Anda di halaman 1dari 12

GGGR6233

SISTEM DAN AMALAN DALAM PENDIDIKAN SAINS


NAMA SYAHIRA BT HAJI IBRAHIM

NO MATRIK P95954
SEMESTER 1
TUGASAN LAPORAN WEEBLY
PENSYARAH 1)PROF LILIA HALIM

2)TUAN MASTURA TUAN SOH

3) EN. MD YUSOFF DAUD

TAJUK MIKROORGANISMA
1.0 PENGENALAN

Dasawarsa ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan manusia. TMK ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk alatan dan
sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, menyimpan, memindah dan
menyebarkan maklumat melalui media eletronik (Melvina & Jamaludin 2010). Suatu ketika
dahulu penggunaan TMK hanyalah menjadi satu gaya hidup golongan tertentu sahaja namun kini
telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat seharian (Suzlina 2015).

Web 2.0 merupakan salah satu penggunaan TMK. Web 2.0 ini adalah revolusi yang
bercirikan perkongsian maklumat, mudah kendali dan reka bentuk berpusatkan pengguna (Md.
Mokter & Hasan 2011). Penggunaan Web 2.0 semakin bercambah dari hari ke hari terutamanya
dalam bidang pendidikan. Jika sebelum ini masyarakat hanya menggunakan web untuk
mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan Web 2.0, komunikasi manusia
menjadi lebih luas, menyeluruh, pantas dan dijalankan secara dua hala. Dengan kelebihan ini,
Web 2.0 mula diperkenalkan di sekolah-sekolah sebagai salah satu strategi pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 (Suzlina 2015). Web 2.0 boleh diakses di mana-mana sahaja tanpa
batasan dengan menggunakan capaian internet. Web 2.0 diklasifikasikan kepada empat sifat iaitu
alat perkongsian dan penciptaan, rangkaian sosial, penyimpanan awan dan papan interaktif
(Nurul Syaida & Fariza 2016).

Antara aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk berkongsi maklumat dan
mencipta produk baru ialah Slideshare, Youtube, Weebly, Wordpress, Blogger dan Blendspace.
Rangkaian sosial pula adalah seperti Facebook, Edmodo, Twitter, Google Plus, Schoology dan
Linkedin. Penyimpanan awam adalah seperti Dropbox, Google Drive dan Skydrive. Papan
interaktif pula termasuklah padlet dan EduCreation (Nurul Syaida & Fariza 2016).

Untuk tugasan kali ini, Weebly digunakan sebagai satu instrumen untuk menyampaikan
kandungan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Sains. Topik yang dipilih ialah
mikroorganisma Tahun 6. Pelbagai media telah dimuat naik untuk membolehkan proses PdPc
dapat disampaikan dengan jelas dan menarik minat murid untuk belajar.
2.0 TUJUAN

Laman weebly ini dibina untuk menjadi salah satu instrumen dalam menyampaikan maklumat
berkenaan topik mikroorganisma dengan mengaplikasikan penggunaan Web 2.0 dalam
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

3.0 OBJEKTIF :

Di akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan jenis dan contoh mikroorganisma


2. Menyatakan ciri mikroorganisma
3. Mengenal pasti proses hidup mikroorganisma

4.0 NAMA WEEBLY & HP REVEAL

WEEBLY : https://syahira94.weebly.com

HP REVEAL : syahira94

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU 14
TARIKH 20/12/2018 HARI Khamis
SUBJEK Sains MASA 9.00-10.00 pagi
KELAS Tahun 6 KEHADIRAN 30 orang
UNIT 3.0 Mikroorganisma TEMA Sains Hayat
S/KANDUNGAN 3.1 Mikroorganisma ialah benda hidup.
S/PEMBELAJARAN 3.1.1 Mengenal pasti jenis mikroorganisma melalui pemerhatian menerusi pelbagai
media.
3.1.2 Menyatakan mikroorganisma menjalani proses hidup dengan menjalankan
penyiasatan ke atas beberapa contoh mikroorganisma seperti yis, amoeba dan
kulapok
TAJUK Proses Hidup Mikroorganisma
OBJEKTIF P&P Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat:
(KRITERIA
KEJAYAAN) (i) Menyatakan jenis dan contoh mikroorganisma.
(ii) Menyatakan ciri mikroorganisma.
(iii) Mengenal pasti proses hidup mikroorganisma.
KEMAHIRAN
PROSES SAINS / Memerhati / Mengelas Menggunakan Membuat inferens
(KPS) no.
/ Meramal Berkomunikasi Ruang dan Mentafsir data
masa
/ Mendefinisi Mengawal Buat hipotesis Mengeksperimen
P/Ubah
KEMAHIRAN
MANIPULATIF / Tidak berkenaan Membersihkan peralatan Sains
SAINS Menggunakan peralatan dan bahan Mengendalikan spesimen
(KMS) Sains
Menyimpan peralatan dan bahan Sains Melakar spesimen, peralatan & bahan
Sains

