Anda di halaman 1dari 16

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) untuk matapelajaran Bahasa

Inggeris Tahap 1 diperkenalkan pada tahun 2017 di semua sekolah rendah di Malaysia; Buku

Teks Bahasa Inggeris Edisi Malaysia yang sekian lama telah digunapakai dalam proses

pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris telah di gantikan dengan Buku Teks Baru yang

telah diterbitkan di United Kingdom. Buku-buku teks ini telah ditulis oleh Herbert Putcha,

Gunter Gerngross and Peter Lewis-Jones, 2017 (Super Minds,2017). Sebahagian besar

kandungan buku teks ini didapati mencerminkan budaya dari United Kingdom sepenuhnya.

Sebagai contoh; nama watak, jenis makanan, nama tempat, pernyataan tentang aktiviti-aktiviti

yang perlu dilakukan adalah mengikut budaya Inggeris.

Ahmad (2016) Bahasa Inggeris dikenali sebagai bahasa tambahan kepada rakyat

Malaysia walaupun mempunyai bahasa ibunda tersendiri. Sehubungan dengan itu, rakyat

Malaysia mesti menggunakan Bahasa Inggeris dengan sebaik-baiknya untuk mengembangkan

diri kita secara budaya supaya kita dapat bersaing dengan terbaik dalam dunia globalisasi

ini.Kurikulum Bahasa Inggeris serta kandungan kurikulum mesti berasaskan budaya orang

Malaysia. Hal ini adalah kerana kita bertanggungjawab untuk menyampaikan pendidikan

berdasarkan pada persekitaran tumbesaran murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Murid-murid

sekolah rendah akan mengecapi sesuatu konsep dengan pantas dan mudah sekiranya apa yang

disampaikan itu ada hubungan dengan persekitaran mereka.Penggubal Kurikulum Bahasa

Inggeris mesti mengambil perhatian serta tindakan yang sewajarmya supaya kandungan

kurikulum yang digubal mematuhi budaya tempat kelahiran dan tumbesaran murid-murid.

Hasrat kerajaan untuk melahirkan insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Kerajaan perlu memperkenalkan buku teks Bahasa Inggeris yang mengandungi elemen-elemen
budaya Malaysia.Menerusi ini, murid-murid dapat menguasai kemahiran bertutur dengan lebih

mudah dan cepat apabila mereka diletakkan di dalam suasana yang mereka sudah biasa.

Penggunaan buku teks yang kandungannya bertemakan budaya Malaysia dapat mendorong

murid-murid memberi tindakbalas yang sesuai terhadap tugasan pertuturan yang diberi dengan

penuh keyakinan.

Sistem penggredan yang digariskaan oleh CEFR juga perlu diperbaiki lagi

memandangkan kita berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai kebolehan, kemampuan

serta komitmen yang berbeza terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris.Kita dapat lihat minat dan

kecenderungan murid-murid terhadap pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris apabila

mereka menerima ganjaran yang sepatutnya.Gred A1 dalam skala CEFR kini perlu membuat

penambahbaikan seperti bagi kategori murid cemerlang pengredan ialah A+,A ,bagi kategori

murid kepujian ialah B+,B dan bagi kategori lulus ialah C+.C.Dengan adanya sistem

penggredan yang terperinci ini, guru dapat mentaksirkan murid-murid dengan lebih telus dan

sistem ini juga dapat mendorong murid-murid untuk memperoleh gred yang lebih baik daripada

rakan mereka. Secara tidak langsung,kualiti penguasaan kemahiran bertutur di kalangan murid-

murid kita dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Menurut Siti Hajah Abdul Aziz (2019), kemahiran bertutur merupakan suatu kemahiran

yang penting. Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi asas pembentukan

kurikulum. KSSR (Semakan 2017) mengutamakan hasrat kerajaan dalam mewujudkan generasi

masa hadapan yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan berbudi bahasa. Pengajaran

kemahian bertutur membolehkan murid-murid menyampaikan pendapat dan maklumat yang

bersifat kreatif dan kritis dengan menggunakan gaya percakapan yang bersopan dan dapat

diterima oleh berbagai pihak yang berkenaan (UNESCO,2017).


