibu bapa dan gred. Pelajar mempelajari tentang

pelajar yang menghadiri malam ibu bapa keselamatan internet tetapi tidak

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

adalah audiens tulen bagi garis panduan menyampaikan penyelesaian mereka

yang dibangunkan oleh pelajar. kepada orang lain yang memerlukan

maklumat ini.

Pelajar menganalisis statistik tentang Pelajar menganalisis data tentang

prestasi lepas pasukan bola keranjang pasukan bola keranjang dan

dan mencipta model matematik menggunakan Microsoft Excel untuk

menggunakan Microsoft Excel untuk melukiskan graf corak prestasi bagi

membolehkan jurulatih menjelaskan pasukan keseluruhannya dan pemain

penambahbaikan yang disasarkan secara individu. Graf yang dihasilkan

bagi kedua-dua prestasi pasukan dan oleh pelajar disampaikan kepada kelas

individu. Jurulatih boleh menggunakan sebagai latihan akademik.

analisis pelajar untuk membantu pemain

menumpukan latihan mereka pada

kemahiran yang perlu ditambah baik.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Penyelesaian Masalah Dunia Sebenar dan Inovasi: Rubrik

1 • Keperluan utama aktivti pembelajaran BUKAN penyelesaian masalah.

Pelajar menggunakan jawapan atau prosedur yang telah pun dipelajari

bagi sebahagian besar kerja itu.

2 • Keperluan utama aktiviti pembelajaran ADALAH penyelesaian

masalah

• TETAPI masalah itu BUKAN masalah dunia sebenar.

3 • Keperluan utama aktiviti pembelajaran ADALAH penyelesaian

masalah

• DAN masalah itu ADALAH masalah dunia sebenar

• TETAPI pelajar TIDAK berinovasi. Mereka TIDAK dikehendaki

melaksanakan idea mereka dalam dunia sebenar, atau untuk

menyampaikan idea mereka kepada seseorang di luar konteks

akademik yang boleh melaksanakannya.

4 • Keperluan utama aktiviti pembelajaran ADALAH penyelesaian

masalah

• DAN masalah itu ADALAH masalah dunia sebenar

• DAN pelajar SEMEMANGNYA berinovasi. Mereka ADALAH

dikehendaki melaksanakan idea mereka dalam dunia sebenar, atau

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

menyampaikan idea mereka kepada seseorang di luar konteks

akademik yang boleh melaksanakannya.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Penyelesaian Masalah Dunia Sebenar dan Inovasi: Langkah Keputusan

Keperluan utama
adalah penyelesaian 1
masalah?
TIDAK

YA
Adakah pelajar bekerja
dengan masalah dunia 2
sebenar?
TIDAK

YA
Memerlukan inovasi?
3

TIDAK

YA

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Penggunaan ICT bagi Pembelajaran

Adakah pelajar pengguna pasif ICT, pengguna aktif, atau pereka bentuk produk ICT

bagi audiens tulen?

Gambaran Keseluruhan

Kita hidup di dalam dunia terhubung dengan capaian kepada berbagai maklumat dan

pengalaman digital yang tidak pernah berlaku dahulu. Penggunaan teknologi terus

mengubah bagaimana kita hidup dan kerja. Penerimaan kemajuan baharu dalam ICT

secara berterusan telah menjadi begitu penting kepada kedua-dua pembelajaran dan

keupayaan mencari nafkah sepanjang hayat. Dalam ekonomi masa kini yang global dan

berasaskan pengetahuan, individu semakin memerlukan bukan sahaja kemahiran

mengguna maklumat dan idea dengan pintar, tetapi juga mereka bentuk dan mencipta

maklumat dan idea baharu menggunakan ICT.

Walaupun ICT semakin berleluasa dalam bilik darjah dan persekitaran pembelajaran, ia

selalunya digunakan untuk menyampaikan atau menggunakan maklumat dan bukannya

untuk mengubah secara asas pengalaman pembelajaran. Rubrik ITL ini memeriksa

bagaimana pelajar menggunakan ICT—dan sama ada ia digunakan dengan cara yang

lebih berkuasa untuk membina pengetahuan atau untuk mereka bentuk produk

berasaskan pengetahuan.

Dalam rubrik ini, istilah “ICT” merangkumi keluasan penuh alat digital yang tersedia,

iaitu kedua-dua perkakasan (komputer dan alat elektronik berkaitan seperti tablet dan

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

komputer buku, pembaca elektronik, telefon pintar, pembantu digital peribadi,

kamkorder, kalkulator graf, dan papan putih elektronik) dan perisian (termasuk segala

perisian daripada pelayar Internet dan alat pembangunan multimedia kepada perisian

kejuruteraan, media sosial, dan platform penyuntingan kolaboratif).

ICT ialah suatu alat yang berkuasa untuk mempromosi dan menyokong kemahiran

abad ke-21 yang begitu luas, termasuk semua rubrik Reka Bentuk Pembelajaran yang

lain. Contohnya, ICT dapat membantu pelajar bekerjasama dengan cara yang tidak

dapat dilakukan sebelum ini, atau untuk berhubungan melalui perantara penyataan

baharu. Dalam rubrik ini kita tertumpu pada interaksi penggunaan ICT dengan dua

rubrik khususnya: pembinaan pengetahuan dan penyelesaian masalah dunia sebenar

dan inovasi. Bukan ini sahaja cara penting di mana ICT boleh menyokong pengajaran

dan pembelajaran inovatif, tetapi ia terutama sekali menggambarkan penggunaan yang

berkuasa.

Idea Besar

Penggunaan ICT oleh pelajar berlaku apabila pelajar menggunakan ICT secara

langsung untuk menyiapkan semua atau sebahagian daripada aktiviti pembelajaran itu.

Penggunaan ICT oleh pendidik untuk menyampaikan bahan kepada pelajar tidak kira

sebagai penggunaan oleh pelajar: adalah penting bahawa pelajar sendiri mempunyai

kawalan ke atas penggunaan ICT itu. Sesetengah penggunaan ICT oleh pendidik boleh

mempertingkatkan pengajaran mereka dengan bererti: contohnya, pendidik boleh

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

menunjukkan simulasi yang menukarkan kandungan yang susah menjadi lebih mudah

bagi pelajar menggambarkannya. Namun, rubrik ini hanya tertumpu pada bagaimana

aktiviti pembelajaran menghendaki pelajar menggunakan ICT dalam pembelajaran

mereka.

