Anda di halaman 1dari 23

SGDC 6044

CURRICULUM STUDIES

CASE STUDY

INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE)

(PENDIDIKAN SAINS BERASASKAN AMALAN INKUIRI)

PENSYARAH:

PROF. DR. NURAHIMAH MOHD YUSOFF

NAMA PELAJAR:

CHUA YOKE FON (S822487)


SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

1.0 PENGENALAN

1.1 Kepentingan Pendidikan Sains

Sains ada di mana-mana di dunia pada hari ini. Sains telah menjadi sebahagian daripada

kehidupan seharian kita. Kemajuan dalam sains dan teknologi mengubah dunia kita pada

tahap yang luar biasa, dan masa depan anak-anak kita pasti akan dipenuhi dengan teknologi

yang cuma boleh kita bayangkan sahaja. Kini, menjadi "celik sains" tidak lagi merupakan

satu kelebihan tetapi ia merupakan keperluan mutlak dalam kehidupan kita. Kita tidak

dapat melarikan diri dari kepentingan sains dan teknologi di dunia ini.

Pada masa yang sama, bidang sains dan teknologi adalah kunci kepada persaingan sosio-

ekonomi di peringkat antarabangsa dan wawasan dalam mencapai status negara maju.

Hasrat ini dapat dicapai melalui pembangunan modal insan kerana segala kekayaan intelek

terletak pada sumber ini demi menerajui perubahan dan mengurus harta intelek secara

bijaksana. Oleh kerana kecemerlangan dan kebijaksanaan adalah pemangkin kepada

persaingan ekonomi baru, maka pendidikan perlu diolah untuk melahirkan sumber manusia

yang bijak, kritis, kreatif dan berkemahiran sains dan teknologi.

Maka, sistem pendidikan Malaysia perlu menghasilkan masyarakat yang dilengkapi dengan

pengetahuan dan kepakaran pada bilangan yang mencukupi untuk menghadapi era

teknologi maklumat. Malah, pendidikan negara juga harus dapat memupuk kemahiran dan

sikap saintifik dalam diri generasi muda agar sentiasa berusaha memperbaiki keadaan dan

maju ke hadapan. Oleh demikian, pendekatan pendidikan Sains perlu dipertingkatkan

dan disesuaikan dengan keperluan semasa dalam usaha mengubah

2
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

sistem yang sedia ada kepada suatu sistem yang dapat membentuk warganegara yang kritis,

kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

1.2 Senario Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

Berdasarkan iklan Utusan Online (2016), Malaysia telah dikejutkan dengan keputusan

pencapaian dalam mata pelajaran Matematik dan Sains menerusi kajian Trends in

International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2015 iaitu walaupun keputusan

pelajar di Malaysia telah meningkat berbanding dengan tahun 2011 namun kedudukan

tempat pelajar negara ini masih ketinggalan di kalangan negara-negara Asia Tenggara

seperti Vietnam, Singapura dan Thailand. Perkara ini telah menjadi satu isu yang

dipandang serius oleh kerajaan dan mengkaji apakah faktor utama berlakunya masalah

seperti ini di dalam sistem pendidikan Malaysia.

Antara faktor yang mengakibatkan isu sebegini berlaku adalah amalan mengajar guru di

sekolah yang berpusatkan guru, selain itu kaedah pengajaran yang digunakan lebih

menjurus kepada kaedah bersyarahan, di mana pelajar terpaksa memainkan peranan pasif

dan menerima sahaja apa yang diajar oleh guru. Dalam pengajaran dan pembelajaran

(PdPc), pelajar bergantung sepenuhnya kepada guru dan tiada kebebasan untuk

menyelesaikan masalah sendiri.

Tidak kurang juga, terdapat guru yang amat mementingkan markah peperiksaan di mana

mereka selalu mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan

menyampaikan sebanyak fakta dan maklumat kepada pelajar sebelum sampai masa

peperiksaan. Dalam konteks ini, pelajar hanya tertumpu kepada mendengar penjelasan guru,

menghafal, mengingat dan membuat latihan serta menerima segala maklumat yang diberi

3
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

tanpa sebarang sifat ingin tahu apatah lagi untuk meragui pengetahuan yang disalurkan oleh

guru mereka.

