Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. 1.0 PENGENALAN 2

2. 2.0 TUGASAN 1- PENULISAN AKADEMIK 3–5

5 RUMUSAN 6
3. RUJUKAN 7

1
1.0 Pengenalan

Istilah professional sering dikaitkan dengan orang yang menerima upah atau gaji
dari apa yang sudah dikerjakan dengan sempurna atau tidak. Sesuatu pekerjaan
yang professional ditunjang oleh ilmu tertentu yang mendalam yang diperoleh dari
lembaga pendidikan yang sesuai sehingga pekerjaannya berdasarkan keilmuan
yang dimiliki boleh dipertanggungjawabkan.

Guru khususnya mempunyai kemampuan yang tidak mungkin dimiliki oleh individu
yang bukan memegang nama seorang guru. Guru yang professional adalah
kemampuan seorang guru dalam melaksanakan tugas pokoknya sebagai seorang
pendidik dan pengajar yang meliputi kemampuan dalam merencanakan,
menjalankan dan mengevaluasi hasil pembelajaran.

Pelan Pembangunan Professional Berterusan merupakan satu inisiatif dalam


melahirkan individu guru yang professional. Hal ini selaras dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan satu pendidikan yang mampu
melahirkan generasi yang holistik dan menyeluruh sesuai dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Bukan itu sahaja, pelan pembangunan diri juga dapat
membantu dalam meningkatkan kompentensi diri seorang guru sesuai dengan
Standard Guru Malaysia iaitu dari aspek amalan nilai professional keguruan,
pengetahuan dan kefahaman seterusnya kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

2
2.0 Pelan Pembangunan Diri

Pelan pembangunan peribadi merupakan satu proses dalam membuat pelan


tindakan berdasarkan kesedaran, nilai, refleksi, penentuan tujuan dan perancangan
untuk pembangunan peribadi dalam konteks kerjaya, pendidikan, hubungan atau
untuk peningkatan diri. Pelan pembangunan peribadi ini merangkumi penyataan
aspirasi, kecekapan, pendidikan dan latihan, dan langkah-langkah untuk
merealisasikan rancangan tersebut.

Dasar KPM ada menerangkan berkaitan tujuan wujudnya strategi pembangunan


profesionalisme iaitu membangunkan tahap keilmuan dan kepakaran PPP melalui
peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang PdPc,
kepimpinan dan pentadbiran, serta kepakaran bidang khusus pendidikan.
Seterusnya, mendorong dan mengekalkan minat serta komitmen PPP dalam
profesion keguruandengan memberikan dorangan dan peluang seluas-luasnya
kepada mereka untuk membangunkan tahap profesionalisme. Akhir sekali ialah
menyediakan ruang kepada PPP, merancang kemajuan kendiri mengikut laluan
kerjaya baharu.

Sebagai seorang guru, semestinya penguasaan dalam bidang asas tugas guru
salah satu yang harus dicapai sebagai individu yang bekerja sebagai seorang guru.
Oleh itu, Program Pembangunan Guru Baharu merupakan satu perkara yang wajib
dihadiri oleh kesemua guru baharu dalam 3 tahun yang pertama. Dalam program ini
melibatkan tiga perkara yang diserapkan iaitu orientasi, mentor dan pembangunan
professional. Selain itu Program Transformasi Minda juga dilakukan kepada guru
baharu untuk meningkatkan kemahiran sosial guru. Hal ini kerana guru memainkan
peranan penting dan merupakan agen sosialisasi dalam kalangan masyarakat
khususnya ibubapa dan murid. Komunikasi amat penting supaya informasi yang
diberikan tidak salah.

Selain itu, guru perlu mahir dalam keperluan dalam kurikulum, kokurikulum dan juga
keperluan kerja sepasukan untuk memantapkan kerjaya guru. Contoh aktiviti yang
boleh dilakukan ialah LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan yang membantu
guru meningkatkan kerjaya sebagai seorang guru. Bukan itu sahaja, kursus
berkaitan pengurusan bilik darjah juga boleh dilaksanakan untuk memahirkan guru
dalam menambah baik kawalan kelas supaya lebih kondusif dan selesa. Hal ini

3
kerana pengurusan bilik darjah membawa maksud proses perancangan,
pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk
memastikan suasana yang berkesan. Oleh itu, guru yang mempunyai kesukaran
dalam mengawal kelas terutama guru baharu haruslah mengambil inisiatif bagi
untuk memahirkan diri dalam mengurus bilik darjah supaya sentiasa terkawal.