Rubrik ini melihat kepada peluang bagi pelajar untuk menggunakan ICT. Ia dianggap

sebagai penggunaan ICT jika pelajar dikehendaki menggunakan ICT atau boleh

menggunakan ICT untuk menyiapkan sesuatu aktiviti.

ADAKAH INI PENGGUNAAN OLEH PELAJAR?

YA: TIDAK:

Pelajar menyiapkan aktiviti pembelajaran Pelajar menyiapkan aktiviti pembelajaran

matematik menggunakan perisian matematik menggunakan lembaran kerja

lembaran hamparan Excel. yang dicetak daripada komputer oleh

pendidik.

Pelajar mempelajari tentang pereplikaan Pelajar mempelajari tentang pereplikaan

sel menggunakan perisian simulasi untuk sel dengan memerhatikan pendidik

menerokai proses itu. menunjuk cara suatu simulasi perisian

bagi proses itu.

Pelajar menggunakan Microsoft OneNote Pendidik menggunakan Microsoft

untuk menyunting penulisan, menjejak OneNote untuk membuat dan

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

pemindaan mereka sambil mereka mencadangkan pindaan kepada

menulis. penulisan pelajar.

Pembinaan pengetahuan berlaku apabila pelajar menjana idea dan pemahaman yang

baharu kepada mereka, melalui pentafsiran, analisis, sintesis, atau penilaian. Rubrik

ini memeriksa sama ada aktiviti pembelajaran itu menghendaki pelajar menggunakan

ICT dengan cara yang menyokong pembinaan pengetahuan, sama ada secara

langsung atau tidak langsung.

ICT menyokong pembinaan pengetahuan apabila:

• Pelajar menggunakan ICT secara langsung bagi bahagian pembinaan

pengetahuan suatu aktiviti pembelajaran. Contohnya, pelajar menggunakan

komputer untuk menganalisis maklumat saintifik.

• Pelajar menggunakan ICT untuk menyokong pembinaan pengetahuan secara

tidak langsung, dengan menggunakan ICT untuk menyiapkan satu langkah

dalam suatu aktiviti, dan kemudian menggunakan maklumat daripada langkah itu

dalam bahagian pembinaan pengetahuan bagi aktiviti itu. Contohnya, pelajar

mungkin mencari istilah berkaitan dengan peristiwa semasa di Twitter dan

kemudian menganalisis gerak balas orang ramai di luar talian. Maklumat yang

mereka perolehi di Twitter menyokong analisis mereka, oleh itu kita katakan

bahawa penggunaan ICT menyokong pembinaan pengetahuan.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pembinaan pengetahuan yang disokong oleh ICT mestilah berkenaan sasaran

pembelajaran bagi aktiviti itu: mempelajari menggunakan ICT tidak layak. Contohnya,

pelajar mungkin mempelajari tentang PowerPoint sambil mereka membuat suatu

penyampaian bagi kelas sejarah. Tetapi untuk dianggap sebagai pembinaan

pengetahuan menggunakan ICT, adalah penting bahawa penggunaan PowerPoint

membantu mereka mendalamkan lagi pentafsiran, analisis, sintesis, atau penilaian

mereka bagi idea sejarah itu, bukan sahaja mendalamkan lagi pengetahuan mereka

menggunakan alat tersebut.

Penilaian sumber Internet berkaitan dengan sasaran pembelajaran juga dianggap

pembinaan pengetahuan. Sesetengah aktiviti pembelajaran direka bentuk untuk

membantu pelajar menjadi pengguna sumber Internet yang bijak dan beretika dan

bukannya pengguna pasif maklumat itu. Contohnya, pelajar mungkin dikehendaki

mencari beberapa sumber bagi suatu topik dan menilai kebolehpercayaannya sebelum

mereka memilih maklumat untuk dipercayai.

ADAKAH PENGGUNAAN OLEH PELAJAR INI MENYOKONG PEMBINAAN

PENGETAHUAN?

YA: TIDAK:

Pelajar menggunakan perisian lembaran Pelajar menggunakan perisian lembaran

hamparan Excel untuk menganalisis hasil hamparan Excel untuk mencampurkan

suatu uji kaji. nombor.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pelajar menggunakan simulasi Pelajar menonton video mengenai

berasaskan komputer untuk menyiasat bagaimana bintang terbentuk.

bagaimana bintang terbentuk.

Pelajar menggunakan StickySorter untuk Pelajar menggunakan StickySorter untuk

mencipta gambar rajah jalan cerita dan membuat senarai watak di dalam novel

watak yang saling berkait bagi novel yang yang mereka baca dalam kelas sastera.

mereka baca dalam kelas sastera.

Pelajar menggunakan Kinect (Xbox) Pelajar bermain dengan Kinect (Xbox)

Driving Games untuk menyelidik dan Driving Games.

menerbit kesan menulis dan menghantar

mesej teks semasa memandu.

Pelajar menulis esei pada komputer, Pelajar menggunakan Microsoft OneNote

menggunakan Microsoft OneNote untuk untuk menaip esei yang mereka karang.

membantu menyusun dan mensintesis

idea mereka dalam bentuk tulisan.

Pelajar menggunakan AutoCollage untuk Pelajar menggunakan AutoCollage untuk

mencipta imej komposit yang mencipta imej komposit bagi karya seni

mencerminkan gaya dan pengaruh oleh pelukis pilihan mereka.

pelukis pilihan mereka.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pelajar yang belum mempelajari tentang Pelajar yang telah pun mempelajari

segi tiga bereksperimen dengan alat tentang segi tiga menggunakan alat

kalkulator graf Microsoft Mathematics kalkulator graf Microsoft Mathematics

dengan memasukkan darjah sudut dan untuk mencipta segi tiga dengan

membuat hipotesis tentang jumlah memasukkan nombor sudut yang

nombor darjah dalam sesuatu segi tiga. berjumlah 180 darjah.