1.3 Pendekatan IBSE Menggunakan Model La Main ála Pate (LAMAP)

Pendekatan IBSE berasaskan model La main àla pate yang merupakan satu pendekatan

inovatif bagi pengajaran sains. Pendekatan ini menekankan penglibatan aktif pelajar dalam

proses PdPc dengan memaksimumkan naluri ingin tahu yang menjadi fitrah kanak-kanak,

mengenalpasti masalah, mencari kemungkinan penerangan atau penyelesaian, membina

hipotesis yang hendak diuji, merekabentuk cara-cara mencari penyelesaian, melaksanakan

penyiasatan, mengesahkan andaian-andaian yang telah dibina, menstruktur ilmu

pengetahuan demi menjawab persoalan-persoalan yang timbul serta membandingkan apa

yang diperolehi dengan fakta yang terbukti.

Dalam pendekatan La main àla pate,hubungan antara sains dan bahasa amat dipentingkan

di mana pelajar dilatih untuk mencatat dan menulis prosedur penyiasatan mereka. Selepas

itu, mereka akan menyampaikan dapatan mereka di dalam kelas. Semasa dalam proses ini,

pelajar-pelajar dikehendaki melalui sesi perbincangan, mengemukakan pendapat, bersoal

jawab dan bekerjasama dalam kumpulan. Amalan ini selaras dengan strategi pengajaran

Abad ke-21 yang menekankan pendekatan yang berorientasikan amali dan inovasi secara

berkumpulan.

4
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

1.4 Elemen Inkuiri Dalam Pendidikan Sains Berdasarkan Pendekatan IBSE

Salah satu elemen dalam IBSE adalah pemahaman proses penyelidikan sains. Rangka kerja

ini mirip kepada cara ahli sains menjalankan penyelidikan mereka. Secara ringkasnya,

rangka kerja ini boleh dijelaskan melalui empat fasa seperti dalam rajah 1.

Rajah 1 : Rangka kerja inkuiri sains

Sumber : Akademi Sains Malaysia (2015).

Pada fasa pertama iaitu fasa penglibatan, pelajar diberi peluang untuk membiasakan dan

menyesuaikan diri dengan fenomena yang akan mereka siasat. Kemudian pelajar bergerak

ke fasa kedua, fasa penyelidikan yang melibatkan pelbagai proses. Fasa ini bukan suatu

proses yang linear tetapi kompleks kerana ia melibatkan pelbagai arah tuju dalam fasa ini.

Kadang-kadang mungkin terdapat proses tertentu yang memerlukan semakan semula,

dibiarkan sahaja atau diabaikan terus. Misalnya, jika hasil siasatan pelajar tidak dapat

5
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

mengesahkan ramalan awal eksperimen, mereka perlu mempersoalkan andaian mereka,

kembali ke permulaan penyiasatan dan mencuba semula. Ataupun, jika reka bentuk dan

perancangan penyelidikan mereka tidak berfungsi, mereka perlu membuat reka bentuk yang

baru. Sekiranya kesimpulan tentatif mereka berbeza dengan kumpulan lain, kedua-dua

kumpulan itu mungkin perlu membuat siasatan semula.

Pada fasa ketiga dalam rangka kerja, apabila pelajar telah selesai menjalankan beberapa

siasatan dan bersedia untuk mensintesis apa yang telah mereka pelajari. Biasanya, seluruh

kelas akan membuat satu kesimpulan akhir. Fasa keempat akan ditambah jika pelajar perlu

berkomunikasi pemahaman baru ini kepada khalayak yang lebih luas. Pada fasa ini,

terdapat dua perkara yang perlu dititikberatkan. Pertama, guru perlu lebih memberikan

penekanan pada fasa ketiga dalam rangka kerja ini, di mana ia bergantung kepada subjek

yang dipelajari dan sifat siasatan yang dirancang. Kedua, sesuatu sesi itu tidak semestinya

mengandungi kesemua fasa yang digariskan.

