Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Minggu 4

REFLEKSI MINGGU 4
TARIKH: 2 JULAI 2019

Pada 2 Julai 2019, proses pengajaran dan pembelajaran PdP dapat dilakukan dengan
baik. Semua pelan yang dirancang dalam pelan pengajaran harian (RPH) boleh dilaksanakan
dengan betul.

Kekuatan pertama yang dikenal pasti dalam pelajaran saya hari ini adalah mereka
sudah mempunyai asas dalam penambahan nombor. Jadi ia memudahkan sedikit sebanyak
pengajaran kerana kebanyakan dari mereka tiada masalah dalam penambahan.

Kelemahan pertama yang dapat dilihat dalam pelajaran hari ini ialah pengurusan bilik
darjah. Para pelajar ada yang tidak memberi tumpuan sewaktu saya mengajar. Saya
mendapati bahawa masa yang dirancang dalam RPH saya dan pelajaran yang dilaksanakan
tidak koheren. Ini kerana pengajaran saya terlalu ringkas dan banyak masa yang terbuang.
Saya perlu merancang kaedah pengajaran saya dengan lebih baik selepas ini agar saya tidak
membuang masa di dalam bilik darjah.

Peluang untuk pelajaran hari ini ialah pelajar saya sangat suka apabila menyuruh
mereka melakukan aktiviti dalam kumpulan. Jadi selepas ini saya akan memastikan bahawa
pelajaran saya akan menjadi pembelajaran yang menyeronokkan, berpusatkan pelajar dan
melakukan lebih banyak aktiviti yang memerlukan mereka untuk bergerak dan berpartisipasi
secara aktif semasa pelajaran.

Ancaman yang saya hadapi pada hari ini adalah pelajar sudah hilang fokus kerana
masa saya adalah pada waktu tengahari. Jadi kebanyakan mereka menunjukkan muka penat
dan tidak bermaya. Selepas ini saya perlu menjadikan pengajaran saya lebih ‘fun learning’
supaya pelajar tidak berasa bosan.

Anda mungkin juga menyukai