ICT diperlukan bagi pembinaan pengetahuan apabila ia membolehkan pelajar

melakukan aktiviti pembinaan pembelajaran yang mustahil atau tidak praktikal untuk

dilakukan tanpa penggunaan ICT. Contohnya, pelajar mungkin diminta untuk

berhubung dengan pelajar di negara lain sepanjang masa dua minggu untuk menyelidik

kesan kemarau baru-baru ini kepada masyarakat mereka. Dalam kes ini, emel

membolehkan pelajar membina pengetahuan yang mereka tidak mampu bina tanpa ICT

sebab mengepos surat fizikal adalah tidak praktikal dalam masa yang singkat ini.

Penggunaan emel diperlukan untuk membina pengetahuan ini.

Banyak aktiviti yang menghendaki pembinaan pengetahuan juga boleh dilakukan tanpa

ICT. Contohnya, pelajar mungkin diminta untuk mencari maklumat tentang paruh

pelbagai spesis burung dengan diet berlainan dan membangunkan kategori bagi jenis

paruh yang berlainan. Jika pelajar menggunakan Internet bagi aktiviti ini, mereka

membina pengetahuan, tetapi ICT tidak diperlukan: mereka boleh mencapai sasaran

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

pembelajaran yang sama tanpa menggunakan ICT dengan menggunakan buku

tercetak dalam sebuah perpustakaan.

ADAKAH ICT DIPERLUKAN BAGI PEMBINAAN PENGETAHUAN INI?

YA: TIDAK:

Pelajar menggunakan Internet untuk Pelajar membaca surat khabar

mencari artikel surat khabar tentang tempatan dalam talian untuk

peristiwa semasa dari tiga negara menyelidik suatu peristiwa semasa

berlainan, dan menganalisis dan menganalisis tiga cerita yang

persamaan dan perbezaan perspektif mereka perolehi. Surat khabar tempatan

di situ. Di sekolah ini, surat khabar mungkin tersedia kepada pelajar dalam

semasa dari negara lain tidak tersedia salinan cetak.

dalam salinan cetak.

Pelajar menggunakan simulasi Pelajar menggunakan lembaran

berasaskan komputer untuk menyiasat hamparan untuk mengira jumlah yang

bagaimana bintang terbentuk. Simulasi mereka perlukan untuk menganalisis

ini membantu mendalamkan lagi data mereka. Pengiraan ini juga boleh

pengetahuan pelajar tentang peristiwa dilakukan dengan tangan.

yang tidak dapat diperhatikan secara

langsung.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pelajar adalah pereka bentuk produk ICT apabila mereka mencipta produk ICT yang

boleh digunakan oleh orang lain. Contohnya, jika pelajar merakamkan suatu fail

media digital dan menyediakannya dengan memuatnaikkannya di Internet, mereka

mencipta suatu produk ICT yang orang lain boleh guna. Produk ini wujud melewati

aktiviti pembelajaran itu dan boleh digunakan atau dinikmati oleh audiens luar.

Apabila pelajar berperanan sebagai pereka bentuk, ICT menyokong penyelesaian

masalah dunia sebenar dan inovasi mereka. Pelajar mestilah mempunyai audiens tulen

di fikiran, seperti suatu masyarakat yang memerlukan maklumat yang akan disediakan

oleh fail media digital mereka, atau penuntut lebih muda yang akan mempelajari

tentang pencegahan penyakit daripada simulasi yang dibina oleh pelajar. Sebaik-

baiknya, tetapi tidak semestinya, produk itu mungkin digunakan oleh audiens yang

dirancang. Pelajar yang mencipta produk tanpa audiens tertentu di fikiran tidak layak

sebagai pereka bentuk di bawah takrif ini.

ADAKAH PELAJAR PEREKA BENTUK PRODUK ICT?

YA: TIDAK:

Dalam kelas pengaturcaraan Dalam kelas pengaturcaraan

komputer, pelajar menggunakan komputer, pelajar menggunakan

TouchDevelop untuk mereka bentuk TouchDevelop untuk mengatur cara

dan mengatur cara app telefon pintar app telefon pintar mudah alih yang

mudah alih yang boleh membantu membuat telefon bergetar setiap kali

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

warga emas dalam kehidupan harian pengguna mengambil gambar foto.

mereka. Pelajar membina pengetahuan Pelajar membina pengetahuan tentang

pengaturcaraan komputer DAN mestilah pengaturcaraan komputer, tetapi mereka

mempertimbangkan keperluan warga tidak mempertimbangkan sebarang

emas agar mencipta satu app yang pengguna akhir.

berguna kepada golongan penduduk itu.

Pelajar menggunakan SongSmith Pelajar menggunakan SongSmith

untuk mencipta lagu bagi mendidik untuk mencipta lagu tentang dinosaur

pelawat kepada muzium sejarah yang mereka akan memuatnaikkan ke

semula jadi kanak-kanak tentang Internet untuk capaian umum. Pelajar

dinosaur. Pelajar mestilah tidak perlu mempertimbangkan sebarang

mempertimbangkan minat dan tahap pengguna akhir tertentu.

kebolehan pelawat muzium bagi

mencipta sebuah lagu dengan

kandungan dan muzik yang bersesuaian.

Pelajar menghasilkan video bagi temu Pelajar menghasilkan video bagi temu

bual mereka sendiri dengan ahli bual mereka sendiri dengan ahli

masyarakat tempatan yang akan masyarakat tempatan untuk

disiarkan di rancangan saluran diserahkan kepada pendidik bagi

televisyen tempatan tentang tugasan hujung tahun. Pelajar tidak

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

“masyarakat kita”. Pelajar mestilah perlu mereka bentuk bagi sebarang

mempertimbangkan audiens televisyen audiens tertentu.

itu dan patuh kepada parameter

pengaturcaraan televisyen (contohnya,

had masa).

Pelajar menggunakan Internet untuk Pelajar menggunakan Internet untuk

menyelidik dan berhubung dengan menyelidik tentang pengeluar

pengeluar makanan tempatan dan makanan tempatan dan menulis

kemudian membangunkan satu app laporan tentang dapatan mereka untuk

bagi membantu keluarga dalam diserahkan kepada pendidik. Pelajar

masyarakat mereka membuat lebih tidak mencipta produk ICT atau perlu

banyak pilihan tempatan apabila mempertimbangkan keperluan sebarang

membeli makanan mereka. Pelajar audiens tertentu.

mestilah mereka cipta app supaya mudah

dicapai dan berguna kepada keluarga

tempatan

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Penggunaan ICT bagi Pembelajaran: Rubrik

1 • Pelajar tidak mempunyai peluang menggunakan ICT bagi aktiviti

pembelajaran ini.