Analisis Keperluan merupakan satu proses pengumpulan maklumat untuk mengetahui

dan mengenalpasti keperluan murid-murid (Atenri dan Hidayah,2018). Kurikulum di Malaysia

perlu mengambilkira keperluan murid dalam konteks Budaya Malaysia.Justeru itu, analisis

keperluan membolehkan seorang guru merancang konsep yang hendak disampaikan serta

melaksanakan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan mengikut keutamaan pembangunan

kurikulum di Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, Malaysia ialah sebuah Negara berbilang kaum yang hidup

dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan

India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.

Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan India pula membentuk 7.5%

daripada populasi.Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat

seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih. Kerajaan Malaysia telah mengambil

langkah mendefinisikan Budaya Malaysia menerusi "Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1971.Berikutan memartabatkan dasar kebudayaan ini,penyelidikan ini dijalankan terhadap di

kalangan guru-guru dan murid - murid untuk mengetahui betapa pentingnya memberi

keutamaan kepada topik “Lunchtime”- Malaysian Food berbanding dengan “Western Food”

dalam kurikulum Bahasa Inggeris.

Kajiselidik yang telah dijalankan ke atas beberapa orang murid telah membuktikan

bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk memberi respons yang menggalakkan terhadap

PdPc di dalam kelas kerana konsep di dalam buku teks ini adalah berbeza daripada budaya

tempat tinggal murid-murid. Walaupun terdapat murid yang terangsang dengan kandungan

kurikulum, ”Lunchtime – Western Food”; tetapi mereka tidak dapat mengambil bahagian

dengan aktif dalam proses pembelajaran kerana kandungan matapelajaran banyak mengandungi
elemen Eropah. Kajian mendapati bahawa murid-murid dapat memberi respon dengan lebih

yakin jika kurikulum Bahasa Inggeris Tahap 1 memberi keutamaan untuk memperkenalkan

konsep yang bersesuaian dengan budaya Malaysia.

Data Analisis ini mengukur tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam topik

“Lunchtime” berkonsepkan Budaya Malaysia .Kajian ini meliputi 5 soalan untuk menilai tahap

penguasaan dan tahap pengredan yang diperolehi oleh murid-murid SK Seri Jemerli selepas

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Jadual 1 di bawah menunjukkan analisa

keperluan mengendalikan kurikulum baru dalam topik “Lunchtime” - Malaysian Food.

Jadual 1.Pencapaian Kemahiran Bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam topik “Lunchtime”
No Items Agree % Disagree %
1 Like/Dislike to talk about “Lunchtime? 4 80 1 20
2 Malaysian food or Western food 5 100 0 0
3 Malaysian food as a choice for Lunchtime. 5 100 0 0
4 Speaking ability on the subject, “Lunchtime”. 2 40 3 60
5 Grading during evaluation. 2 40 3 60

Berdasarkan jadual di atas dapat diperhatikan bahawa Item 1 “like and dislike to talk about

“Lunchtime”, seramai 4 orang murid suka makan makanan tengah hari kerana mereka

menyatakan disebabkan faktor kelaparan,makanan tengah hari memainkan peranan penting

dalam kehidupan seharian. Makan tengah hari biasanya adalah hidangan yang kedua hari

selepas sarapan. Bagi Item 2 iaitu “Malaysian Food or Western Food”, murid –murid Tahun 2

suka makan nasi,ikan,ayam dan sebagainya.Item 3 pula iaitu “Malaysian food as a choice for

Lunchtime”, murid-murid Tahun 2 menyatakan bahawa mereka suka makan “Malaysian Food”

kerana kandungan makanan tengah hari seimbang dan berkhasiat.Seramai 5 orang murid

masing-masing mencapai peratusan sepenuhnya dalam mengutamakan “Malaysian Food”

berbanding dengan “Western Food”.Item 4 “Speaking ability on the subject


“Lunchtime”,seramai 2 orang murid sahaja berpuas hati terhadap kemahiran bertutur yang

diperolehi manakala 3 orang murid lagi tidak berpuas hati kerana tidak dapat berkomunikasi

dengan berkesan. Item 5 pula “Grading during evaluation “ dalam Kemahiran bertutur dalam

topik “Lunchtime- Western food”tidak memuaskan..Dengan adanya sistem penggredan yang

terperinci seperti A+,A,B+,B,C+,C berbanding dengan CEFR iaitu gred A1 sahaja, guru dapat

mentaksirkan murid-murid dengan lebih telus dan system ini juga dapat mendorong murid-

murid untuk memperoleh gred yang lebih baik daripada rakan mereka. Dengan cara tidak

langsung,kualiti penguasaan kemahiran bertutur di kalangan murid-murid kita dapat

dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Jadual 2 di bawah menunjukkan analisa keperluan mengendalikan kurikulum baru

dalam topik “Lunchtime” - Malaysian Food

Jadual 2.Penguasaan dalam Bahasa Inggeris dalam topik “Lunchtime”