2.0 LATAR BELAKANG IBSE

Pendidikan sains berasaskan Inkuiri (IBSE) dianggap sebagai satu trend semasa yang

penting dalam pembaharuan pendidikan sains yang berdasarkan kepercayaan bahawa

adalah penting untuk memastikan pelajar memahami apa yang mereka pelajari, dan bukan

sekadar mengulang kandungan dan mengumpulkan maklumat dari guru. IBSE dapat

didefinisikan sebagai aktiviti melalui interaksi guru dan pelajar yang menghubungkan dua

kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1990-an, banyak reformasi pendidikan

sains di seluruh dunia memberikan penekanan kepada kepentingan pengetahuan pelajar

terhadap kaedah siasatan saintifik. Selain itu, pemahaman asas sains dan kemahiran juga

6
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

diperlukan untuk membuat keputusan mengenai isu saintifik yang mempengaruhi

kehidupan mereka.

Menurut Sikas (2017), Malaysia mempunyai sejarah yang panjang mengenai siasatan

dalam sistem pendidikan yang telah diperkenalkan sebagai Pendidikan Sains berasaskan

amalan inkuiri (IBSE) dalam kurikulum sains sejak 1960-an dengan memperkenalkan

aktiviti saintifik dengan menjalankan eksperimen. Dalam tahun 1960-an hingga 1980-an,

subjek sains telah diperkenalkan sebagai subjek yang berasingan di sekolah rendah.

Seterusnya, pada 1983 dan seterusnya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR), Sains diterapkan dengan subjek Geografi dan dikenali sebagai Sejarah & Sivik.

Pada tahun 1992, sains dikenali sebagai subjek yang berasingan sekali lagi. Untuk

membangunkan dengan lebih mendalam mengenai amalan IBSE sebagai pendekatan

inovatif untuk mengajar sains, program siasatan sains di Institut Latihan Guru dan

Universiti telah dilaksanakan. Bermula pada tahun 2017, Standard Kurikulum Sekolah

Menengah (KSSM) dilaksanakan untuk meningkatkan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM dirangka untuk

memenuhi keperluan dasar baru di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025) , untuk meningkatkan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah

dengan membandingkan dengan piawaian antarabangsa.

Inkuiri didefinisikan sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti

penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses mendapatkan maklumat. Ia

berdasarkan soal dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ini menunjukkan bahawa siasatan itu tertumpu kepada pelajar dan bukannya guru, tetapi

7
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

guru hanya bertindak sebagai panduan untuk memberi pelajar peluang untuk mengetahui

maklumat sebenar.

Pada asasnya, IBSE adalah penting untuk pemahaman mendalam tentang kandungan sains

yang bukan sahaja merupakan cara untuk mengajar sains secara berkesan tetapi lebih

penting lagi ia dapat menjadi cara untuk mengajar pelajar bagaimana untuk belajar dalam

erti kata yang lebih luas, membangun pemahaman pemecahan masalah dan kritikal

kemahiran berfikir, menggunakan pengetahuan yang betul sebelum dan menolak konsep

naïf.

Pembelajaran berasaskan inkuiri merangkumi pelbagai pendekatan untuk pengajaran dan

pembelajaran, termasuk aktiviti seperti penyiasatan, projek, kerja lapangan, kajian kes,

projek penyelidikan individu dan kumpulan. Proses pembelajaran yang melibatkan pelajar

dalam pembelajaran berdasarkan pertanyaan, termasuk (a) bertanya diri mereka sendiri. (b)

mendapatkan bukti sokongan untuk menjawab soalan. (c) terangkan bukti yang

dikumpulkan. (d) mengaitkan maklumat dengan pengetahuan yang diperoleh daripada

penyiasatan proses. (e) menubuhkan hujah dan justifikasi untuk penjelasan.(Sikas, 2017)

Penyelidikan Suduc, Bizoi dan Gorghiu (2015) juga membuktikan bahawa IBSE adalah

satu keperluan untuk mengubah pendekatan dalam pelajaran Sains sekolah rendah untuk

meningkatkan minat pelajar. Mereka juga berpendapat pelajaran Sains IBSE terbukti lebih

menyeronokkan dan relevan, dari aspek yang berbeza, untuk pelajar muda berbanding

pengajaran pelajaran Sains secara biasa.