2 • Pelajar menggunakan ICT untuk mempelajari atau melatih

kemahiran asas atau menghasilkan semula maklumat. Mereka

tidak membina pengetahuan.

3 • Pelajar menggunakan ICT untuk menyokong pembinaan

pengetahuan

• TETAPI mereka boleh membina pengetahuan yang sama tanpa

menggunakan ICT.

4 • Pelajar menggunakan ICT untuk menyokong pembinaan

pengetahuan

• DAN ICT diperlukan untuk membina pengetahuan ini

• TETAPI pelajar TIDAK mencipta produk ICT untuk pengguna tulen.

5 • Pelajar menggunakan ICT untuk menyokong pembinaan

pengetahuan

• DAN ICT diperlukan untuk membina pengetahuan ini

• DAN pelajar sememangnya mencipta produk ICT untuk pengguna

tulen.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Penggunaan ICT bagi Pembelajaran: Langkah Keputusan

Pelajar mempunyai
peluang 1
menggunakan ICT?
TIDAK

YA
ICT menyokong
pembinaan 2
pengetahuan pelajar?
TIDAK

YA
ICT diperlukan bagi
3
membina pengetahuan
ini?
TIDAK

YA

Pelajar adalah pereka


4
bentuk produk ICT?
TIDAK

YA
5

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pengaturan Kendiri

Adakah aktiviti pembelajaran bersifat jangka panjang? Adakah pelajar merancang dan

menilai kerja mereka sendiri, dan meminda kerja mereka berdasarkan maklum balas?

Gambaran Keseluruhan

Dunia kompleks masa kini menuntut pemikir dan pelajar bersifat pengaturan kendiri

yang mampu mengambil tanggung jawab bagi kehidupan mereka, kerja mereka, dan

pembelajaran berterusan mereka. Ini menghendaki individu memantau kerja mereka

sendiri dan menggabungkan maklum balas untuk membangunkan dan

menambahbaikkan produk kerja mereka.

Dalam kebanyakan bilik darjah tradisional, pendidik menstrukturkan kerja pelajar untuk

mereka, mengarah mereka tentang apa yang perlu dilakukan dan memantau

pematuhan. Untuk mencipta peluang bagi pelajar untuk belajar secara berkesan dan

memantau kemajuan mereka sendiri, pendidik boleh sebaliknya bekerja bersama

mereka, membimbing dan memberi kuasa kepada mereka dengan cara yang

membantu mereka mengambil tanggung jawab yang semakin tinggi bagi pembelajaran

mereka sendiri, iaitu sebagai individu dan dalam kumpulan. Dengan itu, ini menyokong

kebolehan pelajar untuk berfungsi dalam alam pekerjaan abad ke-21, di mana pekerja

dikehendaki bekerja dengan penyeliaan minimum, merancang kerja mereka sendiri,

mereka bentuk produk kerja mereka sendiri dan menggabungkan maklum balas untuk

menambah baik mutu produk itu.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Aktiviti pembelajaran yang memberikan pelajar peluang untuk memperolehi kemahiran

pengaturan kendiri perlu mengambil masa secukupnya agar pelajar mendapat peluang

merancang kerja mereka semakin lama masa berlalu, dan menawarkan keterlihatan

kepada sasaran pembelajaran dan kriteria kejayaan yang jelas yang boleh digunakan

oleh pelajar untuk merancang dan memantau kerja mereka sendiri. Pendidik boleh

memupuk kemahiran pengaturan kendiri dengan memberikan pelajar yang bekerja

berkumpulan tanggung jawab bagi menentukan tugas setiap ahli dan penjadualan kerja.

Dalam aktiviti pembelajaran yang paling berjaya, pelajar menerima maklum balas yang

menyokong kemajuan pelajar ke arah sasaran pembelajaran yang jelas, dan mereka

mempunyai peluang untuk bertindak berdasarkan maklum balas itu untuk menambah

baik kerja mereka sebelum ia dianggap muktamad.

Pengaturan kendiri melibatkan kemahiran meluas yang semakin canggih apabila ia

dibangunkan semakin lama masa berlalu. Pada awal semester, pelajar yang baharu

kepada pengaturan kendiri mungkin memerlukan lebih bimbingan yang jelas; semakin

lama masa berlalu, ia boleh menjadi sasaran bagi pendidik untuk memberikan pelajar

lebih banyak tanggung jawab secara beransur bagi pembelajaran mereka sendiri.

Idea Besar

Suatu aktiviti pembelajaran dianggap bersifat jangka panjang jika pelajar

melakukannya bagi satu tempoh yang substantif. Jika aktiviti pembelajaran disiapkan

dalam satu waktu kelas, tidak ada masa bagi pelajar untuk merancang proses kerja

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

mereka atau untuk menambah baik kerja mereka sepanjang berbilang draf. Tempoh

masa adalah prasyarat asas bagi peluang pelajar mengamalkann pengaturan kendiri.

ADAKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN INI BERSIFAT JANGKA PANJANG?

YA: TIDAK:

Pelajar menyimpan jurnal tentang Pelajar mencatatkan apa yang mereka

pemakanan mereka sepanjang satu makan dalam dua hari berlainan.

minggu.

Sasaran pembelajaran mentakrifkan apa yang akan dipelajari dalam aktiviti ini dan

bagaimana sasaran ini padan dengan pembelajaran pada masa lalu dan akan datang.

Kriteria kejayaan adalah faktor yang akan dipertimbangkan untuk menentukan sama

ada sasaran pembelajaran telah tercapai: bukti bagi kemajuan pelajar dan kejayaan

dalam aktiviti pembelajaran ini.

Apabila pelajar mendapat sasaran pembelajaran dan kriteria kejayaan berkaitan

secara terdahulu sebelum menyiapkan kerja mereka, ada potensi bagi mereka untuk

memeriksa kemajuan dan mutu kerja mereka sendiri semasa mereka melakukannya.

Pendidik mungkin memberikan sasaran pembelajaran dan kriteria kejayaan berkaitan

kepada pelajar, atau kelas mungkin berunding sasaran pembelajaran dan kriteria

kejayaan secara bersama-sama untuk memupuk perasaan pemilikan oleh pelajar yang

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

lebih tinggi. Pemahaman faktor ini pada awal aktiviti pembelajaran adalah satu lagi

prasyarat penting bagi peluang pelajar mengamalkan pengaturan kendiri.