No Items Agree % Disagree %
Is this topic appropriate for the lower primary
1 5 100 0 0
pupils.
2 Adoptation of the topic 5 100 0 0
3 Pupils response towards the lesson content 5 100 0 0
“Lunchtime’- Malaysian food in contrast to
4 4 80 1 20
Western food.
5 Grading during evaluation. 5 100 0 0

Populasi kajian ini ialah seramai 5 orang guru.3 orang guru dari SK Seri Jemerli manakala

2 orang guru lagi dari SJKT Ladang Kuala Ketil. Kelima-lima orang guru ini berpendapat

bahawa saiz makan berbeza bergantung kepada budaya, dan variasi yang ketara wujud di

kawasan-kawasan yang berlainan di dunia. Di luar negara pula,makanan tengah hari adalah

makan ringan biasanya dimakan pada tengah hari. Di Netherlands, Belgium dan Norway, ia

adalah perkara biasa untuk makan sandwic untuk makan tengah hari: kepingan roti yang

orang biasanya bawa ke tempat kerja atau sekolah dan makan di kantin.
Di Malaysia,murid –murid Tahap 1 perlu mengenali makanan tengahari Budaya Malaysia

dahulu dan topik ini memang bersesuaian untuk menanam sikap mencintakan makanan di negara

Malaysia.Seorang guru memberi pendapat dalam Item 4” Lunchtime’- Malaysian food in contrast

to Western food.”,

It is our duty to instill ‘Love Malaysia’ concept into the young pupils’ mind; this

young generation has their opportunity to get to know and learn about Western

Food, when they attain their maturity where they can distinguish between good

and bad. (T5)

Item 5 “Grading during evaluation”,5 orang guru menyatakan bahawa system pengredan perlu

diperluaskan dalam kemahiran bertutur.Kurikulum baru perlu ditaksirkan dengan pengredan

yang lebih terperinci supaya murid-murid dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.Ahmad

(2016) Komunikasi menjadi berkesan apabila komunikator cukup berkesan untuk

berkomunikasi dengan cekap, semata-mata, secara terang-terangan dan secara dinamik.


Aims ….goals
(4) Pemilihan dan Penyusunan Kandungan Kurikulum Baru – Justifikasi dan Penyusunan

Sebenar Kandungan Tajuk.

Perkembangan dan pembangunan pengaruh era teknologi dan maklumat memerlukan

kita sediakan kanak-kanak sekarang sentiasa bersedia menghadapi cabaran Abad Ke-

21 yang sedang berkembang maju dari dunia fizikal ke era dunia maya. Kaum pendidik

dan ahli-ahli professional yang lain harus memahami bahawa dunia maya adalah

sesuatu yang berbeza dari dunia fizikal (Yong Zhao). Justeru itu, penggubalan

kurikulum baru mestilah mengambil kira fakta ini dalam pembangunan kandungan

kurikulum yang dirancang.

Kita tidak boleh membawa masuk dunia maya terus ke dalam kelas-kelas Tahap 1;

Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, di mana murid-muridnya baru berumur di antara tujuh

hingga sembilan tahun. Jadi, setiap konsep di dalam kandungan pelajaran untuk kanak-

kanak ini perlu disusun dan dikembangkan dari konkrit ke abstrak. Menurut Paul Hisrt,

lain domain pengetahuan; sebagai contoh: Fizik, Kimia, Ekonomi, Matematik dan

Bahasa mempunyai jenis konsep yang unik dan berlainan. Oleh yang demikian

kandungan kurikulum harus dipilih dan dirancang dengan teliti Ahli-ahli

behaviourisme berpendapat bahawa kandungan kurikulum yang dipilih harus

mendorong murid-murid menganalisa, membina hipothesis, menyelidik, mengenalpasti

corak, mengkritik dan membuat kesimpulan.