8
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN KES IBSE

Penyelidik membuat pemerhatian dalam proses PdPc sains dalam usaha mengumpul

maklumat yang boleh digunakan sebagai petunjuk kebolehlaksanaan dan keberkesanan

amalan PdPc yang menggunakan pendekatan IBSE. Selain itu, kajian kes ini juga bertujuan

untuk mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pendekatan IBSE.

Maka, terdapat 2 objektif utama dalam kajian ini iaitu

(i) Tahap kebolehlaksanaan proses pengajaran IBSE menggunakan model LAMAP.

(ii) Tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran IBSE menggunakan model LAMAP;

dan

(iii) Perubahan tingkahlaku pelajar dari segi motivasi dan minat terhadap matapelajaran

sains.

4.0 METODOLOGI

Kajian ini melibatkan gabungan kajian kuantitatif dan kualitatif bagi mengkaji secara

menyeluruh dan terperinci mengenai amalan pengajaran pengajaran berdasarkan

pendekatan IBSE guru sains. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual bersemuka

terhadap responden guru. Pada masa yang sama,borang soal selidik juga digunakan untuk

mendapatkan maklumat demografi dan minat responden pelajar yang terbabit. Pengkaji

juga akan menjalankan pemantauan kelas sains berdasarkan boring pemantauan kelas

dalam lampiran .Data yang didapati akan dianalisis dengan Microsoft excel.

9
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

5.0 SAMPEL KAJIAN

Seramai 15 orang pelajar tahun tiga dan seorang guru sains yang menjalankan pengajaran

pendekatan IBSE dari SJK C Kong Hwa, Perlis yang terlibat dalam kajian ini. Pemilihan

guru sains tahun tiga adalah berdasarkan kursus kejurulatihan IBSE yang pernah dihadiri.

Maklumat latar belakang mengenai sampel kajian adalah seperti yang ditunjukkan di

bawah.

Jadual 1: Latar Belakang sampel pelajar

Etnik Lelaki Perempuan Peratus

Cina 5 8 86.67%

Melayu 1 1 13.33%

Jumlah 6 9 100 %

Berdasarkan Jadual 1, didapati majoriti responden (86.67%) adalah etnik Cina, dan hanya

13.33% adalah responden etnik Melayu. Purata peratusan bagi sampel lelaki adalah 40%

manakala bagi sampel perempuan pula adalah sebanyak 60%.

Bagi sampel guru pula, Cikgu Low Yin Xin telah dipilih kerana beliau sahaja yang pernah

menyertai kursus kejurulatihan IBSE di sekolah ini. Cikgu Low telah tamat Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institusi Perguruan Pulau Pinang. Walaupun Cikgu

Low telah mengajar sains selama dua tahun di sekolah ini,tetapi pengkhususan beliau

adalah dalam bidang Matematik.

10
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

6.0 PERBINCANGAN

6.1. Kebolehlaksanaan IBSE: PEMERHATIAN PEMANTAUAN KELAS

ULASAN PEMANTAUAN KELAS

Guru menunjukan kecenderungan ke arah menepati ciri-ciri pendekatan IBSE. Pertama,

guru memulakan dengan soalan yang ada kaitan dengan pengetahuan pelajar yang sedia ada,

sebagai pernyataan masalah. Aktiviti penyiasatan pelajar adalah bermula daripada soalan

yang menjurus ke arah penyiasatan.

Dalam lampiran 1, guru mengingatkan peringkat-peringkat yang perlu dalam melakukan

penyiasatan, bermula dengan pernyataan masalah / tujuan, hipotesis, pemerhatian, ramalan

inferans dan kesimpulan. Bimbingan guru sepanjang sesi eksperimen juga membantu

kumpulan yang menemui masalah. Pembentangan hasil penyiasatan juga dilakukan

mengikut kreativiti kumpulan masing-masing, baik secara gambar rajah ataupun secara oral.

Dalam kelas ini, pembelajaran pelajar lebih kepada berpusatkan pelajar dengan bimbingan

guru yang berperanan sebagai fasilitator. Apa yang paling ketara dalam kelas ini adalah

pelajar diberi kebebasan untuk meneroka jawapan sendiri tanpa adanya langkah-langkah

penyiasatan yang sedia tertulis dalam buku.