Apabila pelajar merancang kerja mereka sendiri, mereka membuat keputusan

tentang jadual dan langkah yang mereka akan ikuti untuk menyiapkan tugas itu.

Merancang kerja mereka sendiri mungkin melibatkan:

• Menentukan bagaimana: Pelajar memecahkan satu tugas kompleks kepada

tugas kecil yang lebih mudah, atau memilih alat yang mereka akan guna.

• Menentukan bila: Pelajar membuat jadual bagi kerja mereka dan menetapkan

tarikh akhir interim.

• Menentukan siapa: Satu kumpulan pelajar menentukan bagaimana kerja

dibahagikan sesama sendiri.

• Menentukan mana: Pelajar menentukan bahagian kerja yang akan dilakukan di

dalam atau di luar bangunan sekolah atau hari sekolah.

Jika suatu tugas itu bersifat jangka panjang tetapi pelajar diberikan arahan dan garis

masa terperinci, mereka TIDAK mendapat peluang merancang kerja mereka sendiri.

Proses pelajar membuat keputusan tentang aspek kecil tugas itu TIDAK layak sebagai

merancang kerja mereka sendiri.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

ADAKAH PELAJAR INI MERANCANG KERJA

MEREKA SENDIRI?

Aktivit Pembelajaran: YA: TIDAK:

Sepanjang dua minggu, Pelajar menentukan siapa Pendidik menentukan

pelajar bekerja akan menyelidik aspek apa peranan tertentu kepada

berkumpulan untuk bagi topik itu dan siapa setiap pelajar.

menyelidik dan berdebat yang akan berhujah pada

tentang perubahan cuaca titik masa berlainan dalam

dengan rakan sedarjah perdebatan itu.

mereka.

Pelajar menentukan tarikh Pelajar mengikut langkah

akhir mereka sendiri bagi dan garis masa yang

menyiapkan penyelidikan diberikan oleh pendidik.

mereka, menulis ucapan

mereka, dan melatihnya.

Pelajar mempunyai peluang untuk meminda kerja mereka berdasarkan maklum

balas apabila maklum balas diberikan dan digunakan secara terang-terangan untuk

menambah baik kerja itu sebelum ia diserahkan atau dimuktamadkan.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Maklum balas boleh diberikan oleh pendidik atau rakan sebaya. Pelajar mungkin juga

mempunyai peluang untuk meminda kerja mereka berdasarkan proses cermin diri

secara terancang mereka sendiri.

Maklum balas boleh menjadi satu daripada pengaruh paling bererti ke atas

menambahbaikkan pembelajaran. Maklum balas yang berkesan membantu pelajar

merapatkan jurang di antara prestasi semasa dan sasaran prestasi. Ia adalah lebih

daripada sekadar pujian; ulasan seperti “kerja baik” atau “kerja hebat” tidak banyak

membantu pelajar memahami apa yang membentuk kerja yang hebat. Maklum balas

yang berkesan:

• Memberitahu pelajar secara spesifik apa yang dia lakukan dengan baik dan

menawarkan bimbingan tertentu untuk membantu memajukan pembelajaran

mereka

• Adalah berkait secara langsung kepada sasaran pembelajaran dan kriteria

kejayaan

• Membantu pelajar menjadi lebih sedar tentang kemajuan sepanjang laluan

pembelajaran

• Membawa kepada renungan dan perancangan langkah berikutnya.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

ADAKAH PELAJAR INI MEMPUNYAI PELUANG

MEMINDA KERJA BERDASARKAN MAKLUM

BALAS?

Aktiviti Pembelajaran: YA: TIDAK:

Pelajar mempelajari Selepas membangunkan Pelajar memuat naik versi

tentang pemuliharaan versi beta permainan pertama permainan

alam sekitar dan mencipta mereka, pelajar bertukar mereka untuk rakan

permainan dalam Kodu di permainan dengan rakan sedarjah bermain, tanpa

mana pemain membuat pasangan dan peluang menerima atau

keputusan untuk memberikan maklum balas melaksanakan maklum

memulihara alam sekitar. di antara satu sama lain balas.

untuk menambah baik

permainan mereka

sebelum menyerahkannya.

Pelajar menghasilkan Pelajar melakukan Pelajar membuat

penyampaian PowerPoint penyampaian latihan, penyampaian muktamad

tentang satu topik sejarah menerima maklum balas tanpa mendapat peluang

dunia. daripada pendidik dan bagi latihan, maklum

rakan sebaya, dan balas, atau pemindaan.

meminda penyampaian

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

mereka berdasarkan

maklum balas itu sebelum

membuat penyampaian

muktamad.

Pelajar menulis esei yang Pelajar menggunakan Pelajar menggunakan

meyakinkan yang akan rubrik ini untuk merenung rubrik ini hanya selepas

dinilai mengikut rubrik tentang draf esei mereka mendapat balik esei

yang dikongsi oleh sendiri dan membuat mereka yang telah digred,

pendidik dengan pelajar pindaan. untuk melihat mengapa

pada permulaan aktiviti pendidik telah memberikan

pembelajaran. mereka gred tertentu.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pengaturan Kendiri: Rubrik Pengekodan

1 • Prasyarat bagi pengaturan kendiri TIDAK tersedia.

• Aktiviti pembelajaran TIDAK bersifat jangka panjang

• ATAU pelajar TIDAK mendapat kedua-dua sasaran pembelajaran

dan kriteria kejayaan berkaitan secara terdahulu sebelum

menyiapkan kerja mereka.

2 • Aktiviti pembelajaran ADALAH bersifat jangka panjang

• DAN pelajar SEMEMANGNYA mendapat sasaran pembelajaran

dan kriteria kejayaan berkaitan secara terdahulu sebelum

menyiapkan kerja mereka

• TETAPI pelajar TIDAK mempunyai peluang merancang kerja

mereka sendiri.