Perancangan kurikulum juga perlu mengambilkira keberkesanan kos; iaitu, faktor

kewangan yang terlibat dalam penstrukturan semula kurikulum kerana ianya

melibatkan percetakan buku teks, pembekalan peralatan teknologi dan bahan-bahan


sokongan lain yang diperlukan untuk perlaksanaan kurikulum baru ini; serta

kesanggupan para guru, murid-murid, ibu bapa dan semua orang awam menerima

hakikat bahawa perbelanjaan mereka akan bertambah daripada perlaksanaan

kandungan kurikulum lama.

Saya telah memilih untuk memperkenalkan kandungan kurikulum Bahasa Inggeris

“Lunchtime – Malaysian Food” bagi menggantikan kandungan kuriulum lama,

“Lunchtime – European Food”. Cadangan makanan Eropah yang dicadangkan di dalam

buku teks, antaranya ialah pizza, steak dan sausage. Guru perlu membelanjakan

sejumlah wang yang banyak untuk membeli makanan ini demi memastikan murid-

murid memahami konsep yang disampaikan kerana sebilangan besar murid-murid yang

terlibat dalam kajian saya tidak biasa melihat “pizza” yang sebenar; merka cuma

pernah lihat dalam gambar sahaja. Manakala, kandungan kurikulum Bahasa Inggeris

“Lunchtime – Malaysian Food” yang saya cadangkan ada hubungan dengan kehidupan

harian murid-murid. Konsep “Lunchtime – Malaysian Food” dapat disampaikan

dengan lebih mudah. Guru dapat perhatikan hasilnya dalam masa yang singkat. Bahan-

bahan sokongan pembelajaran juga dapat disediakan dengan mudah.

Tujuan utama kurikulum ini ialah, murid-murid dapat berinteraksi dengan orang di

sekeliling mereka dengan intelektual. Kandungan “Lunchtime – Malaysian Food” akan

dimulakan pada tahap kosa kata; berpandukan pada pengalaman (pengetahuan yang

sedia ada) murid-murid berkaitan dengan konsep yang hendak disampaikan.

Kemudian, diteruskan dengan kosa kata yang baru.


Rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum yang terbesar: Melayu, Cina dan India;

serta kaum-kaum yang lain. Di Sabah dan Sarawak tinggal kaum Kadazan, Murut,

Bidayuh dan banyak lagi. Pada hemat saya, melalui kandungan kurikulum “Lunchtime

– Malaysian Food”, murid-murid Tahap 1 dapat mengenali budaya makanan rakyat

negara lahir mereka dengan lebih dekat lagi. Christine Sleeter pernah mengatakan

bahawa sekolah-sekolah berkecenderungan untuk memberi penekanan yang lebih

kepada budaya dominan sesebuah negara dalam kandungan kurikulum mereka. Oleh

sebab yang demikian, melalui kandungan kurikulum “Lunchtime – Malaysian Food”,

murid-murid dapat mempelajari konsep yang disampaikan dengan lebih yakin;

disamping, menanam semangat cintakan negara kita yang mempunyai berbagai budaya

makanan.

Penyampaian kandungan kurikulum baru ini diteruskan dengan murid-murid

berinteraksi dengan orang lain dengan menggunakan frasa. Sebagai contoh: kalau pada

awal kurikulum ini mereka sebut “nasi”; pada peringkat kedua murid-murid mampu

berkomunikasi dengan mengatakan: “ nasi beriyani”, “nasi dan air-sirap” dan

seterusnya. Bahan pembelajaran yang diguna untuk mengajar kosa kata pada waktu

pembelajaran sebelum ini boleh diguna untuk membolehkan murid-murid belajar frasa.

Penggunaan semula bahan pembelajaran yang telah disediakan pada peringkat awal

pembelajaran kandungan kurikulum ini dapat mengurangkan kos penyediaan bahan

pembelajaran. Tujuan utama pada peringkat perkembangan kurikulum ini adalah

murid-murid Tahap 1 dapat berinteraksi atau menyara diri (self-suffiency) apabila

mereka berada sesama mereka, dengan ahli keluarga mereka atau di kalangan komuniti

tempat tinggal mereka.