11
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

6.2. Kebolehlaksanaan IBSE: Maklum Balas Melalui Temubual Guru

Berikut adalah dapatan sesi temubual bersama Cikgu Low:

1. Berapa kerapkah anda menggunakan IBSE berdasarkan pendekatan LAMAP?

sekali atau tiga kali seminggu?

Jawapan: Saya mempunyai 3 waktu matapelajaran sains dalam seminggu, saya akan

menggunakan pendekatan IBSE sekurang-kurangnya 2 waktu kelas saya.

2. Bolehkah anda katakan semua pelajar anda terlibat secara aktif dalam eksperimen

yang dijalankan dalam kelas?

Jawapan : Ya, semua pelajar saya akan terlibat secara aktif dalam eksperimen

yang dijalankan dalam kelas. Kadang-kadang juga ada pelajar yang kurang aktif, saya

akan memperingatkan pelajar supaya menjalankan eksperimen dalam kumpulan secara

bergilir-gilir atau wajibkan setiap ahli kumpulan diberikan peranan yang berbeza.

3. Bolehkan anda katakan semua pelajar anda berminat dalam pembelajaran sains

bila anda menggunakan pendekatan LAMAP ?

Jawapan : Ya, boleh. Pelajar berminat untuk belajar dalam kelas saya apabila saya

menggunakan pendekatan LAMAP. Terutamanya apabila mereka diberi peluang untuk

mengambil alih eksperimen secara keseluruhan.

12
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

4. Adakah anda dapati LAMAP menimbulkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar?

Jawapan : Ya, pelajar saya akan lebih gemar mencari jawapan sendiri melalui eksperimen

yang dilakukan dalam atau di luar kelas. Mereka akan cuba menguji atau mengkaji benda

selain daripada yang didapati dalam buku teks sains.

5. Adakah anda dapati pendekatan LAMAP telah meningkatkan kemahiran menulis

dan komunikasi pelajar?

Jawapan : Bagi pelajar yang cerdas memang terdapat peningkatan dalam kemahiran

menulis dan komunikasi yang mendadak, bagi pelajar yang lemah pula juga terdapat

peningkatan yang memberangsangkan walaupun peningkatannya agak perlahan.

6. Adakah sebarang perbezaan antara pendekatan LAMAP dengan pendekatan

yang digunakan dalam buku teks? Sila nyatakan.

Jawapan : Pendekatan LAMAP lebih bebas dan terdapat pelbagai cara untuk menerokai

jawapan kepada sesuatu soalan, manakala pendekatan buku teks pula terkongkong dengan

cara-cara yang tertentu sahaja.

7. Adakah anda akan terus menggunakan pendekatan LAMAP untuk mengajar

Sains pada tahun ini (2019) atau anda lebih suka menggunakan pendekatan yang

anda telah gunakan sebelum ini?

13
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

Jawapan: Jika masa mengizinkan, saya akan terus menggunakan pendekatan LAMAP

dalam PdPc sains saya.

8. Komen-komen anda yang lain, jika ada.

Jawapan: Masa matapelajaran sains yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk

menjalankan banyak eksperimen yang terkandung dalam sukatan pelajaran, maka saya

berharap pihak berkuasa boleh mengubahsuai sukatan pelajaran sains tahun tiga yang

sedia ada ataupun memperbanyakkan waktu matapelajaran sains.

Sumber soalan temubual: Akademi Sains Malaysia (2015).

Secara keseluruhannya, Cikgu Low berpendapat pendekatan LAMAP dapat meningkatkan

penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas sains beliau. Pada masa yang sama, pelajar

beliau menjadi lebih berminat untuk memenuhi naluri ingin tahu dalam diri mereka dengan

melakukan pelbagai siasatan.Oleh demikian, Cikgu Low kerap menggunakan pendekatan

LAMAP dalam kelas sainsnya dan berasa akan terus menggunakan pendekatan ini pada

masa hadapan. Di samping itu, Cikgu Low mendapati pendekatan LAMAP boleh

meningkatkan kemahiran menulis dan komunikasi pelajar yang lemah walaupun prosesnya

perlahan tetapi maklum balasnya amat memberangsangkan. Pada akhir sesi temubual,

Cikgu Low mencadangkan agar pihak berkuasa dapat mengubahsuaikan sukatan pelajaran

sains tahun tiga yang sedia ada ataupun memperbanyakkan waktu matapelajaran sains agar

semua eksperimen yang terkandung dalam sukatan pelajaran sains dapat dijalankan dalam

tahun semasa.