AKTIVITI P&P 1. Murid dikehendaki memuat turun aplikasi HP Reveal di telefon bimbit masing-masing
sebelum sesi PdPc bermula.
2. Murid memulakan sesi PdPc dengan mengenal pasti objektif dan isi pembelajaran yang
akan dipelajari berdasarkan paparan skrin weebly yang ditunjukkan oleh guru iaitu jenis
mikroorganisma, ciri-ciri mikroorganisma dan proses hidup mikroorganisma.
3. Murid memerhatikan gambaran visual jenis-jenis mikroorganisma yang ditunjukkan
oleh guru dan cuba menyebut apa yang diperhatikan oleh mereka. Murid mengimbas
kembali sama ada mereka pernah melihat benda-benda tersebut atau tidak.
4. Murid menonton video berkenaan ciri-ciri mikroorganisma.
5. Murid mencatat nota berkenaan dengan mikroorganisma berdasarkan video yang
ditunjukkan dengan peta pokok.
6. Murid memberi komen berkenaan video dengan menyatakan jenis, contoh dan ciri-ciri
mikroorganisma. Murid menyatakan yang mana satu mikroorganisma dapat dilihat oleh
mereka. Murid berfikir sekiranya kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar, apakah
alat yang sesuai digunakan untuk memerhati mikroorganisma. Murid mengetahui
contoh-contoh alat yang digunakan.
7. Murid membuat penyiasatan proses hidup mikroorganisma (mukor, amoeba dan yis)
dengan menggunakan aplikasi HP Reveal di telefon bimbit masing-masing.
8. Murid mengenal pasti dan menjelaskan dapatan yang diperolehi dalam telefon bimbit
masing – masing dan membuat perbincangan.
9. Murid menjalankan kuiz di atas talian menggunakan aplikasi kahoot.
10. Murid mengimbas kembali pembelajaran berkenaan mikroorganisma pada hari ini.
11. Murid bersoal jawab dan membuat refleksi berkenaan mikroorganisma.

BAHAN BANTU
MENGAJAR Buku Teks Buku DSKP / Buku Nota Lembaran Aktiviti
(BBM) Kad Gambar Kad Perkataan Kad Trafik / Laptop/Projektor
Kanta pembesar, mikroskop.
NILAI MURNI
/ Minat Berani mencuba / Berkerjasama / Berfikir
rasional
Bertanggungjawab Jujur dan tepat Sistematik

GABUNG JALIN
ILMU / Bahasa Moral/Islam Muzik PJ/PK
Matematik Sejarah Seni Visual TMK/RBT

ELEMEN
MERENTAS / Kreativiti & Keusahawanan / TMK KBAT
KURIKULUM Inovasi
(EMK) / Sains & Bahasa K. Alam Sivik & Patriotisme
Teknologi Sekitar

PETA I-THINK
Bulatan Buih Buih Berganda Titi
/ Pokok Dakap Alir Alir Pelbagai

PENILAIAN &
PENTAKSIRAN Lembaran kerja Hasil kerja / Pemerhatian Pembentangan
/ Kuiz Tugasan Projek / Lisan
6.0 LANGKAH-LANGKAH

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI BBM/CATATAN


PENGAJARAN
Set Induksi Pengenalan 1. Guru meminta murid 1. Weebly
5 minit aktiviti memuat turun aplikasi HP 2. Telefon bimbit
Reveal sebelum memulakan (Aplikasi HP
sesi PdPc. Reveal)

2. Murid memuat turun


aplikasi HP Reveal di
telefon bimbit masing-
masing dan follow
syahira94.

3. Guru memulakan sesi


PdPc dengan memberitahu
objektif dan isi
pembelajaran yang akan
dipelajari dengan
menunjukkan paparan skrin
menggunakan weebly
berkenaan jenis
mikroorganisma, ciri-ciri
mikroorganisma dan proses
hidup mikroorganisma.