Kandungan kurikulum “Lunchtime – Malaysian Food”, yang di bangunkan

membolehkan murid-murid berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan

yakin, kerana kandungan tajuk ini sudah biasa bagi mereka. Lagipun, bagi murid-murid

Tahap 1, kepentingan (significance) kandungan kurikulum memerlukan mereka

memberi pendapat, konsep dan prinsip menjadikan “Lunchtime – Malaysian Food”

sebagai pilihan utama mereka; di samping, membantu perkembangan kebolehan belajar

sesuatu kemahiran, proses dan pembentukan sahsiah.

Perkembangan murid-murid ini perlu ditaksir pada setiap peringkat pembelajaran, dan

tahap pencapaian mereka direkod. Pentaksiran ini membolehkan guru mengenalpasti

kesahihan (validity) kandungan yang dirancang dan disampaikan kepada murid-murid.

Melalui pentaksiran, guru juga dapat memastikan serta memperbaiki kelemahan yang

terdapat dalam cara penyampaian pengajaran mahupun, kesesuaian bahan bantu

pembelajaran yang disyorkan dan disediakan. Kurikulum ini juga memerlukan murid-

murid menggunakan struktur ayat yang betul ketika mereka bertutur dengan seseorang.

Seperti yang kita sedia maklum, kandungan kurikulum ini diperkembangkan bermula

dari kosa kata kearah penghasilan frasa. Dari sini diperkembangkan kearah

pembentukan ayat yang lengkap.Sebagai contoh:

Soalan: “What is your lunchtime food?”

Jawapan daripada murid yang di harapkan:

1 Peringkat awal pembelajaran – kosa kata: “Rice”, “Beriyani”, “Noodles”, “Nasi

lemak”....
2 Peringkat kedua pembelajaran – frasa: “rice with chicken”, “egg beriyani”,

“noodles with milo-ice”, “nasi lemak and teh (tarik)”,.......

3 Peringkat ketiga pembelajaran – sentence level:

“I like rice with chicken (curry)”.

“I want egg beriyani”.

“I love noodles with milo-ice”.

“I want nasi lemak and teh (tarik)”.

Apabila guru menyoal murid secara lisan atau soalan dipapar pada layar, murid-murid

perlu memberi jawapan secara lisan – kemahiran pertuturan murid ditaksir secara

formal atau tidak formal oleh guru, bergantung pada objektif pembelajaran yang telah

ditetapkan pada masa sesuatu sesi pembelajaran. Murid-murid yang menghadapi

masalah bertutur dalam bentuk ayat yang lengkap, dibimbing oleh guru mengikut

keperluan. Tanggungjawab seorang guru Bahasa Inggeris adalah mengujudkan suasana

dan persekitaran yang akan memangkinkan penglibatan murid secara menyeluruh

dalam pembelajaran kandungan subjek yang hendak disampaikan. Justeru itu,

perancangan kurikulum ini juga memberi keutamaan pada penyusunan kandungan

yang bersesuaian dengan minat serta kecenderungan (interest) murid-murid Tahap 1.

Kriteria pemilihan kandungan ini membolehkan guru merancang aktiviti pembelajaran

yang berpusatkan murid. Saya percaya bahawa apabila murid-murid mempunyai

pengetahuan awal mengenai kandungan kurikulum, mereka akan melibatkan diri di

dalam aktiviti penbelajaran berpusatkan murid dengan penuh keyakinan. Hasilnya kita
akan dapat lihat pada akhir waktu pembelajaran apabila murid-murid bertutur seperti

yang kita telah hasratkan.

Seterusnya, perkara yang sangat penting untuk dipertimbangkan ialah samada

kandungan kurikulum itu dapat disampaikan kepada murid-murid dalam jangkamasa

yang telah ditetapkan.Persoalannya ialah jumlah jam yang diperlukan untuk

menyampaikan kandungan kurikulum ini berbanding dengan jumlah hari persekolahan

yang diperuntukkan bagi satu tahun kalender persekolahan. Jika kandungan kurikulum

bagi sesuatu tahun itu terlampau banyak, maka guru terpaksa bergerak dengan tergesa-

gesa dalam usahanya untuk menyampaikan semua kandungan subjek berkenaan; tanpa

memberi keutamaan pada objektif sebenar kurikulum berkenaan.

Kesimpulannya, kandungan kurikulum yang digubal dan dibangunkan dengan

mengambilkira semua kriteria yang telah dibincangkan di atas diharap dapat

mengahasilkan insan yang dapat menghargai warisan tanahair mereka. Saya percaya

bahawa pada peringat awal kanak-kanak, pembelajaran sesuatu kandungan dan konsep

berasaskan kepada persekitaran awal mereka dapat menjalinkan ikatan yang kuat

terhadap pembentukan semangat menjaga kedaulatan negara Malaysia yang tercinta.


