Anda di halaman 1dari 8

JURNAL AMALAN PROFESIONAL 2016

ISU 1: AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TIDAK MENARIK


PENGENALAN
Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan tidak mengira mata pelajaran
apa pun seharusnya mampu menarik perhatian murid. Guru seharusnya mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid. Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang tidak menarik akan menyebabkan keadaan dalam bilik darjah
menjadi tidak seronok dan murid-murid akan menjadi pasif. Tugas utama seorang pengajar
atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para murid.
Bagi memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran
yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan
keperluan pelajar.

Masalah / Peristiwa
Pada minggu kelima ini, saya telah menghadapi masalah lembaran kerja yang saiz
fontnya terlalu kecil. Saya telah ditegur oleh pensyarah pembimbing mengenai lembaran
kerja dan nota atau soalan yang ditunjukkan dalam kertas mahjung yang diberikan kepada
murid fontnya kurang sesuai terhadap pengamatan mata budak.

Analisis
Masalah ini timbul kerana lembaran kerja dan catatan pada kertas mahjung yang saya
berikan kepada murid adalah saya membuatnya sendiri. Saya tidak tahu penggunaan saiz
font biasanya berapa. Kadang-kadang saya membuatnya besar kadang-kadang tu
sederhana besar. Saya sendiri baru perasan apabila pensyarah pembimbing menegur saya.
Misalnya, dalam aktiviti lembaran kerja sesuaikan perkataan dengan gambar. Selain
itu,catatan pada kertas mahjung saya juga kurang sesuai dari warna tulisan dan size font
yang digunakan. Lembaran kerja ini perlu diperbesarkan sedikit manakala satu lagi
lembaran kerja tulis semula perkataan serta catatan pada kertas mahjung dibawah saya
buat font besar dan ia baik bagi pengamatan murid-murid.

JURNAL AMALAN PROFESIONAL 2016

Cadangan Tindakan Susulan


1) Saya perlu melihat banyak contoh-contoh buku aktiviti lembaran kerja dan mendapatkan
maklumat daripada internet sebagai rujukan.
2) Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah
di samping berbincang dengan rakan-rakan sepraktikum.
3) Semasa membuat rancangan mengajar dan membuat lembaran untuk aktiviti yang
dirancang, saya akan memikirkan dan mencuba saiz font yang sesuai untuk murid. Hal ini
senang untuk saya mengkaji saiz font yang sesuai untuk murid supaya penyediaan
lembaran kerja akan datang tiada masalah lagi. Saiz font yang sesuai amat penting dalam
pengamatan dan koordinasi mata dan tangan murid-murid.

Catatan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang kerana
aktiviti lembaran kerja yang besar fontnya dapat memelihara pengamatan murid-murid.
Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah
dirancang tidak tercapai sepenuhnya.
KESIMPULAN
Tuntasnya, kelas merupakan bahtera guru yang harus dikendalikan dengan sebaik-baiknya
agar mencapai apa yang diingini dalam objektif pengajaran dan pembelajaran di samping
dapat membentuk murid-murid untuk menjadi insan yang berjaya. Guru memainkan peranan
penting untuk menentukan aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah mampu menarik
perhatian murid ataupun tidak.
Berjaya atau tidak sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada
kebolehan guru tersebut untuk merancang aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah di samping kawalan kelas yang baik.

JURNAL AMALAN PROFESIONAL 2016


ISU 2: Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang

diberi.

PENGENALAN
Masalah disiplin dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sudah lama mendapat perhatian
para pendidik. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran, menjejaskan suasana
sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru. Kindsvatter
(dalam. Levin & Nolan, 2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid
dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku bermasalah atau
salah laku.

Masalah / Peristiwa
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah murid mengambil masa yang
lama untuk meyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Perkara ini terjadi selepas beberapa pemerhatian yang saya
lakukan terhadap beberapa kelas yang berbeza tetapi hasil pemerhatian yang saya perolehi
adalah lebih kurang sama.

Murid mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberikan. Pemerhatian saya adalah berdasarkan beberapa tugasan yang saya berikan
kepada amereka iaitu untuk membuat satu peta i-think, murid mengambil masa yang sangat
lama untuk meyiapkan tugasan tersebut.