14
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

6.3 Kebolehlaksanaan IBSE: Maklum Balas Melalui Kajian Soal Selidik Pelajar

Rajah 2 : Minat pelajar terhadap matapelajaran sains

16
14

12
10
Tidak Setuju
8
Tidak Pasti
6
Setuju
4
2
0
Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Menurut Rajah 2, secara keseluruhan, 6 item daripada 10 item dalam bahagian ini

menunjukkan lebih daripada separuh pelajar (60%) berminat terhadap matapelajaran sains.

Bagi item 3, didapati hanya 33.33% pelajar sahaja yang menyediakan jadual waktu untuk

belajar sains di rumah setiap hari, yang lain (66.67%) pula tidak mengikuti jadual yang

ditetapkan ataupun langsung tidak menyediakan jadual waktu sendiri. Bagi item 5, item 6

dan item 7 pula, kebanyakan pelajar (lebih daripada 50%) tidak pasti mengenai

matapelajaran sains dapat membantu mereka untuk mendisiplinkan diri dan tidak perlu

hafal fakta serta sains adalah sangat mudah sekiranya pelajar memahami konsepnya..

15
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

Rajah 3 : Minat pelajar terhadap eksperimen sains

14

12

10

8 Tidak Setuju
6 Tidak Pasti
Setuju
4

0
Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Rajah 3 pula menunjukkan minat pelajar terhadap eksperimen sains. Sebanyak 90% pelajar

amat setuju bahawa mereka amat teruja menjalankan eksperimen dalam kelas sains. Bagi

item 18 pula, 60% pelajar yang tidak pasti mereka menonton eksperimen sains melalui blog

dan website, 13.33% pelajar yang langsung tidak pernah menonton eksperimen secara atas

talian dan 26.67% pelajar pula sentiasa cuba menonton eksperimen secara atas talian.

Rajah 4 : Minat pelajar terhadap guru sains

14
12
10
8 Tidak Setuju
6 Tidak Pasti
4 Setuju
2
0
Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

16
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

Dalam rajah 4 pula, majoriti pelajar (90%) menunjukkan minat terhadap guru sainsnya dari

segi bahan bantu mengajar, pendekatan pengajaran, motivasi, layanan, latihan dan pujian

dalam PdPc sains. Dapatan kajian (item 22) menunjukkan pelajar tidak mementingkan

penampilan guru sainsnya yang mencatat 46.67% pelajar tidak setuju penampilan guru

sainsnya dapat menarik minatnya dalam kelas sains, bagi pelajar yang tidak pasti ataupun

setuju tentang perkara ini telah mendapat keputusan yang sama iaitu 26.67%.

Dapatan soal selidik menunjukkan terdapat perubahan tingkah-laku pelajar dalam

pembelajaran sains. Mereka menunjukkan penglibatan secara aktif dalam proses PdPc yang

dilakukan dengan menggunakan pendekatan IBSE dan model LAMAP. Mereka sering

melibatkan diri dalam perbincangan secara berkumpulan dengan bimbingan guru mereka

dan juga menunjukkan keterujaan dalam menjalankan eksperimen yang disediakan oleh

guru atau dengan peralatan yang disediakan oleh diri mereka. Mereka sentiasa menanti-

nantikan kelas dalam makmal sains sebab mereka berpeluang untuk menerokai ilmu sains

melalui eksperimen yang dilaksanakan.

Maklumat bagi melihat tingkah laku pelajar dari segi motivasi dan minat dalam

PdPc sains telah dilakukan melalui pemerhatian di dalam kelas. Pelajar menunjukkan

motivasi serta minat yang tinggi dalam pembelajaran sains sehingga sanggup membawa

sendiri bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen yang akan datang.