(6) Pentaksiran dan Pemantauan Kemajuan Murid-Murid/Penilaian Kursus –

mengenalpasti ujian, peperiksaan, tugasan (kerja kursus) dsb yang sesuai.

Pentaksiran merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam pentadbiran

instruksional. Pentaksiran membolehkan kita menilai keberkesanan kaedah pedagogi

yang di gunakan; di samping menilai kemenjadian murid-murid pada akhir sesuatu sesi

pembelajaran. Pentaksiran ini boleh ditadbirkan secara formatif, sumatif atau

diagnostik. Kesemuanya membantu kearah peningkatan tahap pendidikan murid, guru

serta penggubal kurikulum kebangsaan.

Di sekolah semua guru perlu mentaksir murid-murid mereka di akhir sesuatu sesi

pembelajaran. Kaedah pentadbiran pentaksiran adalah terpulang pada guru-guru

berkenaan, kerana ianya ada kaitan dengan objektif pembelajaran yang telah dirancang.

Amalan mentaksir murid-murid di akhir sesuatu sesi pembelajaran adalah dianggap

sesuatu yang baik kerana guru dapat memastikan kekuatan dan kelemahan kaedah

pembelajaran dan pemudahcaraan; serta keberkesanan proses pembelajaran terhadap

murid-murid. Guru perlu sentiasa merekod dan memantau kemajuan murid-murid bagi

memastikan program pemulihan atau pengkayaan dapat dirancang dan dilaksanankan

mengikut keperluan. Pemantauan berterusan kemajuan murid-murid membolehkan

guru dan murid sentiasa berada di dalam trek yang betul untuk memastikan pencapaian

objektif pembelajaran dan hasrat kurikulum kebangsaan.

PIhak-pihak yang terlibat adalah bertanggungjawab untuk merangka dan mentadbir

pentaksiran, ujian dan peperiksaan mengikut keperluan kurikulum yang telah

dirancang. Pentaksiran kemahiran pertuturan adalah sangat abstrak. Setiap bentuk


pentaksiran, ujian dan peperiksaan mesti mempunyai garis panduan pentadbiran yang

lengkap dan merangkumi semua aspek bahasa dan kemahiran yang ditaksir.

Keperluan pentaksiran akan menentukan bentuk respon atau jawapan yang diharapkan

daripada murid-murid. Pentaksir akan menentukan kriteria pentaksiran – apakah jenis

respon yang diperlukan daripada murid-murid. Teknik penyoalan juga ditentukan oleh

pentaksir. Murid-murid perlu dimaklumkan terlebih dahulu tentang prosedur

pentadbiran sesuatu pentaksiran: iaitu, cara penyoalan, cara jawab (dalam bentuk satu

perkataan, frasa, ayat atau struktur ayat yang betul), dan skema pemarkahan. Pentaksir

mesti berada di dalam keadaan bersedia sepanjang waktu pentaksiran ditadbirkan untuk

mamastikan bahawa murid tidak menjadi mangsa. Oleh kerana guru sedang mentaksir

kemahiran pertuturan, kelalaian pentadbir pentaksiran akan menyebabkan kesahihan

keputusan sesuatu pentaksiran. Walaupun murid berkenaan diberi peluang kedua, ianya

tidak sama seperti prestasi murid berkenaan pada pentaksiran kali pertama.

Ada kalanya pentaksiran kemahiran pertuturan ini melibatkan aktiviti kumpulan.

Pentaksir harus berhati-hati dalam menyediakan cara pentaksiran; samada pentaksiran

mengikut kumpulan atau mengikut prestasi seseorang individu di dalam kumpulan.

Lazimnya, akan ujud individu yang memilih untuk terselindung disebalik anggota

kumpulan yang lain; murid berkenaan tetap akan anugerahkan skor yang sama seperti

rakan-rakan lain dalam kumpulannya yang telah menunjukkan prestasi yang

cemerlang. Oleh yang demikian, pentaksiran yang berupa aktiviti kumpulan harus

dinilai dengan telus dan teliti untuk memastikan bahawa setiap orang murid dinilai

secara adil.

Anda mungkin juga menyukai