4. Murid mengenal pasti


objektif dan isi
pembelajaran berkenaan
jenis mikroorganisma, ciri-
ciri mikroorganisma dan
proses hidup
mikroorganisma.

Langkah 1 Memerhatikan 1. Guru menunjukkan 1. Gambaran


10 minit gambaran visual gambaran visual jenis-jenis visual berbentuk
jenis-jenis mikroorganisma. GIF & JPEG
mikroorganisma
2. Murid memerhatikan 2. Weebly
gambaran visual jenis-jenis
mikroorganisma yang
ditunjukkan oleh guru dan
cuba menyebut apa yang
diperhatikan oleh mereka.

3. Murid mengimbas
kembali sama ada mereka
pernah melihat benda-benda
tersebut atau tidak.

Langkah 2 Video ciri-ciri 1. Guru menunjukkan video


10 minit mikroorganisma berkenaan ciri-ciri 1. Video (youtube)
mikroorganisma di dalam
weebly. 2. Weebly

2. Murid menonton video 3. Buku nota


berkenaan ciri-ciri
mikroorganisma.

3. Murid mencatat nota


berkenaan dengan
mikroorganisma
berdasarkan video yang
ditunjukkan dengan peta
pokok.

4. Murid memberi komen


berkenaan video dengan
menyatakan jenis, contoh
dan ciri-ciri
mikroorganisma.

5. Murid menyatakan yang


mana satu mikroorganisma
dapat dilihat oleh mereka.

Langkah 3 Proses hidup 1. Guru menerangkan proses


20 minit mikroorganisma. hidup mikroorganisma 1. Telefon Bimbit
(mukor, amoeba dan yis) (Aplikasi HP
dan meminta murid Reveal)
membuat penyiasatan
menggunakan aplikasi HP 2. Weebly
Reveal di telefon bimbit
masing-masing.

2. Murid membuat
penyiasatan proses hidup
mikroorganisma dengan
menggunakan aplikasi HP
Reveal di telefon bimbit
masing-masing.
3. Murid mengenal pasti dan
menjelaskan dapatan yang
diperolehi dalam telefon
bimbit masing-masing dan
membuat perbincangan..

Langkah 4 Kuiz 1. Guru meminta murid


10 minit membuka laman web 1. Telefon
kahoot. Bimbit(kahoot)
2. Weebly
2. Murid menjalankan kuiz
di atas talian menggunakan
aplikasi kahoot.

Penutup Penutup 1. Guru meminta murid


5 minit membuat refleksi.

2. Murid mengimbas
kembali pembelajaran
berkenaan mikroorganisma
pada hari ini.

3. Murid bersoal jawab dan


membuat refleksi berkenaan
mikroorganisma.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Salah satu cadangan penambahbaikan ialah guru meminta murid melukis atau melakar semula
gambar mikroorganisma di atas kertas setelah murid melihat gambaran visual di dalam weebly
bagi meningkatkan daya ingatan dan perbezaan setiap jenis mikroorganisma. Dengan ini, murid
akan lebih faham dan dapat membuat perbandingan secara rawak dari segi jenis-jenis dan contoh
mikroorganisma apabila mereka melukis atau melakar gambaran mikrorganisma.

Selain itu, semasa proses PdPc berbantukan web 2.0 weebly ini, guru haruslah
meningkatkan sikap inkuiri murid dengan menggalakkan murid bertanya soalan. Dengan ini,
pembelajaran akan lebih berkesan. Soalan yang dipersoalkan haruslah berbentuk deskriptif untuk
membolehkan murid menjelaskan kefahaman mereka, soalan yang mencabar untuk
menggalakkan murid meneroka dengan lebih jauh dan soalan berbentuk menghubung untuk
membantu murid menghubung hasil penerokaan mereka dengan pengetahuan sedia ada (Worth
& Grollman 2003). Kajian Olivera (2010) bertajuk Improving Teacher Questioning in Science
Inquiry Discussions through Professional Development menunjukkan soalan-soalan yang
berpusatkan murid yang diajukan oleh guru bukan sahaja mempamerkan tahap kognitif yang
berbeza terhadap murid malah turut menggesa murid memberi respon dengan panjang yang
berlainan. Apabila guru menunjukkan gambar, video dan meminta murid scan gambar
menggunakan HP Reveal, guru haruslah menggalakkan murid untuk bersoal jawab dengan lebih
aktif.

Di samping itu, dalam menghasilkan weebly ini, guru haruslah mempunyai kemahiran
memuat naik dan mencipta satu laman weebly yang menarik supaya maklumat PdPc dapat
disampaikan dengan jelas. Dalam penghasilan laman weebly ini, guru haruslah bijak meneroka
setiap item yang ada meskipun penggunaan weebly ini mengambil masa kerana ada sesetengah
bahagian menyukarkan penghasilannya kerana weebly kurang dari segi mesra pengguna. Hal ini
kerana weebly tidak ada butang undo dan redo jika pengguna melakukan kesalahan, maklumat
tersebut tidak boleh didapati semula melainkan pengguna memuat naik kembali. Sehubungan itu,
guru haruslah bijak dan meningkatkan kemahiran kerana kemahiran itu boleh ditingkatkan jika
sering kali mengendalikan weebly ini.
8.0 KESIMPULAN

Tuntasnya di sini, weebly dapat memuat naik pelbagai bentuk media yang merangkumi video,
gambar, slaid, teks dan aplikasi. Penggunaan pelbagai bentuk media dalam weebly ini dapat
menarik minat murid untuk belajar serta meningkatkan pemahaman murid. Setiap manusia di
dunia ini dianugerahkan personaliti yang berbeza-beza dan ini mewujudkan pelbagai gaya
pembelajaran di antara seorang murid dengan murid yang lain (Geetha & Praveena 2017). Oleh
itu, dengan penggunaan weebly ini, murid dapat menyesuaikan kefahaman mereka mengikut
gaya pembelajaran masing-masing sama ada mereka lebih cenderung kepada visual iaitu belajar
dengan melihat gambar, graf, video dan grafik, secara auditori iaitu belajar melalui syarahan,
audio, perbincangan, rakaman dan ucapan, secara baca iaitu teks, maklumat yang dicetak dan
dikodkan atau secara kinestetik iaitu belajar secara menjalankan eksperimen dan praktikal
(Fleming & Mills 1992).

Selain itu, murid juga dapat meneroka aplikasi baru seperti HP Reveal dan kahoot. HP
Reveal meningkatkan sikap inkuiri murid untuk menyiasat dan menembusi sifat semula jadi
ingin tahu murid berkenaan topik yang dipelajari iaitu mikroorganisma. Murid dapat membuat
penyiasatan dengan melihat video yang dimasukkan berdurasi kurang daripada satu minit. Dalam
konteks ini, murid membuat penyiasatan dengan melontarkan segala pengetahuan sedia ada
mereka berkenaan video yang telah dipertonton dan diteliti berkenaan proses hidup
mikroorganisma kemudiaanya mereka berbincang. Manakala kahoot pula, murid berupaya
menilai diri mereka setelah mempelajari topik dalam suasana yang menyeronokkan. Guru juga
dapat membuat refleksi serta penambahbaikan berkenaan topik dipelajari melalui penilaian kuiz
kahoot yang dibuat.

Meskipun penghasilan weebly ini memerlukan kemahiran dan masa, keberhasilannya


pada dasarnya memberikan impak yang positif terhadap pemahaman murid serta penglibatan
murid dalam proses PdPc. Penggunaan weebly ini memberikan keyakinan baru dan pengalaman
perkembangan diri yang membolehkan mereka membina pengetahuan secara kreatif, terarah
kendiri dan belajar sepanjang hayat (Suzlina 2015).
RUJUKAN

Alias Abdullah .2018. Target Hebat Sains. Sasbadi. Selangor

Fleming, N. D. & Mills, C. 1992. Not another inventory, rather a catalyst for reflection. To
Improve the Academy, 11(1) 1992, 137-144.

Oliveira, A. W. 2010.Teacher Questioning in Science Inquiry Discussions through Professional


Development. Journal Of Research In Science Teaching. 47(4) : 422–453

Geetha, M.C. & Praveena, K. B. 2017. Learning styles of secondary school students and their
interest in biological science. International Journal of Advanced Educational Research
2(5): 5–8.

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-
sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1): 59-65.

Md. Mokter Hossain & Hasan Aydin. 2011. A Web 2.0-Based Collaborative Model for
Multicultural Education. Multicultural Education & Technology Journal. 5(2): 116 – 128.

Nurul Syaida Md Zaid & Fariza Khalid .2016.Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan
Abad Ke-21

Suzlina Hilwani Baharuddin. 2015. Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Guru
Bahasa Melayu. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan .Universiti Kebangsaan Malaysia.

Worth, K., & Grollman, S. 2003. Worms, shadows, and whirlpools. Portsmouth, NH:
Heinemann.

Anda mungkin juga menyukai