Seterusnya ialah peningkatan dari segi PdPc. Kita sedia maklum bahawa KPM
sangat menyarankan guru-guru untuk menggunakan bahan berunsur TMK dalam
sesi PdPc sesuai dengan arus globalisasi. Bukan itu sahaja, guru juga perlu
meningkatkan kaedah pengajaran dengan menerapkan unsur KBAT. Guru pada
zaman sekarang perlulan mahir dalam dalah kaedah pedagogi kerana ingin
mengharungi cabaran abad ke-21. Oleh itu, kursus Pembelajaran Abad Ke-21
perlulah diambil oleh guru untuk menangani cabaran tersebut. Kursus tersebut
merangkumi amalan pedagogi yang sesuai dilakukan mengikut arus masa yang
terkini.

Bukan itu sahaja, bagi meningkatkan kecekapan dalam pengajaran dan


pemebelajaran, guru juga boleh menyertai persidangan yang berkaitan dengan
bidang dan merujuk guru cemerlang atau pakar. Seterusnya, bagi meningkatkan
laluan kerjaya seorang guru dari segi peningkatan kualiti perkhidmatan, guru boleh
melakukan kajian tindakan untuk mengenalpasti kelemahan yang berlaku di dalam
kelas semasa proses PdPc berlangsung. Hal ini secara tidak langsung
meningkatkan kemahiran guru dengan lebih baik apabila guru menjalankan refleksi
dan menambahbaik kekurangan yang berlaku semasa proses PdPc berlangsung di
dalam kelas.

Tambahan pula, guru boleh menyertai program untuk meningkatkan kompetensi


dalam memahami, menghayati dan melaksanakan program yang meyokong
pelaksanaan dasar atau keperluan khusus KPM yang terkini. Contoh program yang
tersebut ialah Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS), Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dan program LINUS.

Guru juga boleh meningkatkan laluan kerjaya dengan mengambil program elektif
atau pilihan sendiri atau mengikuti organisasi berkaitan dengan bidang tugas untuk
penggayaan dn pengukuhan kompetensi bagi meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah E-Pembelajaran Sektor
Awam (EPSA)

4
Guru juga boleh mengadakan ulasan buku untuk meningkatkan kecekapan dalam
bidang perkhidmatan. Aktiviti yang dilakukan boleh meningkatkan kompetensi
generik dan fungsional guru berasaskan bidang dan deskripsi tugas seseorang guru
tersebut. Bukan itu sahaja, laluan kerjaya guru juga boleh dipertingkatkan dengan
mengambil kursus meningkatkan gred seperti M-LEAP.

Guru boleh menjadi penasihat atau mentor yang mempunyai keupayaan untuk
merancang dan pengaplikasikan pembangunan yang berterusan dalam bidang
tertentu. Guru juga boleh meningkatkan ilmu pengetahuan yang tinggi dengan
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana dalam
bidang yang diminati. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru
meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang keguruan daripada pelbagai aspek.

5
Rumusan

Secara rumusannya, guru haruslah membuat satu pelan pembangunan diri untuk
meningkatkan laluan kerjaya guru ke peringkat yang lebih optimum. Oleh itu,
wujudnya PPB merupakan satu usaha dalam meningkatkan kompetensi seseorang
guru tersebut.

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dibangunkan bagi


melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan
pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang dikenali
sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan Pembangunan
Staf (LPS) akan dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPB). PPPB bertujuan mentransformasikan amalan
PPB bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa
profesion keguruan.

Guru dan pemimpin sekolah yang kompeten dan berkualiti adalah faktor penentu
kepada keberhasilan murid. Guru yang kompeten dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran murid manakala Pengetua/Guru Besar yang kompeten dapat
mengurus pembelajaran, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dan membimbing guru bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

Namun, perkara di atas hanyalah rancangan semata-mata untuk meningkatkan


laluan kerjaya seorang guru. Dalam melaksanakan pelan pembangunan diri
tersebut, guru harus menempuh pelbagai cabaran yang menghasilkan sesebuah
pelan pembinaan diri yang berkesan. Guru perlulah menilai sesuatu pelan tersebut
mampu ataupun tidak untuk dilaksanakan kerana dunia keguruan realitinya sangat
mencabar dan susah untuk dilaksanakan. Oleh itu, guru haruslah lebih komited dan
jiwa sebagai seorang pendidik untuk haruslah tegar dalam diri supaya pelan yang
dirancang dapat dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai