Anda di halaman 1dari 1

1.

2 Latar belakang kajian

Guru pelatih merupakan guru yang masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi
guru berprofesional. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar, mendidik dan
melatih bahkan terdapat beberapa tanggungjawab yang perlu ditunaikan serta
halangan dan rintangan yang perlu ditempuhi. Sebelum menjadi guru profesional,
guru pelatih perlu mempelajari dan menjalani latihan mengajar bagi meningkatkan
kualiti seorang guru. Peringkat ini adalah penting kerana bermula dari guru pelatih
dapat melahirkan guru profesional. Semasa menjadi guru pelatih, mereka perlu dinilai
tentang kemahiran yang perlu ada terutama menguasai pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah dan bagaimana mereka menghadapi beberapa kemungkinan situasi
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan cara ini, dapat
mengenalpasti kelemahan dan kelebihan yang ada pada seorang guru pelatih dan
boleh mengambil tindakan pembaikan dengan segera sebelum bergelar guru sebenar.
Oleh itu, tajuk ini dipilih agar guru-guru pelatih teknikal Upsi dapat bersiap sedia
untuk menghadapi masalah-msalah yang mungkin akan timbul semasa di sekolah
sewaktu penempatan sebenar mereka kelak.

Anda mungkin juga menyukai