3 • Aktiviti pembelajaran ADALAH bersifat jangka panjang

• DAN pelajar SEMEMANGNYA mendapat sasaran pembelajaran

dan kriteria kejayaan berkaitan secara terdahulu sebelum

menyiapkan kerja mereka

• DAN pelajar SEMEMANGNYA mempunyai peluang merancang

kerja mereka sendiri

• TETAPI pelajar TIDAK mempunyai peluang meminda kerja mereka

berdasarkan maklum balas.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

4 • Aktiviti pembelajaran ADALAH bersifat jangka panjang

• DAN pelajar SEMEMANGNYA mendapat sasaran pembelajaran

dan kriteria kejayaan berkaitan secara terdahulu sebelum

menyiapkan kerja mereka

• DAN pelajar SEMEMANGNYA mempunyai peluang merancang

kerja mereka sendiri

• DAN pelajar SEMEMANGNYA mempunyai peluang meminda kerja

mereka berdasarkan maklum balas.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pengaturan Kendiri: Langkah Keputusan

Aktiviti bersifat jangka


panjang DAN pelajar
1
mendapat sasaran
pembelajaran dan
kriteria kejayaan TIDAK
secara terdahulu?
YA
Pelajar merancang
kerja mereka sendiri? 2

TIDAK

YA
Pelajar mempunyai
3
peluang meminda
kerja berdasarkan
maklum balas? TIDAK

YA

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Komunikasi Berkemahiran

Adakah pelajar dikehendaki menyampaikan idea mereka sendiri berkenaan suatu

konsep atau isu? Mestikah komunikasi mereka disokong oleh bukti dan direka bentuk

dengan audiens tertentu di fikiran?

Gambaran Keseluruhan

Komunikasi adalah di pusat semua interaksi manusia. Pada abad ke-21, teknologi

membangun telah menghasilkan peluang baharu bagi komunikasi yang ditutur, ditulis,

bersifat visual atau multimod; dalam bentuk cetak atau digital; dan dengan jangkauan

yang lebih luas dan kurang halangan berbanding masa sebelum ini. Dalam komunikasi

masa kini proses aktif bagi komunikasi selalunya dilihat sebagai penting seperti juga

produk akhir. Namun, penangkapan dan penerbitan digital bagi komunikasi walau

berbentuk tidak formal bermakna produk itu terus wujud dengan lebih lama dan

disebarkan dengan lebih meluas berbanding sebelum ini. Akibatnya, keperluan bagi

komunikasi berkesan bukan lagi terbatas kepada kelas bahasa dan kerjaya

kewartawanan. Adalah penting bagi pelajar dalam semua bidang kajian akademik, dan

dalam peranan masa hadapan yang merangkumi pekerja pejabat kepada peguam

kepada ahli sains, agar berupaya berkomunikasi dengan jelas dan meyakinkan dengan

pelbagai audiens dan subjek.

Rubrik ini memeriksa sama ada pelajar diminta untuk menghasilkan komunikasi

lanjutan atau multimod, dan sama ada komunikasi itu mesti disahkan, dengan

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

penerangan logik atau contoh atau bukti yang menyokong suatu tesis utama. Pada

tahap lebih tinggi rubrik ini, pelajar mestilah membentuk komunikasi mereka bagi suatu

audiens tertentu.

Komunikasi abad ke-21 boleh mengambil berbagai bentuk berlainan. Contohnya,

sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti pembelajaran pelajar boleh berbincang

dengan rakan sebaya melalui Skype. Dalam rubrik ini, kita tidak tertumpu pada

perbincangan bilik darjah yang tidak formal, sama ada bersemuka atau elektronik.

Sebaliknya, kita tertumpu pada aktiviti yang menghendaki pelajar menjelaskan idea

mereka dalam bentuk kekal: suatu penyampaian, suatu fail media digital, suatu

dokumen bertulis, suatu emel, dll. Suatu persembahan (contohnya, suatu skit atau

perdebatan lisan) boleh dipertimbangkan bagi rubrik ini. Kita mengakui bahawa media

pertuturan yang kurang formal juga adalah aspek sangat penting bagi komunikasi.

Tetapi penggunaan Skype yang berkesan akan memberikan hasil yang berkaitan

dengan sasaran pembelajaran aktiviti itu: adakah pelajar menghasilkan ringkasan

tentang apa yang mereka pelajari melalui Skype, atau memasukkan pembelajaran itu

ke dalam produk akhir yang mereka cipta? Rubrik ini menilai keperluan komunikasi

berkemahiran bagi produk atau hasil daripada kerja pelajar.

Idea Besar

Komunikasi lanjutan dikehendaki apabila pelajar mesti menghasilkan komunikasi yang

menggambarkan set idea yang berkaitan, bukannya satu buah fikiran mudah. Dalam

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

kerja bertulis, komunikasi lanjutan adalah bersamaan satu atau lebih perenggan

lengkap dan bukannya satu ayat atau frasa. Dalam media elektronik atau visual,

komunikasi lanjutan mungkin mengambil bentuk satu babak video, fail media digital,

atau halaman bagi suatu penyampaian yang mengaitkan atau menunjuk cara beberapa

idea.

Satu mesej teks atau tweet BUKAN komunikasi lanjutan. Jika pelajar terlibat dalam

komunikasi elektronik, ia HANYA dianggap sebagai komunikasi lanjutan jika ia

membuahkan hasil yang menghendaki pelajar mengaitkan idea yang mereka

bincangkan (contohnya, menghasilkan dokumentasi tentang apa yang mereka pelajari

atau langkah berikutnya untuk menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit). Tempoh

masa suatu chat elektronik tidak dipertimbangkan dalam menilai komunikasi lanjutan.

ADAKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN INI MENGHENDAKI KOMUNIKASI

LANJUTAN?

YA: TIDAK:

Pelajar menjadi hos kepada webinar di Pelajar menyertai webinar di mana

mana mereka menyampaikan topik mereka mendengar penyampaian oleh

berlainan tentang bandar mereka kepada rakan sebaya dari bandar kembar mereka

rakan sebaya di bandar kembar mereka dan kemudian bertanya soalan susulan.

dan kemudian menjawab soalan susulan.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Pelajar menulis bukti lanjutan untuk Pelajar menyelesaikan masalah geometri,

menunjuk cara penyelesaian bagi suatu tetapi tidak menulis sebarang bukti.

masalah geometri.

Pelajar menulis surat kepada pengarang Pelajar memuat naik ulasan satu ayat

sebagai gerak balas kepada suatu artikel sebagai gerak balas kepada artikel berita

berita baru-baru ini pilihan mereka. baru-baru ini pilihan mereka.