Selain daripada itu, mereka juga menunjukkan semangat untuk melakukan penerokaan dan

penyiasatan yang dirancang dengan menggunakan bahan yang disediakan sendiri dari

rumah. Walaupun penerokaan dan penyiasatan yang dilakukan itu amat mudah, tetapi

mereka tetap merasa bangga dengan hasil dapatan yang diperolehi. Cikgu Low yang

17
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

ditemubual pada akhir kajian juga menyatakan pelajar-pelajarnya amat berminat dengan

pelajaran sains sehingga ramai yang menantikan bila dan apa yang akan diajari seterusnya.

Cikgu Low berpendapat melalui pendekatan IBSE, pelajar-pelajar yang lemah akan

menunjukkan kemajuan secara perlahan-lahan biarpun dari segi percakapan , minat atau

penglibatan aktif dalam kelas sains.

7.0 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN IBSE

a) Sukar Menerima Perubahan

Dengan pengajaran tradisional, guru dan pelajar telah sebati dengan amalan PdPc yang

dijalankan selama ini. Hal ini telah menjadikan ianya sukar diubah. Guru-guru telah selesa

dan sukar untuk menerima perubahan baru dengan sistem yang sedia ada, walaupun

pendekatan IBSE kini telah menjadi asas dalam pendidikan sains.

b) Kurikulum Yang Luas Dan Peruntukan Masa Yang Sedikit

Faktor ini telah menjadi satu isu ke arah perubahan pendidikan negara, kurikulum yang luas

menuntut masa yang lebih banyak untuk guru menghabiskan sukatan pelajaran dalam

proses PdPc pada tahun semasa. Jika guru gagal berbuat demikian, guru berkenaan akan

dipersalahkan kerana tidak dapat menghabiskan semua sukatan yang ditetapkan.

18
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

c) Pengajaran Berpusatkan Guru

Walaupun zaman sudah berubah, guru masih cenderung menggunakan pendekatan

berpusatkan guru apabila mengajar topik yang bersifat teoritikal. Ini adalah disebabkan

oleh guru berkenaan kurang kreatif dan berinovasi dalam perancangan PdPc sains.

d) Pengajaran Berasaskan Buku Teks

Buku teks dan buku amali merupakan bahan utama dalam membantu pelajar memahami

dan menguasai pembelajaran mereka. Namun begitu, bahan-bahan yang didapati tidak

semestinya diikuti sepenuhnya oleh guru sains. Terdapat guru yang tidak dapat

mengubahsuai kandungan bahan tersebut secara kreatif dan berinovasi seperti yang disaran

dalam pendekatan IBSE.

e) Murid Yang Berkeupayaan Rendah

Bagi guru yang mengajar kelas yang berkeupayaan rendah, mereka selalunya menghadapi

masalah di mana tindak balas pelajar yang kurang memberangsangkan. Pelajar-pelajar dari

kumpulan ini biasanya menghadapi masalah dalam penulisan serta kurangnya rasa ingin

tahu. Maka, guru akan menggunakan pendekatan berpusatkan guru kepada kumpulan ini

dengan hanya menjelaskan sesuatu konsep secara syarahan sahaja. Pada masa yang sama,

pelajar akan bertindak secara pasif dengan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh

guru. Penemuan Škoda, Doulík, Bílek dan Šimonová (2015) menunjukkan bahawa

pendekatan IBSE tidak boleh digunakan sebagai kaedah sejagat, ini bermakna guru perlu

menyesuaikan eksploitasinya kepada pelajar tertentu.

19
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

f) Latihan Yang Mencukupi Serta Sokongan

Latihan yang mencukupi dan serta pemantauan berterusan dalam pendekatan IBSE

merupakan aspek yang penting dalam menggerakkan pelaksanaan IBSE di negara ini.

Kesediaan semua pihak bagi sama-sama meluangkan masa, tenaga dan kewangan

merupakan eleman penting bagi kelangsungan pendekatan IBSE.

8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian kes ini,dapat dirumuskan bahawa pendekatan IBSE merupakan satu

langkah ke hadapan dalam PdPc sains yang dapat meningkatkan motivasi, minat dan

keterujaan pelajar dalam pembelajaran sains. IBSE juga membantu meningkatkan kreativiti

dalam kalangan pelajar dan juga guru. Pembelajaran usaha sama memberikan peluang

kepada pelajar untuk mengutarakan pandangan serta buah fikiran melalui penyiasatan

mereka. Sementara guru pula akan sentiasa memberi tumpuan kepada pengajaran yang

berpusatkan pelajar, melalui kreativiti dengan menggunakan pelbagai bahan sedia ada.

Pada masa yang sama, pendekatan IBSE dapat mengembangkan pemikiran pelajar melalui

percakapan, hipotesis, merancang, melaksanakan dan membuat kesimpulan pada akhir

eksperimen. Tidak dapat dinafikan bahawa pendekatan ini amat relevan dengan penekanan

baru Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap pembangunan kemahiran berfikir aras

tinggi juga sukatan pelajaran semakan baru di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR semakan 2018).

Selaras dengan KSSR semakan baru 2018, pendekatan IBSE menggalakkan perkembangan

bahasa dan kemahiran insaniah melalui aktiviti kumpulan dan perbincangan. Pada

hakikatnya, pendekatan ini adalah sesuatu yang praktikal dan boleh dijalankan dengan kos

20
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

yang rendah (dengan bahan yang murah, ringkas dan boleh dikitar semula). Bagi pihak

guru pula, pendekatan IBSE dapat mencetus idea-idea inovasi guru-guru untuk

menjalankan PdPc secara kreatif dan inkuiri. Maka, latihan profesional yang berterusan

bagi guru sains perlu diwajibkan agar pendekatan IBSE dapat dilaksanakan dengan

berkesan.

Akhir kata, adalah wajar jika pihak berkenaan dapat memperluaskan pelaksanaan

pendekatan IBSE demi kepentingan kemajuan pendidikan sains negara sebagai mana yang

dipaparkan dalam berita utusan online (2016) walaupun keputusan TIMSS pelajar di

Malaysia telah meningkat berbanding dengan tahun 2011 namun kedudukan tempat pelajar

kita ini masih ketinggalan di kalangan negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam,

Singapura dan Thailand.

21
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

9.0 RUJUKAN

Akademi Sains Malaysia. (2015). Penilaian Pelaksanaan Projek Rintis Pendidikan Sains

Berasaskan Amalan Inkuiri Di 4 Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Langat. Kuala

Lumpur, Malaysia. ASM.

Bevins,Stuart & Gareth, Price (2016). Reconceptualising Inquiry In Science Education.

Jurnal Pendidikan Sains, 38(1), 1464-5289. doi : 10.1080/09500693.2015.1124300

Rundgren, Carl-Johan (2018). Implementation Of Inquiry-Based Science Education In

Different Countries: Some Reflections. Jurnal Pendidikan Sains, 13(2), 607-615.

doi:10.1007/s11422-016-9787-8

Sikas, Norlela. (2017). Enhancing Scientific Literacy through Implementation of Inquiry-

Based Science Education (IBSE) in Malaysia Science Curriculum. Jurnal Perniagaan

Dan Sains Social, 7(2), 769-777.doi: 10.6007/IJARBSS/v7-i2/2685

Škoda, J, Doulík, P, Bílek, M & Šimonová, I .(2015).The Effectiveness Of Inquiry Based

Science Education In Relation To The Learners´Motivation Type. Jurnal Pendidikan

Sains Baltic.14(6), 791-803. Retrieved from

http://journals.indexcopernicus.com/abstract.php?icid=1192283

22
SGDC 6044 Curriculum Studies Case Study IBSE Chua Yoke Fon (S822487)

Suduc, Ana-Maria, Bizoi, Mihai & Gorghiu, Gabriel. (2015). Inquiry Based Science

Learning in Primary Education. Jurnal Sains Sosial Dan Tingkah Laku, 205, 474-

479.doi: 10.1016/j.sbspro.2015.09.044

Berita Harian. (2016, September 7). Kaedah IBSE pikat pelajar minat STEM [Iklan].

Retrieved from https://www.pressreader.com/

Utusan Online. ( 2016, November 30) . Pencapaian TIMSS 2015 meningkat [iklan].

Retrieved from https://www.utusan.com.my/berita/nasional/pencapaian-timss-2015-

meningkat-1.413972

23

Anda mungkin juga menyukai