Anda di halaman 1dari 5

KPD 3016

TEMPLAT ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 11

SUBJEK : Biologi tingkatan 4


BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 Respirasi
TOPIK : 2.1 Memahami proses respirasi dalam penghasilan tenaga.
MASA (/minit/jam) : 9:45 pagi-10:45 petang (60 minit)

A PERSEDIAAN (30%) CATATAN ANALISIS/KOMEN


1. Objektif Pengajaran Selaras dgn HSP?
Ya, selaras dengan huraian sukatan pelajaran dimana hanya satu objektif sahaja
iaitu memahami proses respirasi dalam penghasilan tenaga.

Sesuai dgn tahap pelajar?


Ya, topik ini melibatkan pengetahuan deklaratif konsep dan istilah di mana proses
yang agak ringkas dan mudah untuk pelajar memahaminya.

2. Hasil pembelajaran HP- boleh diukur?/sesuai dgn aras yg dicatat dlm HSP?
Hasil pembelajaran adalah sesuai dengan aras yang dicatat di dalam huraian
sukatan pelajaran berdasarkan domain kognitif, afektif dan psikomotor, juga
melibatkan kemahiran aras rendah di dalam taksonomi bloom.
3. Perancangan
 Isi kandungan 1)Fasa induksi.
- Induksi yang terlalu ringkas tanpa melibatkan pengenalan topik ini ataupun
mengingat semula topik sebelum ini.
2) Fasa mencungkil idea.
- Guru membantu meningkatkan kemahiran berfikir para pelajar melalui sesi soal
jawab bersama pelajar dan hal ini melibatkan interaksi dua hala pelajar dan guru
serta ditambah dengan pengajaran konstektual dimana guru menerangkan
secara lebih mendalam pengetahuan sedia ada pelajar.
3) Fasa rekonstruksi idea.
- Isi kandungan yang diberikan oleh guru adalah bertepatan dengan fasa ini
memandangkan pengetahuan telah diberi pada fasa sebelumnya dan fasa ini
adalah untuk pelajar mengingat semula apa yang telah diajar
4) Fasa aplikasi idea
- teknik guru untuk mengaplikasikan topik ini ke dalam buku soalan SPM adalah
sangat membantu pelajar untuk membiasakan diri menjawab soalan-soalan
peperiksaan tetapi guru boleh menggunakan PBL untuk pelajar memahami
proses respirasi dalam yis dan proses anarerob dalam otot manusia.
5) Fasa penutup
- Penilaian pelajar berdasarkan soalan KBAT secara keseluruhan topik ini memberi
kesan positif.
 Strategi/Kaedah -Tiada strategi/kaedah dinyatakan di dalam RPH ini. Sepatutnya berdasarkan RPH
ini, guru menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan murid, strategi
pembelajaran inkuiri dan menggunakan kaedah simulasi.

 Kemahiran Berfikir/Kemahiran -Setiap fasa mempunyai kemahiran dan nilai yang bersesuai ditetapkan oleh guru
Berbahasa/Nilai/Kemahiran tetapi seharusnya fasa induksi perlu melibatkan komunikasi antara pelajar dan
Proses Sains guru.

4. Alatan/Bahan Pengajaran -alat dan bahan pengajaran yang digunakan adalah pelbagai dan bervariasi.

Markah 27 /30

B. PERKEMBANGAN (70%)
1. Permulaan Pengajaran 1) Permulaan yang agak kurang memberangsangkan untuk membangkitkan minat
pelajar dimana seharusnya proses respirasi diperkenalkan dalam teknik yang
lebih menarik seperti membawa model manusia bagi proses respirasi.

2. Perkembangan Pengajaran 2) Perkembangan pengajaran mula menarik minat pelajar apabila menggunakan
kaedah soal jawab melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid dan
merangsang kemahiran berfikir pelajar.
3. Perlaksanaan Strategi 3) Tiada strategi pengajaran yang dirancang dan dinyatakan di dalam RPH dan
beliau seharusnya menyatakan strategi pengajaran tersebut tetapi berdasarkan
aktiviti pengajaran dan pembelajarannya, kita mengetahui guru ini ingin
menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan murid, strategi pembelajaran
inkuiri dan menggunakan kaedah simulasi.

4. Komunikasi 4) Komunikasi antara guru dengan murid yang berkesan.

5. Penilaian/Penyoalan 5) Penilaian menggunakan contoh soalan SPM amat membantu untuk


membiasakan pelajar dengan contoh-contoh soalan peperiksaan disamping
penilaian refleksi tetapi tiada aktiviti berkumpulan (pembelajaran kooperatif
untuk membantu rakan sekelas) yang menggunakan teknik pengajaran abad ke-
21.

6. Penguasaan Isi Kandungan


6) Guru menyusun semula isi kandungan bagi memudahkan pelajar memahami
bermula dari konsep yang ringkas ke arah yang agak kompleks dan guru
menguasai isi kandungan.

7) Pelajar menyertai proses pengajaran dan pembelajaran ini melalui sesi soal
7. Penyertaan Pelajar
jawab, menjawab contoh soalan SPM dan memberi refleksi.
8. Penggunaan Alat/Bahan 8) Penggunaan alat/bahan pengajaran yang pelbagai dan menarik minat pelajar.
Pengajaran

9. Penutup 9) Penutup yang bagus kerana membuat kesimpulan secara keseluruhan proses
ini dan melibatkan kemahiran berfikir pelajar.

10. Refleksi Awal 10) Tiada refleksi awal dinyatakan.


MARKAH 64 /70
JUMLAH MARKAH 91 /100

Anda mungkin juga menyukai