Pelajar berbual melalui Skype dengan Pelajar berbual melalui Skype dengan

rakan sebaya dari sekolah lain untuk rakan sebaya dari sekolah lain untuk

membuat rancangan bagi persembahan berbincang tentang novel yang mereka

yang mereka akan kendalikan bersama baca.

tentang novel yang mereka baca.

Komunikasi adalah bersifat multimod apabila ia termasuk lebih darpada satu jenis mod

atau alat komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan suatu mesej yang koheren.

Contohnya, pelajar mungkin membuat suatu penyampaian yang mengintegrasikan

video dan teks, atau membenamkan gambar foto ke dalam pos blog. Komunikasi itu

dianggap multimod hanya jika unsurnya berintegrasi untuk menghasilkan suatu mesej

yang lebih mantap berbanding dengan mana-mana unsur dengan sendirinya.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Jika aktiviti pembelajaran itu menawarkan pelajar peluang menggunakan alat yang

mereka akan guna untuk berkomunikasi, kita menganggapnya sebagai peluang

komunikasi multimod.

ADAKAH INI KOMUNIKASI MULTIMOD?

YA: TIDAK:

Pelajar menghasilkan iklan cetak, Pelajar menghasilkan iklan radio bagi

radio atau televisyen bagi rekaan rekaan baharu mereka. Aktiviti

baharu mereka. Aktiviti pembelajaran ini pembelajaran ini tidak menawarkan

membolehkan pelajar memilih jenis pelajar sebarang pilihan bagi jenis media,

media yang digunakan. dan juga tidak menandakan penggunaan

berbilang media.

Pelajar menulis laporan makmal Pelajar menulis laporan makmal

tentang makmal sains mereka bagi tentang makmal sains mereka bagi

ketumpatan jirim, termasuk teks ketumpatan jirim, termasuk hanya teks

naratif dan bukti visual bagi apa yang naratif. Aktiviti pembelajaran ini hanya

pelajar perhatikan dalam uji kaji menghendaki satu mod media.

mereka (seperti lukisan atau

tangkapan skrin bagi paparan data

masa nyata). Aktiviti pembelajaran ini

menghendaki berbilang mod media

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

berintegrasi bagi menghasilkan perihalan

yang lebih lengkap tentang uji kaji itu.

Pelajar menghasilkan pos blog tentang Pelajar menerbitkan fail media digital

taufan bagi kelas kewartawanan tentang taufan bagi kelas

mereka, termasuk perihalan bertulis kewartawanan mereka, termasuk skrip

tentang keadaannya dan media audio bertulis dan fail media digital audio

dan visual tambahan. Aktiviti muktamad. Ceritanya adalah sama

pembelajaran ini menghendaki berbilang walau ditulis (dalam skrip) atau secara

mod media untuk menjadikan perihalan lisan (dalam fail media digital), berbilang

pelajar lebih mendalam. media tidak digunakan untuk

mempertingkatkan kandungan

komunikasi itu.

Komunikasi menghendaki bukti sokongan apabila pelajar perlu menerangkan idea

mereka atau menyokong tesis mereka dengan fakta atau contoh.

Bagi rubrik ini, suatu “tesis” ialah suatu dakwaan, hipotesis, atau kesimpulan. Pelajar

mestilah mempunyai suatu tesis apabila mereka diminta menyatakan sudut pandangan,

membuat ramalan, atau membuat kesimpulan daripada suatu set fakta atau rantaian

logik. Komunikasi ini menghendaki bukti jika pelajar perlu memerihalkan taakulan

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

mereka atau menyediakan fakta atau contoh sokongan. Bukti itu sepatutnya mencukupi

untuk menyokong dakwaan yang dibuat oleh pelajar.

ADAKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN INI MENGHENDAKI BUKTI SOKONGAN?

YA: TIDAK:

Pelajar mesti menulis sebuah esei Pelajar mesti menulis sebuah esei

tentang mengapa pemanasan bumi tentang pemanasan bumi. Pelajar boleh

adalah satu masalah. Aktiviti menyiapkan aktiviti ini dengan satu set

pembelajaran ini meminta pelajar fakta; mereka tidak perlu menyatakan

menyatakan dan mempertahankan dan menyokong suatu dakwaan,

dakwaan tentang pemanasan bumi. hipotesis atau kesimpulan.

Pelajar mesti memerihalkan penerbitan Pelajar mesti menerbitkan suatu

suatu persamaan matematik. Aktiviti persamaan matematik. Pelajar boleh

pembelajaran ini meminta pelajar mengira persamaan itu tanpa

menerangkan logik yang membawa menerangkan logik mereka.

mereka kepada kesimpulan bagi

persamaan itu.

Pelajar mesti menulis pos blog tentang Pelajar mesti menulis pos blog

tema utama daripada Alice in menyenaraikan tema utama daripada

Wonderland, dengan contoh daripada Alice in Wonderland. Pelajar tidak

cerita ini untuk menunjuk cara hujah

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

mereka. Pelajar dikehendaki menyokong dikehendaki menjustifikasi tema mereka

tema yang dicadangkan dengan contoh dengan bukti daripada cerita ini.

berkaitan.

Pelajar mesti menulis catatan jurnal Pelajar mesti menulis catatan jurnal

daripada perspektif seorang hamba daripada perspektif seorang hamba

abdi. Mereka mesti menyatakan abdi. Mereka mesti memerihalkan satu

perspektif atau sudut pandangan hari yang mereka lalui dengan

tentang kehidupan khayalan mereka, ketepatan sejarah. Aktiviti pembelajaran

dan memerihalkan satu hari yang ini tidak menghendaki pelajar

mereka lalui dengan ketepatan sejarah menyatakan atau menyokong suatu

untuk menyokong perspektif itu. perspektif.

Aktiviti pembelajaran ini menghendaki

pelajar menggunakan perincian sejarah

sebagai bukti untuk menyokong

perspektif mereka.

Pelajar menggunakan Microsoft Pelajar menggunakan Microsoft

Community Clips untuk merakamkan Community Clips untuk merakamkan

video bagaimana mereka video bagaimana mereka

menyelesaikan suatu masalah menyelesaikan suatu masalah

matematik, termasuk kedua-dua matematik, dengan menyatakan

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

langkah yang mereka ambil dan langkah yang mereka ambil. Aktiviti

taakulan mereka. Aktiviti pembelajaran pembelajaran ini hanya menghendaki

ini menghendaki pelajar menerangkan pelajar menceritakan tentang proses

kedua-dua proses dan pemikiran mereka. mereka.