Analisis
Masalah ini timbul kerana mereka sering berbual bersama sama dengan rakan sebelah
menyebelah. Murid akan terleka dan akan mengambil masa yang lama untuk meyiapkan
tugasan yang diberikan. Selain itu, mereka kurang memahami tugasan yang diberikan oleh
guru tetapi mereka takut untuk bertanya dengan guru. Sebaliknya mereka kebih memilih
untuk tidak bersuara dan tidak bertanyakan
mengajar.

permasalahan mereka kepada guru yang

JURNAL AMALAN PROFESIONAL 2016


Permasalahan ini sedikit sebanyak memberi impak yang negatif kepada saya dan guru
guru pelatih yang lain. Permasalahan ini terjadi kerana mereka kurang rangsangan daripada
guru guru. Guru guru seharusnya memberi peneguhan yang positif kepada murid yang
dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dengan baik dan kemas. Secara
tidak langsung itu dapat mendorong mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberi tepat
pada masanya dengan betul, kemas dan menepati kehendak tugasan yang diberi tersebut.

Mereka sentiasa berada di dalam zon berehat dan berada di zon yang selesa. Perkara ini
telah menyebabkan mereka selalu tidak dapat menyiapkan tugasan pada masa yang saya
telah tetapkan. Perkara ini berlaku kerana guru tidak memberikan mereka ganjaran terhadap
pelajar yang dapat menjawab serta melengkap kerja tepat pada masanya serta betul dan
kemas.

Menurut Albert Bandura pembelajaran bermula apabila seseorang telah mula bertindak
dengan sesuatu rangsangan. Oleh itu, murid murid akan bertindak mengikut rangsangan
yang diberikan oleh guru. Rangsangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu rangsangan berbentuk ganjaran dan juga rangsangan daripada sistem
arahan masa yang memerlukan murid untuk menyiapkan tugasan dengan lebih cepat,
kemas dan betul.

Saya akan cuba untuk menerapkan kaedah ini kepada murid murid saya setiap kali
mereka dapat melaksanakan tugasan dengan cepat, kemas dan betul. Saya berharap agar
dengan cara sebegini murid murid akan lebih teruja untuk menyiapkan tugasan mereka.

Cadangan Tindakan Susulan


Saya perlu memberi tekanan kepada mereka untuk memyiapkan tugasa dengan
lebih pantas, betul dan juga kemas. Memberi tekanan kepada mereka dengan
mengira naik daripada 1 hingga ke 10, dengan cara ini secara tidak langsung dapat
mendorong murid untuk menyiapkan tugasan dengan lebih cepat.
Saya akan menyediakan ganjaran kepada mereka yang dapat menyiapkan tugasan
tepat pada masanya, betul dan kemas. Setelah menyemak jawapan murid yang

JURNAL AMALAN PROFESIONAL 2016

dapat meyiapkan tugasan dengan betul dan cepat akan diberikan ganjaran seperti
hadiah, pujian dan juga dorongan seperti bintang dan sebagainya.

Catatan
Murid-murid akan berusaha untuk menyiapkan aktiviti pembelajaran dalam masa
ditetapkan oleh guru bagi mendapatkan ganjaran yang disediakan dan mengelakkan
daripada dikenakan dendaan. Secara individu, murid-murid mempunyai motivasi untuk
bersikap positif kerana murid-murid akan mendapat ganjaran. Pasti akan timbul keinginan
dalam diri murid-murid lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakanrakan mereka yang memperolehnya. Keadaan ini bertepatan dengan Teori Pelaziman
Operan Skinner di mana peneguhan positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan
untuk menambahkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru.
Peneguhan negatif (dendaan) juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak
menyeronokkan dalam diri murid-murid dan dengan harapan mereka akan mengulangi
tingkah laku yang diingini guru

ISU 3: MASALAH MURID TIDAK MENURUT ARAHAN YANG DIBERI

PENGENALAN
Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka
memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan.
Perkara penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak
sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum
pembelajaran bermula. Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan
menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan
tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid
melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.

MASALAH

JURNAL AMALAN PROFESIONAL 2016


Walaupun sudah memasuki minggu-minggu terakhir praktiukm fasa tiga ini, namun
saya masih menghadapi masalah dalam mengawal murid tertuamanya dalam aspek tindak
balas murid terhadap arahan yang saya berikan semasa proses P dan P di dalam mahu pun
di luar bilik darjah. walaupun arahan yang saya berikan cukup jelas dan kuat namun muridmurid saya masih tidak bertindak balas terhadap arahan yang saya berikan. Masalah ini
menyebabkan aktiviti yang saya laksanakan tidak dapat berjalan dengan lancer dan
memakan masa yang lebih lama untuk sesuatu aktiviti yang sepatutnya dapat dilaksanakan
dalam masa yang singkat. Masalah murid tidak menurut arahan yang cikgu berikan semasa
proses P dan P dijalankan berkait rapat dengan kemahiran lisan guru dan kemahiran
mendengar dalam kalangan murid-murid di dalam kelas. Jika guru tidak mempunyai
kemahiran lisan yang baik akan menyebabkan murid tidak dapat menerima arahan dengan
baik dan tidak dapat bertindak seperti yang guru arahkan. Manakala jika murid mempunyai
masalah dalam kemahiran mendengar, juga menyebakan murid tidak dapat bertindak balas
terhadap arahan yang guru berikan degan baik.
ANALISIS MASALAH
Masalah yang wujdu dalam kalangan murid saya ini sudah lama wujud dalam bilik
darjah. Setelah saya mengesan masalah ini di awal minggu pratikum fasa tiga ini, saya
mempelbagaikan kaedah dalam memberi arahan agar murid dapat menerima arahan yang
saya berikan dan bertindak balas sesuai dengan arahan yang diberikan, namun sehingga
pada minggu ini murid masih tidak bertindak balas terhadap arahan yang diberikan dengan
betul. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, murid-murid di dalam kelas yang saya ajar ini
mempunyai sikap bermain sesame rakan lain semasa proses P dan P sedang
dijalankan.Oleh itu,murid-murid di dalam kelas ini tidak dapat mendengar dengan baik
arahan yang diberikan. Selain itu, suasana dalam bilik darjah yang tidak selesa seperti
keadaan kelas yang panas dan susunan meja yang tidak kondusif juga menyebabkan murid
tidak dapat menumpuhkan sepenuhnya perhatian terhdapa proses P dan P yang sedang
dijalankan, dan situasi ini menyebabkan murid tidak dapat menurut arahan yang diberikan
dengan baik. Beberapa factor yang menyebakan murid tidak mematuhi arahan yang guru
berikan.Antaranya ialah:
1.

Murid tidak berminat dengan P dan P

2.

Suara guru tidak jelas

3.

Murid malas untuk belajar

4.

keadaan kelas yang tidak selesa

JURNAL AMALAN PROFESIONAL 2016


5.

P dan P yang kurang menarik

6.

Murid tiada motivasi untuk belajarng

CADANGAN
Setelah saya menganalisis masalah yang dihadapi, saya telah merangka beberapa
cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah yang wujud di dalam kelas. Antara
cadangan saya ialah:
1.

Saya perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik agar murid dapat menerima

arahan yang saya berikan dan seterusnya dapat bertindak balas terhdapa arahan tersebut.
2.

Saya seharusnya menggunakan Bahasa Melayu yang baku agar murid lebih mudah

memahami arahan yang saya berikan.


3.

Saya akan menyebut satu persatu perkataan semasa memberi arahan agar murid

dapat memahami arahan yang disampaikan.


4.

Saya akan mengulang beberapa kali arahan yang diberikan sebelum murid bertindak

terhadap arahan yang diberikan.

TINDAKAN SUSULAN
Dengan menggunakan idea dan cadangan yang telah saya rangka dan
hasilkan,saya telah mengambil beberapa tindakan susulan. Antara tindakan susulan yang
diambil oleh saya ialah:
1.

Saya perlu membina kemahiran komunikasi dalam diri dengan lebih baik dan

sentiasa berasa yakin apabila berhadapan dengan murid-murid di dalam bilik darjah.
2.

Saya sentiasa memastikan Bahasa yang saya gunakan di dalam bilik darjah adalah

Bahasa Melayu yang baku dan mudah difahami oleh murid-murid.


3.

Selain itu, semasa saya menyampaikan arahan saya sentiasa menyebut satu

persatu perkataan agar murid lebih mudah untuk memahami arahan yang diberikan.
4.

Jika arahan yang saya berikan tidak difahami oleh murid-murid saya akan

mengulang beberapa kali arahan tersebut.

JURNAL AMALAN PROFESIONAL 2016

Setelah saya melaksanakan tindakan susulan yang telah saya cadangkan, saya dapati
muird-murid telah bertindak balas terhadap arahan yang yang saya sampaikan.

Kesimpulan.
Sebagai rumusannya, guru mempunyai peranan yang amat penting dalam proses P
dan P. Arahan guru juga hendaklah jelas agar murid dapat bertindak balas terhadap arahan
yang diberikan dengan baik. Jika murid tidak dapat menerima arahan dengan jelas, murid
sukar untuk bertindak balas. Oleh itu, adalah amat penting seorang guru untuk mempunyai
kemahiran komunikasi agar memudahkan guru menyampaikan arahan kepada semua murid
di dalam bilik darjah. Selain itu, suara guru juga memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan arahan. Jika di dalam sesebuah kelas terdapat ramai murid maka suara gur
hendaklah kuat agar dapat didengar oleh semua murid.

Anda mungkin juga menyukai