Pelajar dikehendaki mereka bentuk komunikasi mereka bagi audiens tertentu

apabila mereka perlu memastikan bahawa komunikasi mereka adalah sesuai kepada

pembaca, pendengar, penonton tertentu, atau sesiapa lain yang mereka berkomunikasi.

Adalah tidak mencukupi bagi pelajar berkomunikasi kepada audiens umum di internet.

Mereka mestilah mempunyai suatu kumpulan tertentu yang mempunyai keperluan

tertentu di fikiran mereka agar membentuk komunikasi mereka dengan sesuai.

Apabila mereka berkomunikasi dengan audiens tertentu, pelajar mestilah memilih alat,

kandungan, atau gaya yang mereka guna untuk mencapai audiens itu. Mereka mungkin

perlu mempertimbangkan jenis alat di mana audiens mempunyai capaian atau biasa

guna; maklumat relevan yang mereka perlu sampaikan agar audiens memahami tesis

mereka; atau tahap keformalan bahasa yang mereka pilih agar bersesuaian dengan

audiens.

Untuk layak bagi idea ini aktiviti pembelajaran ini mungkin menentukan suatu audiens

tertentu, atau pelajar mungkin dibenarkan memilih audiens mereka sendiri. Adalah

sebaik-baiknya, tetapi bukannya tersangat penting, jika komunikasi itu dapat dilihat oleh

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

audiens itu. Keperluannya ialah pelajar mestilah membangunkan komunikasi mereka

dengan mempertimbangkan audiens itu. Contohnya, pelajar mungkin membangunkan

suatu jenis penyampaian untuk mengajar penuntut lebih muda tentang bagaimana

membahagikan pecahan. Mereka perlu menentukan medium yang akan digunakan

untuk mencapai pada pelajar tersebut (contohnya, suatu fail media digital), dan jenis

bahasa dan kandungan yang penuntut akan faham dan berhubungan dengannya. Ini

memuaskan keperluan itu walaupun fail media digital itu tidak digunakan langsung oleh

penuntut lebih muda itu.

Ramai guru mendapati bahawa adalah berguna untuk menentukan suatu audiens yang

berlainan umur atau latar belakang dengan pelajar itu sendiri untuk menekankan

keperluan berfikir tentang audiens bagi sesuatu komunikasi dan apa yang mereka akan

faham atau tidak faham dan anggap menarik.

ADAKAH PELAJAR DIKEHENDAKI MEREKA BENTUK KOMUNIKASI MEREKA

BAGI SUATU AUDIENS TERTENTU?

YA: TIDAK:

Pelajar mesti membuat sebuah video Pelajar mesti membuat sebuah video

tentang sekolah mereka, tentang sekolah mereka,

menggunakan imejan dan bukti yang menggunakan imejan dan bukti yang

sesuai, untuk meraikan pelajar baharu sesuai. Tiada audiens atau tujuan

bagi tahun persekolahan yang akan tertentu bagi video ini.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

datang. Pelajar mesti mereka bentuk

video bagi membantu pelajar baharu

berasa dialu-alukan dan bersemangat

menghadiri sekolah.

Pelajar mesti menulis surat kepada Pelajar mesti menulis esei tentang

sebuah syarikat, mencadangkan idea mereka bagi menambah baik

penambahbaikan kepada suatu suatu produk tertentu. Pelajar tidak

produk. Pelajar mestilah perlu mempertimbangkan mana-mana

mempertimbangkan hujah dan perspektif audiens tertentu.

yang paling menambat perhatian kepada

syarikat itu.

Pelajar mesti mereka bentuk pameran Pelajar mesti mengendalikan suatu

“batu dan galian” bagi perpustakaan projek sains “batu dan galian.” Aktiviti

bandar. Aktivti pembelajaran ini pembelajaran menghendaki pelajar

menghendaki pelajar menyampaikan menyampaikan suatu dapatan utama,

mesej melalui pameran ini, yang mesti termasuk sampel batu & galian, teks

memasukkan sampel batu & galian, naratif dan/atau maklumat audio.

media berlainan yang menyampaikan Pelajar akan menyerahkan projek ini

maklumat untuk menarik minat kepada guru dan tidak perlu

pelawat, dan risalah bawa balik bagi

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

pelawat pameran. Pelajar mesti mereka mempertimbangkan mana-mana audiens

bentuk komunikasi mereka agar sesuai tertentu.

bagi audiens muzium.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Komunikasi Berkemahiran: Rubrik

1 • Pelajar TIDAK dikehendaki menghasilkan komunikasi lanjutan

atau multimod.

2 • Pelajar ADALAH dikehendaki menghasilkan komunikasi

lanjutan atau komunikasi multimod

• TETAPI mereka TIDAK dikehendaki menyediakan bukti

sokongan ATAU mereka bentuk kerja mereka bagi audiens

tertentu.

3 • Pelajar ADALAH dikehendaki menghasilkan komunikasi

lanjutan atau komunikasi multimod

• DAN mereka ADALAH dikehendaki menyediakan bukti

sokongan: mereka mestilah menerangkan idea mereka atau

menyokong suatu tesis dengan fakta atau contoh

ATAU

• Mereka ADALAH dikehendaki mereka bentuk komunikasi

mereka bagi audiens tertentu

TETAPI bukan kedua-duanya.

4 • Pelajar ADALAH dikehendaki menghasilkan komunikasi

lanjutan atau komunikasi multimod

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

• DAN mereka ADALAH dikehendaki menyediakan bukti

sokongan

• DAN mereka ADALAH dikehendaki mereka bentuk

komunikasi mereka bagi audiens tertentu.

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Rubrik Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21

Komunikasi Berkemahiran: Langkah Keputusan

TIDAK
Menghendaki
komunikasi 1
lanjutan atau
multimodal?

YA

TIDAK TIDAK
Pelajar
Pelajar
dikehendaki 2
berkomunikasi
menyediakan
kepada audiens
bukti
tertentu?
sokongan?

YA YA

TIDAK
Pelajar
berkomunikasi 3
kepada audiens
tertentu?

YA

Attribute to Microsoft Corporation


This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Anda mungkin juga menyukai